Kenali INDAH NADA PUSPITA, Blogger Paling Berpengaruh & Model Berhijab Bertaraf Antarabangsa

Populariti hijab yang semakin meluas di seluruh dunia secara tidak langsung telah mencetuskan inspirasi di kalangan wanita berhijab.

Indah Nada Puspita, model jelita kelahiran Indonesia yang berjaya menjejakkan kaki ke pentas peragaan antarabangsa. Namanya sangat terkenal antara selebriti berhijab yang penuh inspirasi. Indah Nada Puspita makin dikenali di tanah airnya selepas bergelar hos kembara berhijab di sebuah stesen televisyen.

Berikut 10 fakta mengenai Indah Nada Puspita:-

  1. Wanita biasa yang disapa sebagai Nada ini menerima banyak tawaran untuk menjadi duta jenama terkenal.
  1. Salah seorang yang menggunakan khidmatnya ialah MOSHAICT yang mana pengasasnya ialah Shinta Dhiah Dewi yang menjual pelbagai pakaian Muslimah ready-to-wear.
  1. Indah Nada Puspita turut bergelar duta jenama produk kecantikan terkenal MAZAYA Cosmetic dan Ponds Indonesia.

  1. Bukan sahaja cantik dan berbakat, isteri kepada pengacara berjaya dari Makassar ini beauty with brain.

  1. Aktif menulis di blog dan blog tersebut termasuk dalam 5 blog paling berpengaruh di dunia.

  1. Merupakan lulusan universiti di Jerman.

  1. Mampu menguasai 3 bahasa iaitu Indonesia, Inggeris dan Jerman.

  1. Berbakat dalam seni lukisan dan pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan melukis bertaraf dunia.
  1. Rajin berkongsi artikel mengenai perkembangan fesyen dan tips kecantikan dunia.

  1. Kerjayanya semakin berkembang apabila mula fokus sebagai pereka jenama sendiri iaitu Nada Shouts.

Itulah 10 fakta menarik mengenai hos kembara berhijab serta model muslimah Indonesia ini yang sangat mengagumkan. Semoga Indah Nada Puspita terus menjadi inspirasi kepada seluruh wanita berhijab.

Kredit Foto: Instagram Indah Nada Puspita

IKLAN
Share