Kerja Makin Lama Makin Tak Produktif? Ikut 5 Cara Ini Agar KEMBALI BERSEMANGAT!

Produktiviti merupakan kunci kepada kecemerlangan kerja. Sudah tentu setiap majikan mahukan hasil yang terbaik daripada setiap pekerjanya. Dari sisi pekerja pula, setiap hari datang awal ke pejabat lalu tenggelam dengan longgokan kerja dan pulangnya lambat atau mungkin lewat malam.

Hasilnya, kerjaya yang sebelumi ini menjadi memenatkan dan membosankan. Akhirnya ia menjejaskan produktiviti seterusnya tidak efisyen seperti rakan-rakan sekerja yang lain. Jika ini terjadi dan berlanjutan maka waspadalah, masa depan kerjaya anda mungkin akan musnah!

Oleh itu, bangkitlah agar lebih bersemangat dan produktif. Amalkan 5 cara ini agar anda sentiasa bahagia di tempat kerja.

CARI SESUATU YANG DISYUKURI

Tidak kisahlah apa saja kerja yang anda buat atau di mana anda bekerja, mulalah untuk rasa bahagia saat ini. Cari sesuatu untuk anda syukuri contohnya pejabat anda dekat dengan pusat beli belah atau kedai makan sedap yang sentiasa menggamit anda ke sana.

SELESA BEKERJA SEPERTI DI RUMAH

Hiaslah meja kerja anda mengikut cita rasa contohnya koleksi gambar keluarga atau kekasih hati. Secara tidak langsung anda akan berasa selesa dan santai bekerja umpama di rumah. Meja yang tidak kemas melambangkan kekusutan pemiliknya.

Sesibuk mana pun usahakan juga untuk mengemas meja anda kerana masa anda akan terbuang begitu saja hanya kerana mencari dokumen-dokumen penting yang tidak dikemas dengan baik.

REHATLAH SEKETIKA KALAU PENAT

Pagi adalah waktu terbaik untuk mencurahkan segala tenaga dan fikiran untuk bekerja. Mata akan kian berat tatkala masa menghampiri ke tengahari. Bangun dan berjalan-jalanlah sebentar ke pantri atau tandas. Selingan ini penting bagi melancarkan aliran darah seterusnya mengekalkan produktiviti kerja.

KURANGKAN MULTITASKING

Meskipun tugasan anda dikatakan multitasking namun bijaklah mengendalikannya kerana waktu berharga akan mudah terbuang daripada bermanfaat. Kajian menunjukkan individu yang cuba untuk melakukan dua atau lebih tugasan dalam satu masa boleh menjejaskan fikiran dan kualiti kerja. Sebaiknya, fokus dulu untuk selesaikan satu tugas sebelum ke tugas lainnya.

ELAK MAKAN TERLALU KENYANG

Makan terlalu Kenyan hanya memberikan tenaga yang tinggi dalam masa yang singkat saja. Akibatnya anda akan mudah mengantuk ketika bekerja. Sebaiknya sediakan kudapan sihat yang mengandungi protein, serat dan antioksidan yang dapat memberi kenyang berpanjangan. Anda juga akan lebih fokus kepada kerja.

 

 

 

 

 

 

IKLAN
Share