Gaya Hidup

Kereta Jaguar Hadiah Buat Tetamu Di Majlis Perkahwinan Mewah “Crazy Rich Surabayans”

Saat menonton filem Crazy Rich Asian yang pecah panggung, terpesona melihat kemewahan dan kegemilangan perkahwinan yang dipaparkan. Sangat menguja melihat dekorasi perkahwinan, keghairahan tetamu yang hadir dengan majlis yang benar-benar terancang. Dalam fikiran ini adalah lakonan semata-mata yang digembar-gemburkan oleh pengarah filem. Rupa-rupanya pasangan pengantin dari Surabaya ini telah menukar persepsi majlis perkahwinan fantasi ke alam realiti.

foto: Instagram @cappiophoto

Pasangan pengantin Jusup Maruta Cayadi dan Clarissa Wang yang melangsungkan perkahwinan pada 1 Disember lalu telah menamatkan zaman bujang mereka melalui sebuah perkahwinan yang sangat mewah, penuh gemilang dan pasti dicemburui oleh setiap wanita. Anggaran untuk merealisasikan  perkahwinan ini telah dianggarkan mencecah hampir 1 trillion rupiah atau USD 68.9 million.

foto: Instagram @jusupclarissawedd

Memilih lokasi perkahwinan di salah sebuah hotel paling mewah di Bali, The Mulia Hotel & Resort in Nusa Dua. Bukan itu sahaja, ada di antara tetamu mereka yang mendapat keistimewaan menginap di hotel serba mewah ini untuk meraikan majlis perkahwinan tersebut.

foto: Instagram @cappiophoto

Melihat foto perkahwinan mereka, dapat menyaksikan dekorasi pelamin yang dibanjiri dengan bunga-bunga segar yang begitu indah. Pasangan ini juga telah menerbangkan khas kumpulan muzik antarabangsa, Michael Learn To Rock mendendangkan lagu-lagu kegemaran mereka dalam majlis gilang-gemilang tersebut.

foto: Instagram @altur_manullang

Keghairahan majlis itu tidak berhenti di situ sahaja apabila pasangan ini menyediakan bingkisan istimewa buat tetamu yang hadir wang emas yang berukir wajah pasangan pengantin. Salah seorang tetamu yang hadir bertuah kerana membawa pulang kereta sport, Jaguar. Untung lar siapa yang dapat kereta sport mewah itu.

foto: Instagram @jusupclarissawedd

Siapakah pengantin lelaki ini yang mampu menyediakan sebuah perkahwinan yang begitu mewah. Jusup adalah anak bongsu kepada taikun Surabaya, Rendra Tjajadi seorang taikun dari  Sidoarjo, Jawa Timur. Syarikat milik Rendra ini merupakan salah satu daripada lima syarikat minyak kelapa sawit terbesar di Indonesia. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1982 dan turut menghasilkan produk yang berasaskan minyak kelapa sawit seperti marjerin, sabun dan sebagainya.

foto: Instagram @fitplustailor

Kemewahan yang dipaparkan pasangan pengantin ini bermula daripada saat melamar, bertunang dan mengadakan photo shoot pre wedding di lima buah benua. Mungkin ada yang mengatakan ia membazir tetapi jika mereka mampu mengapa tidak, bukan?

Sumber: https://coconuts.co

 

IKLAN
Share