Kerabat Diraja Wanita Pertama Masuk Tentera, RATU ELIZABETH II Genap 70 Tahun Duduki Takhta Britain!

Elizabeth Alexandra Mary Windsor atau lebih dikenali sebagai Ratu Elizabeth II telah menduduki takhta Britain selama 70 tahun. Sambutan Jubli Platinum baru-baru ini menyaksikan Baginda menduduki takhta paling lama dalam kalangan kerabat diraja Britain sejak 1952.

Dilahirkan pada 21 April 1926 Baginda menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya, Raja George VI pada 6 Februari 1952. Baginda merupakan pemerintah paling lama bertakhta mengatasi rekod Ratu Victoria selama 63 tahun dan tujuh bulan.

Ratu Elizabeth ialah pemerintah British pertama yang menjangkaui Jubli Platinum bermaksud 70 tahun bertakhta.

Credit @queenelizabethiiuk
Credit @queenelizabethiiuk
Credit @queenelizabethiiuk
Credit @queenelizabethiiuk
Credit @queenelizabethiiuk

Pembukaan parlimen pertama oleh Baginda ialah pada 4 November 1952 dan tahun berikutnya Baginda ditabalkan di Biara Westminster pada 2 Jun.

Baginda dan suami, Putera Philips dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Charles dan Puteri Anne sebelum Baginda menaiki takhta. Pasangan diraja ini kemudian dikurniakan dua lagi cahaya mata Putera Andrew dan Putera Edward selepas ditabalkan menjadi Permaisuri.

Ratu Elizabeth dan Putera Philips mempunyai lapan cucu dan 10 cicit. Putera Philips mangkat pada 9 April 2021 ketika berusia 99 tahun.

Ratu Elizabeth & Putera Philips / Credit @queenelizabethiiuk
Ratu Elizabeth & Putera Philips / Credit @queenelizabethiiuk
Ratu Elizabeth & Putera Philips / Credit @queenelizabethiiuk
Credit @queenelizabethiiuk
Credit @theroyalfamily
Credit @theroyalfamily

Baginda merupakan satu-satunya kerabat diraja wanita yang menyertai angkatan tentera. Pada 24 Februari 1935, Baginda menyertai Women’s Auxiliary Territory Service (ATS) dengan nama Elizabeth Windsor.

Credit @queenelizabethiiuk
Credit @theroyalfamily
Credit @theroyalfamily
Credit @queenelizabethiiuk

Ratu Elizabeth II ialah ketua negara paling banyak mengembara di dunia dan melawat lebih daripada 110 negara tetapi tidak pernah menggunakan passport kerana Baginda tidak memilikinya.

Ketika era pemerintahan Baginda, UK menyaksikan perubahan politik dengan pelantikan 14 Perdana Menteri dari Winston Churchill hingga Boris Johnson.

Credit @queenelizabethiiuk
Credit @queenelizabethiiuk
Credit @queenelizabethiiuk
Credit @queenelizabethiiuk

Pemerintah berusia 94 tahun itu adalah ketua negara bagi 15 negara di Komanwel termasuk Australia, Kanada, New Zealand, Antigua dan Barbuda, Papua New Guinea, Jamaica, Belize, Bahamas, Grenada, Kepulauan Solomon, St Kitts dan Nevis.

Selain negara bukan Komanwel iaitu Gibraltar, Kepulauan Falkland, Bermuda dan Kepulauan Cayman.

 

 

Sumber: Bernama

IKLAN
Share