Dramatis terkenal Mia Ahmad atau nama penuhnya Samihah Ahmad Baderi akhirnya mendedahkan wajah dan nama cahaya mata ketiganya kepada peminat buat kali pertama menerusi hantaran di media sosialnya.
Selamat melahirkan bayi perempuan pada 17 Januari, Mia menerusi hantaran di Instagram, mengumumkan nama penuh anaknya bersama pemain bola sepak Sri Pahang (FC), Mohd Izham Tarmizi adalah Imaani Binti Mohd Izham Tarmizi.
Ads
“Assalamualaikum everyone! Meet our 3rd baby, Imaani Binti Mohd Izham Tarmizi,” tulis Mia di hantaran Instagramnya. Hantaran Mia tersebut telah dibanjiri dengan komen dan respon peminat dan rakan selebriti yang teruja melihat kecomelan anak Mia sambil menitipkan rasa syukur dan teruja melihat wajah Imaani dengan mata bulatnya itu.
Untuk rekap, Mia Ahmad yang mulai terkenal menerusi drama dan telefilem seperti Rindu Awak 200%, Hati Perempuan, Mr. Boss Miss Stalker, Jejak Karmila dan Sara Kirana telah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017.
Ads
Hasil perkahwinan mereka, pasangan sama cantik sama padan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sayf Issa, 4, dan Iris yang kini berusia dua tahun. Sebelum ini sumber melaporkan yang Mia sudah berpindah bersama anak-anak mengikut suami ke negeri Pahang.
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini, negara digemparkan dengan satu lagi berita jangkitan Covid-19. Selepas 80 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disahkan dijangkiti virus itu dan mencatatkan kes kematian kumulatif Covid-19 iaitu 21 kes, terbaru perkhabaran yang diterima daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsudin mengesahkan terdapat tujuh petugas Istana Negara positif Covid-19.
Tambah Datuk Ahmad Fadil Shamsudin lagi, kesemua tujuh petugas Istana Negara berkenaan dilaporkan stabil dan sedang menjalani rawatan di hospital.
Menurut laporan yang disiarkan Agensi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) pula memaklumkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menjalani saringan kesihatan dan disahkan negatif.
Seri Paduka berdua kini menjalani kuarantin diri selama 14 hari bermula semalam.
Sementara itu, memetik titah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di IG Air Tangan Tunku Azizah, “Saya memohon kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan ugama, doakanlah saya sekeluarga selamat. Kami self quarantine dalam bilik masing-masing dan tidak bertemu sama sendiri.”
Dalam pada itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu proses nyahcemar kuman kini akan dibuat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), Bomba dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selain Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di premis-premis awam dan kawasan berisiko tinggi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Satu persatu dugaan ditempuhinya sepanjang bergelar isteri. Netizen menjadi saksi, bukan satu, bukan dua tapi berkali-kali dirinya dikhianati insan paling disayangi. Tapi hari ini, akhirnya Bella Astillah menyerah, takdir perkahwinannya dengan Aliff Aziz bakal ternoktah.
Hadir dalam persalinan jubah merah jambu berbunga ungu, Bella tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi sebutan kes perceraian dengan suaminya, Aliff Aziz.
Nekad untuk berpisah, Bella, 30, atau nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, dia sudah memfailkan perceraian di mahkamah sama, kelmarin.
Sekadar mengimbas, Bella dan Aliff pernah bercerai pada Mei 2019 namun merujuk semula pada tahun sama ketika masih dalam tempoh edah.
NEKAD
Pepatah ‘sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’ barangkali tidak terpakai dalam isu melibatkan pasangan ini kerana saban kali Bella dicurangi. Apa yang pasti, kesabaran dan sifat pemaaf ibu kepada Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna ini dikagumi oleh wanita lain.
Bella nekad membuat keputusan demikian selepas mengambil kira banyak perkara selain insiden tangkapan atas dakwaan khalwat suaminya dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara, baru-baru ini.
Selepas beberapa kali peluang diberikan, perceraian adalah jalan terakhir bagi Bella.
“Saya kira perceraian adalah yang terbaik sekarang. Sudah banyak peluang diberikan pun. Saya harap Aliff dapat memberikan kerjasama dalam menyelesaikan kemelut ini,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Malah menerusi video yang dikongsikan media, ibu kepada dua cahaya ini turut menjelaskan, perpisahan adalah jalan terbaik.
