“Meet Our Third Baby…” MIA AHMAD Akhirnya Dedahkan Wajah Anak Ketiga, Imaani Nama Diberi

Dramatis terkenal Mia Ahmad atau nama penuhnya Samihah Ahmad Baderi akhirnya mendedahkan wajah dan nama cahaya mata ketiganya kepada peminat buat kali pertama menerusi hantaran di media sosialnya.

Selamat melahirkan bayi perempuan pada 17 Januari, Mia menerusi hantaran di Instagram, mengumumkan nama penuh anaknya bersama pemain bola sepak Sri Pahang (FC), Mohd Izham Tarmizi adalah Imaani Binti Mohd Izham Tarmizi.

“Assalamualaikum everyone! Meet our 3rd baby, Imaani Binti Mohd Izham Tarmizi,” tulis Mia di hantaran Instagramnya.  Hantaran Mia tersebut telah dibanjiri dengan komen dan respon peminat dan rakan selebriti yang teruja melihat kecomelan anak Mia sambil menitipkan rasa syukur dan teruja melihat wajah Imaani dengan mata bulatnya itu.

Untuk rekap, Mia Ahmad yang mulai terkenal menerusi drama dan telefilem seperti Rindu Awak 200%, Hati Perempuan, Mr. Boss Miss Stalker, Jejak Karmila dan Sara Kirana telah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan sama cantik sama padan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sayf Issa, 4, dan Iris yang kini berusia dua tahun. Sebelum ini sumber melaporkan yang Mia sudah berpindah bersama anak-anak mengikut suami ke negeri Pahang.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

IKLAN
Share