Kentut Pun Dikira Professional? Ini Fakta Kentut Anda Patut Tahu!

Fakta kentut di bawah ini perlu anda hadam supaya anda boleh mempertahankan diri sekiranya dikutuk kerana terkentut. Baca tau!

Semua orang kentut. Baik di rumah, di tempat kerja, di kawasan awam dan pendek kata di mana-mana dan pada bila-bila masa. Pelbagai helah dilakukan seandainya terkentut di tempat umum sehingga anda yang berpura-pura batuk untuk sembunyikan bunyi kentut!

  • Secara purata, manusia akan kentut sebanyak 14 kali sehari.
  • Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kentut anda berbau busuk seperti brokoli, kubis bunga, telur, bawang putih, daging merah, makanan tenusu serta makanan yang tinggi kandungan yis.
  • Kelajuan purata kentut untuk memasuki dunia adalah kira-kira 10 kaki sesaat atau 9.5km/jam.
  • Kentut seorang wanita lebih busuk berbanding lelaki kerana kandungan hidrogen sulfida di dalam badan seorang wanita lebih tinggi.
  • Di China, anda boleh dapat kerja sekiranya kentut anda berbau busuk. Menurut mereka, bau busuk ini menandakan anda profesional. Betul ke?
  • Kentut mudah terbakar kerana ia mengandungi sejumlah gas metana dan hidrogen. Hati-hati bila berada dekat dengan api, takut anda hangus terbakar pula!
  • Perasan tak apabila anda berada di dalam kapal terbang, anda sukar untuk kentut. Ini kerana tekanan di dalam kabin sewaktu di udara. Lepaskan kentut sebaik turun di landasan.
  • Dalam sesetengah budaya, kentut adalah perkara biasa dan anda boleh melakukannya secara terbuka. Sebagai contoh, suku India di Amerika Selatan.
  • Semakin anda menahan kentut, semakin perut anda akan mengembung. Akhirnya ia akan ‘terlepas’ sewaktu anda tidur, iaitu satu keadaan yang paling relax.
  • Jika anda seorang vegetarian, anda sebenarnya kentut lebih kerap berbanding non-vege. Blame on all the beans!

 

Sumber dari Google

IKLAN
Share