Pastinya seluruh rakyat Malaysia bimbang dan terkejut melihat angka kes jangkitan Covid-19 tertinggi pernah dicatatkan hari ini. Daripada lebih 6 ribu dua hari kebelakangan ini, laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan jumlah positif Covid-19 hari ini mencecah sehingga 7,289 kes!
Ia sekaligus mencatatkan jumlah keseluruhan kes sehingga 25 Mei 2021 sudah melepasi angka separuh juta. Malah negeri Selangor masih menjadi negeri tertinggi positif Covid-19 dengan 2,642 kes diikuti Johor 664 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 604 kes.
Terkesan dan amat risau dengan situasi pandemik yang semakin meningkat, personaliti televisyen Puan Sri Normala Samsudin tampil memberi reaksi. “Lock down please I vote. Takkan nak tunggu kematian 10 ribu baru nak fikir lock down.
Kalau tak da duit nak bagi makan rakyat, kita boleh kumpul kutip sikit-sikit bagi makan orang ramai. Macam kita buat untuk Palestine! Come On Malaysian, Come On, Come On. Allahu sakitnya dada dengan kematian everywhere. Tak terpandang kerja frontliners semua.”
Ads
Turut memberi reaksi terhadap kes jangkitan hari ini ialah aktres popular, Nad Zainal. Dia yang selamat melahirkan cahaya mata kedua pada hujung Mac lalu turut memuat naik posting Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai keadaan terburuk yang bakal dihadapi rakyat jika kes harian masih bertambah.
Ujar Nad, “Kalau tak kerja tak ada pendapatan, kalau keluar cari nafkah buka ruang pada Covid menerjah badan. Dilema 2021. Tawakal dan usaha.”
Ads
Tambahnya lagi, sebagai langkah pencegahan dia turut sudah mendaftarkan bapa tersayang untuk pengambilan vaksin. “Saya dah daftarkan bapa saya untuk AZ (Astra Zeneca). Anda bila lagi? Berikhtiar lebih baik dari menyebar berita tak sahih.”
Penyanyi dan usahawan Bizmilla, Mila Jirin pula yang perniagaannya terjejas teruk sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dahulu ibarat hilang kata apabila melihat peningkatan kes jangkitan Covid-19 saban hari.
Ads
Dalam media sosial miliknya, kongsi Mila, “Makin diperketat, makin naik. Risaunya #selflockdown.”
Kebimbangan ini sudah tentu memberi kesan kepada sebilangan besar anak seni kerana kerjaya mereka yang melibatkan ramai orang. Bahkan sudah ramai di antara selebriti tanah air dijangkiti wabak maut ini antaranya Nabila Huda, Puteri Sarah, Tiz Zaqyah, Nora Danish, Aliff Satar dan ramai lagi.
Moga Covid-19 segera lenyap dan rakyat dapat kembali menikmati kehidupan seperti sedia kala. Sama-sama perangi Covid-19. Lindung Diri, Lindung Semua!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Negeri Pahang mencipta sejarah tersendiri apabila Istiadat Pemasyhuran dua jawatan penting dalam institusi diraja negeri itu berlangsung hari ini di Istana Abu Bakar. Pemasyhuran Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai Tengku Ampuan Pahang Kelima dan pemasyhuran Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah sebagai Tengku Mahkota Pahang mencatat sejarah kerana buat julung kalinya… istiadat itu diadakan serentak dalam sejarah diraja negeri Pahang.
Tunku Azizah bersama anakanda, Tengku Hassanal Ibrahim
Lebih istimewa, istiadat ini juga menyaksikan Tengku Hassanal turut dimasyhurkan Pemangku Raja Pahang berikutan ayahanda baginda, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari ini.
Kali terakhir Istiadat Pemasyhuran Tengku Mahkota Pahang diadakan pada 23 Oktober 1977 setelah Sultan Abdullah dilantik memegang jawatan itu pada 1 Julai 1975. Baginda kemudian dilantik menjadi Pemangku Diraja Pahang dalam satu istiadat berasingan pada 28 April 1979.
Tengku Hassanal bersama ayahanda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Istiadat diraja yang berlangsung pagi tadi dihadiri lebih 1, 500 tetamu terdiri daripada kerabat diraja, barisan kepimpinan kerajaan negeri dan wakil masyarakat.
Mengenali latar belakang Tengku Ampuan Pahang Kelima ini, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diputerikan pada 5 Ogos 1960 di Istana Stulang, Johor Bahru. Baginda merupakan puteri ketiga kepada Almarhum Sultan Iskandar.
