Kenali Yin Shao Loong, Lelaki Yang Bertakhta Di Hati YB Nurul Izzah

Kelmarin, negara digemparkan dengan berita perkahwinan YB Nurul Izzah Anwar yang mengumumkan beliau sudah pun menjadi milik jejaka pilihan hatinya, Yin Shao Loong. Bagai pinang dibelah dua, kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Nurul Izzah dan Yin Shao Loong juga dikatakan sudah lama mengenali antara satu sama lain. Pandai ya simpan rahsia!

Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada Jumaat, 5 Ogos 2022 berwalikan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Yang menariknya, mereka berdua berjaya merahsiakan hubungan itu, dengan hanya beberapa rakan rapat dan ahli keluarga sahaja yang mengetahuinya.

Berita tentang perkahwinan kedua Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dengan suami ternyata mengejutkan apatah lagi tiada angin dan tiada ribut, kedua-duanya sudah selamat disatukan. Persoalannya kini, siapa sebenarnya putera raja yang kini bertakhta di hati Nurul Izzah.

NONA sempat menyelidiki dan ini hasil dapatan kami untuk pengetahuan semua pembaca setia kami.

  1. Yin Shao Loong berumur 46 tahun dan mesra disapa Yin.
  2. Beliau merupakan seorang rakan penyelidik kanan yang berkhidmat di Institut Penyelidikan Khazanah.
  3. Tugas hakiki beliau di sana memfokuskan tumpuan kepada dasar perindustrian, perubahan iklim, dan teknologi masa depan.

  1. Yin pernah berkhidmat sebagai pengarah komunikasi strategik di Pejabat Menteri Besar Selangor semasa memegang jawatan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
  2. Beliau juga dikatakan pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif Parti Keadilan Nasional (PKR) yang diketuai Nurul Izzah.
  3. Yin merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam Kimia dan MSc dalam Teknologi Alam Sekitar dari Imperial College, London dan MA dalam Pengajian Kebudayaan dari Goldsmiths College, London.
  4. Beliau menghabiskan masa bekerja dengan kerajaan persekutuan dan negeri, dan sedekad lagi dalam masyarakat sivil dan akademik.
  5. Yin juga aktif di media sosial, antaranya di laman Twitternya (@yinshaoloong)

Sumber: Twitter Yin Shao Long dan Khazanah Research Institute

******************************

Dapatkan Al-Quran Ar-Riyadh Perjuzuk & Sofia Muslimah (klik sini) untuk penyejuk hati anda. Followers Nona boleh guna kod promo khas iaitu NONGSP5

******************************

 

 

 

IKLAN
Share