“Saya rasa inilah jalan yabg terbaik untuk saya dan Aliff. Seperti mana yang semua orang tahu, kami berdua pernah rujuk sebelum ini.
Jadi saya rasa dengan kita memilih jalan masing-masing mungkin itu yang terbaik untuk diri Aliff dan saya juga,” katanya.
Instagram: @bellaastillah
Meninjau ke ruangan komen, banyak kata-kata semangat dititipkan oleh peminat kepada Bella. Rata-ratanya menyokong keputusan yang diambil bahkan yakin beliau mampu mendepani ujian ini dengan tenang. Apa pun, semoga Bella terus kuat untuk anak-anak dan bertemu seseorang yang lebih baik, insyaAllah!
ANWAR: The Untold Story yang memaparkan kisah jatuh bangun perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencipta sejarah menjadi filem biopik pertama mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan, semalam.
Memetik perkongsian Sinar Harian, berlatarkan tempoh antara 1993 dan 1998 ketika memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, filem biopik berdurasi 108 minit itu ditayangkan di lebih 1,000 skrin membabitkan 120 pawagam di seluruh Malaysia.
DMY Creation selaku pengedar rasmi filem Anwar: The Untold Story mengesahkan, kutipan RM1 juta diperoleh pada hari pertama tayangan biarpun bersaing dengan filem antarabangsa,Fast X.
Menurut Pengerusi DMY Creation, Datuk Mohamed Yusoff, pihaknya tidak menyangka kebanyakan pawagam di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak penuh pada hari pertama tayangan.
“Kami bersyukur filem terbitan Yusrych Global Sdn Bhd ini meraih sambutan luar biasa.
“Lebih menggembirakan rakyat Malaysia memilih menonton filem biopik yang mengangkat kisah perjuangan Perdana Menteri berbanding karya antarabangsa.
“Filem Anwar: The Untold Story menjadi pembuka jalan untuk pembikin filem menghasilkan filem biopik mengenai tokoh lain pada masa depan.
“Ia sekali gus membuktikan penerimaan penonton terhadap naskhah biopik berdasarkan kisah benar tokoh negarawan yang masih hidup,” katanya.
Tambahnya, pihaknya juga menerima rating antara 8 hingga 10 untuk filem lakonan Farid Kamil yang memegang watak sebagai Anwar, manakala aktres terkenal Indonesia, Acha Septriasa membawa watak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku teraju utama.
Sementara itu, Penerbit Eksekutif yang juga penulis cerita asal filem, Zulkiflee Anwar Haque atau Zunar bersyukur sambutan luar biasa yang diterima.
Menerusi hasil tinjauan, orang ramai tidak melepaskan peluang memenuhi beberapa pawagam terpilih sekitar Lembah Klang seperti di Atria, MBO, Paradigm Mall, One Utama dan KLCC untuk menonton filem ini.
“Kami berharap sambutan terhadap filem Anwar: The Untold Story akan berterusan kerana kami menyasarkan kutipan tinggi untuk filem ini,” katanya.
Mengulas mengenai filem Anwar: The Untold Story lagi, kata Zunar filem itu juga mencipta sejarah kerana menjadi filem paling banyak menerima tempahan awal oleh pawagam.
Harapannya agar filem ini mendapat sambutan berterusan orang ramai.
“Filem Anwar: The Untold Story ini adalah genre yang jarang ada di Malaysia kerana ia membongkar kebenaran dan apa yang berlaku pada 1988.
“Saya berharap orang ramai akan datang untuk menonton kisah benar yang tidak pernah didedahkan oleh Perdana Menteri,” katanya.
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu runut bunyi filem berjudul Menjaga Cintamu ciptaan Andi Rianto dan lirik Sekar Ayu Asmara.
Datuk Seri Siti Nurhaliza
Anwar: The Untold Story mengisahkan perjuangan dan pengorbanan Anwar menentang amalan rasuah dengan sokongan isterinya.
Anwar tegas menolak pelbagai jenis imbuhan dan wang tunai menyebabkannya difitnah dalam konspirasi besar hingga dipecat, dipukul secara brutal dalam lokap dan dibiarkan tanpa rawatan sehingga beberapa hari.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.