Kes Menzalimi Kucing Dalam Mesin Pengering Pakaian, TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN Zahir Rasa Dukacita

Baru-baru ini, viral sebuah video dua orang lelaki bertindak kejam dengan menyumbat seekor kucing betina yang sedang bunting ke dalam mesin pengering pakaian sehingga mati.

Insiden yang berlaku di sebuah kedai dobi layan diri di Gombak Ria itu telah viral di laman media sosial dan bukan sahaja mendapat perhatian netizen, bahkan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin turut menzahirkan rasa dukacita terhadap kejadian tersebut dan menganggap itu sebagai penganiyaan kejam terhadap seekor kucing.

“Saya terkejut dan sedih dengan perbuatan menzalimi haiwan yang kian berleluasa. Sifat kemanusiaan seolah-olah telah hilang dalam diri pelaku sehingga sanggup menganiaya haiwan yang sedang sarat mengandung”, titah baginda menerusi satu kenyataan akhbar rasmi di instagram @selangorroyalofficial.

 

Baginda secara rasmi turut menghantar surat kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia meminta agar pelaku yang terbukti bersalah dikenakan tindakan yang sewajarnya supaya kejadian yang sama tidak akan berulang.

Walaupun berstatus diraja, kecintaan baginda terhadap haiwan peliharaan kucing yang mendalam tidak dapat disorokkan.

Menjunjung kasih atas keprihatinan Tengku Permaisuri Norashikin.

IKLAN
Share