Biarpun berstatus keluarga diraja namun Tunku Azizah cukup dekat dengan masyarakat dan merupakan Pengasas dan Presiden Seumur Hidup Yayasan Fertaliti Tunku Azizah (TAFF), Pengasas Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam, Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Dunia, Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Pahang (WI) dan Pemegang Amanah Yayasan Istana Abdulaziz.
Selain itu, baginda turut menghasilkan tiga buku masakan iaitu Air Tangan Tengku Puan Pahang (2007), Air Tangan Tengku Puan Pahang Manisan Tradisional Pahang dan Masakan Tradisional Pahang (2018).
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru beberapa minit upload, gambar terkini ‘mommy to be’ Mira Filzah raih puluhan ribu likes! Mana tidaknya sejak mengumumkan berita kehamilan anak sulung pada 20 Januari lepas, ini pertama kali peminat menyedari dengan jelas baby bump selebriti cantik berkenaan. Comel!
Perkongsian tersebut dimuat naik Mira ketika menghadiri majlis perkahwinan salah seorang sahabatnya di Ampang.
Dalam foto itu, Mira kelihatan cukup ceria di samping Wan Emir Astar yang anggun mengenakan jubah rona pastel. Sedondon dengan suami tercinta.
Mengimbas kembali khabar gembira yang disampaikan Mira dan Wan Emir pada Januari lalu, kandungan aktres cantik tersebut ketika itu memasuki trimester ketiga. Pendedahan itu dibuat selepas mereka pulang daripada bercuti di Eropah.
Mira Filzah sah bergelar isteri Wan Emir yang juga anak lelaki kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid pada 3 September 2020.
Semoga Mira dan kandungan berada dalam keadaan sihat serta dipermudahkan segalanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Agak lama tidak mendengar perkhabaran mengenai pelakon Zulin Aziz sebaik mendirikan rumah tangga awal tahun ini. Sebenarnya, Zulin bukanlah menyepi dari dunia seni. Dalam diam Zulin kini menambahkan satu lagi cabang portfolio miliknya dengan mempelajari ilmu tentang perniagaan.
Setelah sekian lama menyepikan diri daripada kanta lensa sebagai seorang pelakon, Farah Azleenda Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Zulin Aziz tampil dalam satu bentuk perniagaan dalam talian yang terbaharu diberi nama Bebita Beauty.
Bebita Beauty merupakan produk penjagaan kulit yang diusahakan bersama influencer terkenal Kyrina Kassim. Malah Zulin banyak menghabiskan masa mendalami selok-belok perniagaan dan membuat kajian tentang produk bagi menghasilkan produk yang bersesuaian dan terbaik di pasaran.
Baru-baru ini, Zulin ditemui di majlis soft launching produk Whitening Sunscreen dan Lip and Cheek Treatment yang menjadi pertaruhannya di bawah jenama Bebita Beauty.
Menggunakan Live Tik Tok sebagai platform utama memperkenalkan produk, Zulin bersyukur di atas sambutan yang luar biasa diterimanya semasa memperkenalkan produk tersebut di platform digital Tik Tok.
Isteri kepada Farhan Norzaini ini juga memasang niat untuk membantu sesiapa sahaja yang ingin menjadi sebahagian keluarga Bebita sekaligus berpeluang menjana pendapatan sampingan untuk menampung kos kehidupan kini yang semakin meningkat.
Berpeluang menimba ilmu bisnes dan bergelar rakan kongsi kepada Kyrina Kassim yang juga merupakan seorang influencer yang terkenal di media sosial, Zulin menyerap segala ilmu perniagaan daripada rakan kongsinya yang mempunyai pengalaman luas lebih 7 tahun dalam perniagaan.
“Zulin banyak belajar mengenai selok belok perniagaan dari Kyrina. Pelbagai pengalaman yang telah ditempuh oleh Kyrina, jatuh dan bangun dalam perniagaan menjadikan beliau seorang yang lebih kuat dan matang di dalam dunia perniagaan ini.
Masing-masing mempunyai kelebihan, Zulin dan Kyrina amat dikenali di media sosial kerana kami aktif di platform seperti, TikTok dan Instagram.
Bukan itu sahaja, “content-content” yang dihasilkan juga menjadi ikutan dan inspirasi kepada semua orang di luar sana terutamanya pengikut-pengikut di laman social tersebut,” ujar Zulin lagi.
Baik Zulin mahupun Kyrina amat berharap usahasama mereka dalam bidang perniagaan akan mendatangkan faedah untuk semua dan amat menghargai sokongan semua pihak yang menjadi pendorong mereka untuk maju dalam dunia perniagaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada Allah jua kita kembali. Baru beberapa hari menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihanraya Negeri Sabah ke-17, Datuk Seri Bung Moktar Radin kembali ke rahmatullah pada 5 Disember 2025.