Aktres popular China, Dilraba Dilmurat sememangnya memiliki raut wajah sempurna. Dia dikurniakan sepasang mata bundar yang cantik, hidung mancung, bibir mungil, kulit putih mulus dan aura mempersona. Tidak hairanlah Dilraba atau lebih dikenali sebagai Dilireba dalam kalangan peminat sering menjadi buruan jenama mewah antarabangsa termasuk syarikat produksi untuk menjadi duta dan tarikan dalam sesebuah drama mahupun filem.
Menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-29 pada 3 Jun ini, pelakon, model dan penyanyi yang dilahirkan di Urumqi ini sebenarnya mempunyai darah keturunan etnik Uighur. Mengikut bahasa Uighur, nama Dilraba Dilmurat bermaksud ‘cantik rupawan’.
Memandangkan latar belakangnya sebagai masyarat etnik minoriti Uighur, dia mengakui fasih bertutur bahasa tersebut selain sedang mempelajari bahasa Korea dan Thailand! Patutlah populariti Dilraba turut menjadi perhatian di negara luar, dah pandai cakap Korea dan Thailand nanti boleh cuba tembusi industri seni di sana pula.
Minat dan darah seni dalam diri Dilraba mula berputik sejak zaman kanak-kanak lagi. Memetik laporan Hotpot TV, ketika berusia lingkungan tujuh tahun dia sudah meminta
ibu bapanya menghantar ke kelas muzik piano, violin, gitar dan kelas menari. Malah, menerusi perkongsian gambar kanak-kanak Dilraba jelas menunjukkan kecantikan asli milik jelitawan ini.
Ads
Atas sokongan keluarga terhadap minat Dilraba, dia kini bergelar antara selebriti berjaya di China dan menerima pelbagai pengiktirafan sepanjang pembabitan bergelar anak seni. Kerjaya Dilraba mula menyerlah sekitar tahun 2015 / 2016 selepas dia membintangi drama bersiri 37 episod ‘Hot Girl’ yang melayakkannya menerima anugerah ‘Outstanding New Actress’ di 2016 ENAwards.
Pada tahun yang sama juga, dia menerima satu lagi anugerah iaitu ‘Best New Actress’ di China Britain Film Festival menerusi watak yang dijayakan dalam Mr Pride vs Miss Prejudice.
Ads
Selain itu, dia turut dimahkotakan The Golden Eagle Goddess 2018 iaitu salah satu penghargaan tertinggi yang diberikan kepada pelakon di China. Tahun lalu sahaja, nama Dilraba Dilmurat menduduki tempat ke-16 dalam senarai Forbes China Celebrity 100 List dan popularitinya melonjak sehingga disenaraikan sebagai antara pelakon China yang menerima bayaran paling tinggi untuk sebuah drama!
Kejayaan yang diraih ini bukan bersandarkan kepada rupa paras menawan Dilraba semata-mata. Sebaliknya, dia juga merupakan selebriti yang rajin bekerja dan menerima banyak tawaran. Selepas mencatat percapaian luar biasa menerusi drama siri popular Eternal Love pada tahun 2017, tawaran yang diterima Dilraba datang mencurah-curah.
Ads
Di samping sibuk menjalani penggambaran drama dan filem berturut-turut Dilraba turut dilantik sebagai jurucakap produk jenama mewah antarabangsa seperti Mikimoto, Louis Vuitton, Dolce Gabbana dan produk kecantikan dan kosmetik mewah Perancis, Clarins.
Sejuk mata memandang penampilan Rubytah Che Wan! Sentiasa bersederhana dan mengenakan persalinan sopan yang menutup aurat, adik kepada pelakon jelita Rozita Che Wan ini mungkin tidak sepopular Che Ta dan adiknya, Ayu Raudhah kerana tidak melibatkan diri dalam dunia seni.
Namun apabila Rubytah atau mesra disapa Ruby mengahwini pelawak terkenal, Lan Pet Pet pada 20 Ogos 2008 secara tidak langsung setiap gerak-geri dan kelibatnya menjadi perhatian khalayak ramai.
Bagaimana pun, pasangan ini cukup menjaga privasi diri, anak-anak dan keluarga.
