Gaya Hidup

Kentang Bukan Pengganti Nasi, Tapi Boleh Bantu Kurangkan Risiko Serangan Jantung!

Kentang merupakan makanan yang mudah diperoleh. Pernah tak dengar petua orang dulu-dulu kalau masakan terlebih masin boleh diletakkan kentang agar rasa masin itu berkurangan?

Kentang telah disahkan tidak mengandungi lemak dan kolesterol. Kentang seberat 148 gram hanya mengandungi 110 kalori sahaja. Sebaik-baik cara untuk makan kentang adalah dengan kulitnya. Ini kerana kentang segar dengan kulit kaya dengan sumber potasium yang baik untuk kesihatan kardiovaskular.

Kentang merupakan pilihan utama kerana mengandungi antioksida yang tinggi. Antioksida penting dalam tubuh seseorang kerana boleh menentang radikal bebas. Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of the American College of Nutrition (JACN), mereka yang makan kentang turut mengalami pengurangan berat badan.

Malah vitamin B6 yang terkandung dalam kentang boleh membantu melawan pembentukan tumor dalam tubuh yang boleh merangsang kanser terutama kanser prostat untuk lelaki dan kanser rahim buat wanita.

Sumber zat potasium ini juga dapat mengurangkan kadar kolesterol dan membantu menghalang pengumpulan kolesterol dalam darah. Kalori yang rendah pada kentang, dapat menjadi menu diet rendah kolesterol.

Bakar, rebus, panggang, putar, goreng, sup atau salad adalah antara pilihan untuk kentang. Kentang menawarkan pilihan kentang yang istimewa sesuai untuk pilihan masakan yang berbeza.

JENIS-JENIS KENTANG

(a) Blue & Purple

Kentang biru & ungu (blue & purple) ini mengandungi pigmen antosianin yang memberi warna ungu walaupun dimasak. Kentang ungu efektif untuk mengurangkan tekanan darah dan menurunkan risiko penyakit jantung dan strok pada orang dengan tekanan darah tinggi tanpa penambahan berat badan. Kentang ungu kaya sumber vitamin C dan kalium. Jika makan bersama kulit boleh menambah lebih banyak serat dan diet seharian. Boleh didapati sekitar bulan September dan Oktober.

(b) Round Red

Kentang merah (round red) mengandungi air dan baik untuk hidangan yang sihat. Kandungan karbohidrat yang terdapat dalam kentang ini boleh menjadi pengganti nasi. Selain itu, kentang merah ini boleh meningkatkan pH dengan kadar asid di dalam tubuh. Kulit kentang yang berwarna merah mengandungi asid klogenik yang memiliki manfaat untuk mencegah sel-sel kanser. Boleh diperoleh sepanjang musim.

(c) Yellow Flesh

Kentang kuning (yellow flesh)

dengan rona kuning keemasan dan rasa yang berlemak menjadikan kentang kuning ini semakin diminati. Boleh didapati sepanjang musim dan rasa yang berlemak ini menjadikannya sesuai untuk kek, kentang putar dan bakar.

(d) Russets

Kentang russets ini boleh didapati sepanjang tahun dengan rasa yang lebih berkanji dan boleh dikenali daripada kulit perang bersirat serta isi putih. Mempunyai kandungan kanji yang tinggi dan tekstur bertepung apabila dimasak. Oleh itu, kentang ini sesuai untuk dibakar, digoreng dan dilecek. Hamizatul Maizan Mohamed

IKLAN
Share