Suka Pakai Batik Dengan Sneakers, Gaya Wanita Kacukan Bugis-Arab Usia 45 Ini Curi Tumpuan!

Najwa Shihab merupakan anak perempuan ke-2 Quraish Shihab, bekas Menteri Agama Republik Indonesia pada era Kabinet Pembangunan VII. Najwa juga anak saudara kepada ahli politik, Alwi Shihab. Ternyata, Najwa lahir dalam keluarga yang sangat berpengaruh.

Najwa Shihab, 45, yang merupakan ibu kepada seorang anak lelaki.

Ibu anak satu berusia 45 tahun ini yang juga mesra disapa sebagai Nana, dilahirkan pada 16 September 1977 berketurunan Bugis dan Arab.

Najwa Shihab bersama suami dan anak lelakinya.Yang penting Najwa nampak muda!

Kini, Najwa terkenal sebagai penyampai, wartawan, pelakon, feminis, dan aktivis media sosial di Indonesia.

Jangan tak tahu, Najwa ni sebenarnya seorang pencinta produk lokal tau. Jom lihat 4 gaya trademark Najwa Shihab yang sering mencuri perhatian warganet.

GEMAR PAKAI SNEAKERS
Najwa sememangnya terkenal sebagai salah satu figura yang sering tampil dengan pemakaian sneakers bak anak muda.

CANTIK DENGAN BATIK
Kalau dah peminat produk lokal sudah tentulah produk tradisi turut menjadi pilihan wanita jelita ini. Najwa seringkali memadankan pakaian batik dengan sentuhan kasual dan terkini. Adakalanya Najwa mengenakan pakaian batik pilihannya bersama sneakers. Memang trendy, kan?

Gabungan gaya moden dan klasik, cantiknya Najwa Shihab! Terserlah keayuannya.

PENCINTA PRODUK LOKAL
Contohnya, lihat kepada gaya ini. Pakaian bermotifkan batik yang adakalanya Najwa memadankannya dengan sneakers

atau heels. Ia membuatkan penampilan Najwa sangat anggun walau hanya dengan produk lokal. Terbaik!

SUKA GAYA KASUAL & RINGKAS
Najwa lebih selesa mengenakan pakaian berwarna putih dan dipadukan bersama seluar rona kelabu gelap atau hitam. Adakalanya Najwa mengenakan jaket bersama T-shirt putih. Gayanya ini terlihat sangat kasual, ringkas dan ‘awet muda’ walau dah berusia 45 tahun dan ibu anak satu.

Untuk info, Najwa merupakan Pengasas Bersama PT. Naratif Citra Sahwahita iaitu sebuah syarikat dalam bidang kandungan digital (digital content) yang diasaskan pada tahun 2018.

GEMAR MEMBACA SEJAK KECIL
Najwa gemar membaca sejak kecil. Tak hairanlah Najwa kini menjadi penyampai, hos dan jurnalis yang hebat serta disegani ramai kerana kebijaksanaan yang dimiliki. Berani melontarkan soalan-soalan yang ‘tajam dan berat’ kepada sumbernya itulah kekuatan yang ada pada Najwa.

Sejak kecil lagi Najwa Shihab telah didedahkan dengan bahan bacaan oleh ibu bapanya.

Selain pernah dilantik sebagai Duta Membaca Indonesia (2016-2020) oleh Perpustakaan Negara Republik Indonesia, Najwa juga bergelar Duta Perpustakaan Bergerak. Seterusnya, selain dikagumi dalam kariernya, Najwa juga menjadi inspirasi bagi anak muda dan golongan wanita dari segi penampilan.

Antara anugerah yang diterima Najwa Shihab atas kecemerlangannya dalam karier.

Kredit: Portal Merdeka.com & Rakyat Priangan

Foto: Instagram Najwa Shihab

IKLAN
Share