Foto Majalah NonaKredit Instagram @jcw_81Kredit Instagram @jcw_81
Pernah bertugas sebagai perancang kewangan, Ruby ketika menjadi penghias Nona Jun 2018 bersama empat adik-beradik perempuannya waktu itu terbuka berkongsi kisah penghijrahan. Semuanya bermula ketika dia dan suami menerima panggilan menunaikan ibadah haji pada tahun 2017.
“Saya melakukan transformasi diri dengan melabuhkan sedikit tudung selepas pulang daripada mengerjakan haji. Perubahan ini berlaku apabila saya terfikir sudah beberapa kali mengerjakan umrah namun apabila tiba masa mahu meninggalkan Tanah Suci timbul rasa tidak seronok.
Apabila saya berada di Tanah Suci dan kembali ke Malaysia umpama berada dalam dua dunia yang berbeza. Sepatutnya ke mana sahaja kita berada amalan dan pakaian kita adalah sama.
Sejurus pulang dari mengerjakan haji, saya nekad untuk mengubah penampilan. Penghijrahan ini bukan untuk menunjuk alim dan sebagainya tetapi mahu menyarung pakaian yang boleh di bawa solat tidak kira masa dan tempat.”
Ditanya mengenai persediaan Ramadan, anak ketiga daripada tujuh beradik ini amat menantikan kehadiran bulan mulia itu.
“Bagi saya kehadiran bulan puasa bagai suatu yang dinanti. Peluang meraih keberkatan amalan yang dijanjikan pahala berlipat kali ganda bagai ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam.
Namun, saya tiada persiapan yang ketara menempuh Ramadan kerana sudah membiasakan diri dengan amalan berpuasa di bulan Syaaban dan Rejab. Apabila sudah terbiasa berpuasa jadi tiada lagi istilah penat atau perut meragam.
Cuma ketika bulan Ramadan ditambah istimewanya dengan adanya amalan sunat solat tarawih.”
Kini Ruby mempunyai jenama pakaian sendiri di bawah label MaliqaJilbabSyari’i.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memiliki kulit yang sihat adalah dambaan setiap wanita. Kulit yang sihat membuktikan anda prihatin terhadap kebersihannya. Sebenarnya kulit yang sihat dapat dilihat pada beberapa ciri-ciri fizikal yang jelas.
KULIT SEGAR DAN BERSINAR
Ya, kulit yang sihat sememangnya kelihatan segar dan bersinar. Meski pun tona kulit asal berwarna gelap namun jika kulitnya sihat tetap tidak akan terlihat kusam. Sebaliknya ia lebih bersinar dan mempesonakan. Amalkan makanan yang mengandungi vitamin agar sinarannya terserlah.
WARNA KULIT
Warna turut mempengaruhi kesihatan kulit. Ia kelihatan semula jadi jika kulit sihat. Contoh, kulit cerah yang sihat warnanya tidak akan putih pucat sebaliknya lebih segar. Bahagian badan yang mempunyai warna paling cerah biasanya dada, paha dan perut. Jadi, warna kulit wajah yang menyerupai warna di bahagian tersebut boleh dianggap sihat.
KEKENYALAN KULIT
Kulit yang sihat jika dicubit akan terasa kenyal dan segera kembali ke bentuk asal. Cuba picit pipi anda sekarang.
TEKSTUR KULIT
Tekstur kulit yang sihat selalunya lembut, halus, tidak bersisik serta memiliki kelembapan secukupnya. Namun, kebanyakan wanita memiliki kulit kering dan minyak berlebihan. Jika kulit sihat, seseorang itu juga tidak bimbang saat terdedah kepada sinaran matahari secara langsung.
BEBAS NODA
Bebas jerawat, parut, jeragat dan seumpamanya berpunca daripada kurang penjagaan terhadap kebersihan. Maka kotoran dan minyak mudah terkumpul pada pori-pori kulit. Biasakan merawat kulit agar ia menjadi kebiasaan.
BEBAS MASALAH KULIT DENGAN RANGKAIAN PRODUK CLINELLE WHITENUP
Agar kulit sihat bersinar pilihlah rangkaian produk Clinelle WhitenUp dilancarkan Julai lalu. Selamat untuk semua jenis kulit termasuk sensitif kerana setiap formulasinya bebas bahan berbahaya penyebab iritasi, penuaan awal dan alergi.
Duta jenamanya, Shima Anuar merupakan peminat setia produk Clinelle terutama rangkaian pencerahan WhitenUp yang membantu melindungi kulit siang dan malam, tidak kira di kawasan tertutup mahupun terbuka.
Produk ini bebas daripada 7 bahan berbahaya iaitu wangian dan pewarna tiruan, bahan komedogenik, tanpa minyak mineral dan SD alkohol, serta tanpa lanolin dan paraben. Memilih produk penjagaan terbaik amat penting bagi memastikan kulit sihat sepanjang masa. Ayuh, sama-sama kita amalkan “Kulit Sihat dan Ceria dengan 7 No’s” bersama rangkaian produk Clinelle. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam tak banyak berubah wajah pelakon wanita berbakat besar, Sherie Merlis. Tetap manis dipandang dan mempunyai aura tersendiri. Sejak awal pembabitannya sebagai anak seni sekitar tahun 1990 sampai sekarang, Sherie masih aktif membintangi drama dan filem tanah air.
Bahkan pengalaman yang ditimba sepanjang menjadi pelakon cukup mahal hingga dipilih menjadi salah seorang tenaga pengajar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi mengasah kemahiran penghayatan lakonan dalam kalangan pelapis baharu tanah air.
Meniti usia 52 tahun, Sherie Merlis atau nama penuhnya Sharifah Saadah Wan Zainal Abidin muncul dalam filem baharunya iaitu Bisikan Dosa pada awal Januari lalu. Antara pelakon yang turut terlibat dalam naskhah seram arahan Faizul Rashid tersebut ialah Farid Kamil, Che Puan Juliana Evans dan Uqasha Senrose.
Meskipun sibuk dengan karier seni namun ibu empat anak ini tetap meluangkan masa dengan permata hati kesayangan. Menerusi perkongsian Sherie di media sosial, dia meluahkan rasa syukur apabila dapat berkumpul dengan keempat-empat anak tersayang.
Lebih manis dengan kehadiran menantu perempuan iaitu Natasha Amanda yang merupakan isteri kepada anak lelakinya, Harith Daniel yang juga seorang pelakon.
“Buat pertama kali saya dapat berkumpul dan beraya dnegan keempat-empat anak-anak saya. Hujung di sebelah kanan saya tu, menantu kesayangan – Natasha Amanda (isteri second son saya). Missing you guys badly.”
Walau industri seni hari ini menerima kehadiran ramai muka baharu namun pesona dan kemampuan Sherie sebagai pelakon sentiasa mendapat pujian peminat seni tanah air.
Sherie Merlis Keturunan Arab, Indonesia & Cina
Pendek kata, aura figura ini masih berbisa. Sherie dilahirkan di Sibu, Sarawak dan khabarnya mewarisi keturunan Arab dan Melayu dari ayah. Manakala ibunya pula berketurunan Melayu dari Indonesia dan Cina.
Sepanjang lebih tiga dekad bergelar anak seni, Sherie berjaya membawa watak dan menggalas karakter yang diberikan dengan sebaiknya.
Komitmen dan disiplin aktres ini dalam kariernya terbukti menerusi i-Tanggang yang menguji kemampuan Sherie melakonkan watak ibu psiko. Pelakon serba boleh!
Sebelum ini dia pernah membintangi filem Leftenan Adnan dan tahun 2022 Sherie muncul dalam filem Tablis Iblis serta Coast Guard Malaysia: Ops Helang pada Februari 2023.
Terdahulu, dia pernah berkahwin dengan pelakon Esma Daniel dan dikurniakan dua anak iaitu Habib Daniel dan Harith Daniel.
Pada Januari 2012, Sherie bergelar isteri kepada Tengku Shafiz Rullah As Syafiee atau dikenali sebagai Ash. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tengku Kaseh Anaqah dan Tengku Areef Bolkiah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.