Memperkasakan wanita, hakikatnya lebih dari sekadar memberi kata-kata semangat tetapi sokongan berterusan, hak bersuara, pendidikan dan peluang yang saksama. Kata Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, wanita diseru untuk bersama-sama merancang, melaksana dan fokus pada agenda pemerkasaan hala tuju wanita dalam pembangunan negara di semua peringkat.
Menerusi hantaran Menteri Pengajian Tinggi itu, beliau berkata wanita hari ini semakin berdikari, kuat, berani dan bukan lagi lemah serta hanya mengikut arahan.
“Di negara kita, peratusan wanita sebagai ahli lembaga pengarah merupakan tertinggi di Asia, iaitu 25.8 peratus berbanding purata global 19.7 peratus sahaja.
Datuk Seri Dr Noraini Ahmad
Ads
Dalam sektor perkhidmatan awam pula, 38.2 peratus daripada jawatan peringkat pembuat keputusan, iaitu di Gred Utama C dan ke atas dipegang oleh wanita.
Melihat kepada keupayaan wanita pada hari ini, saya berharap tidak ada lagi mana-mana pihak yang cuba merendah-rendahkan martabat wanita.” Datuk Seri Dr Noraini Ahmad
Beliau berkata walaupun angka dan pencapaian tersebut menunjukkan perkembangan positif, perjuangan memartabatkan wanita masih perlu diteruskan.
Ads
Berusia 54 tahun, wanita hebat ini merupakan pengerusi Ahli Parlimen Wanita Komanwel dari 2016 hingga 2019. Ahli Parlimen Wanita Komanwel (CWP) ialah rangkaian Persatuan Parlimen Komanwel yang berkempen untuk kesaksamaan jantina dan perwakilan sama rata di Parlimen.
Datuk Seri Dr Noraini merupakan ahli parlimen Parit Sulong, Johor
Ads
Katanya, aspek pemerkasaan wanita merangkumi pelbagal bidang perlu dimulakan dari peringkat awal dalam menjayakan aspirasi pemerkasaan wanita, dengan setiap peringkat wanita perlu digerakkan.
Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran Konvensyen Pemerkasaan Kepimpinan Mahasiswi Kebangsaan 2022 daripada pihak kementerian (KPT) di UiTM Puncak Alam baru-baru ini adalah contoh terbaik inisiatif memperkasakan pembabitan wanita sebagai pembuat keputusan.
“Konvensyen ini bukan sahaja untuk kita mendengar suara, idea dan pandangan malah lebih lagi, mengiktiraf kepimpinan wanita muda ini, yang mana suatu hari nanti bakal mewarisi kepimpinan negara.” Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. –BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang kata lagi banyak kita bersedekah, lagi besar dan banyak ganjaran yang bakal kita dapat. Mungkin itulah yang diamalkan bintang Arsenal ini sampai mampu meraih
pendapatan lumayan mencecah RM1.89 juta dalam masa seminggu! Meskipun terkenal dan hidup mewah tetapi pemain bola sepak beragama Islam, Mesut Ozil tidak lokek berkongsi rezeki dan menggunakan sebahagian daripada gaji yang diterima untuk tujuan kebajikan.
Yang pasti, kerja amal yang dilakukan Ozil bukan sedikit. Menurut ejen yang menguruskan kerjaya Ozil iaitu Dr Erkut Sogut, sekitar tahun lepas sahaja pemain yang menerima bayaran gaji paling tinggi di Arsenal itu telah membiayai sebanyak 1,000 pembedahan untuk kanak-kanak di seluruh dunia. Tidak cukup dengan itu, dia juga berbesar hati memberi bantuan berbentuk bekalan makanan kepada 100,000 pelarian di 16 kem pelarian di Turki dan Syria.
Merasakan lebih ramai kanak-kanak memerlukan pertolongan dan kerana jiwanya telah sebati dengan kerja amal, Ozil telah membelanjakan sejumlah wang yang besar iaitu £240,000 atau RM1.3 juta khusus untuk golongan si kecil yang sakit di Brazil.
Selain itu, Ozil turut dilaporkan bekerjasama rapat dengan sebuah badan kebajikan kanak-kanak Rays of Sunshine dan pernah menjemput peminat cilik berusia 8 tahun yang menghidap penyakit paru-paru dan celebral palsy ke rumah agam miliknya.
Malah, pemain bola sepak berusia 31 tahun ini juga tersentuh melihat keadaan seorang kanak-kanak daif yang memakai baju ala jersi Arsenal dengan tulisan nama Ozil menggunakan pen. Gambar yang tular di Twitter tersebut menarik perhatian Ozil dan bekas pemain Jerman berkenaan sanggup menghantar satu set jersi lengkap dengan kasut but bola sepak kepada kanak-kanak lelaki bernama Lawrence itu di Nairobi, Kenya.
Lebih mengharukan, kawan-kawan Lawrence turut menerima tempias dan dihadiahkan jersi yang sama. Tindakan Ozil nyata mencuri tumpuan peminat dunia bola sepak antarabangsa. Hinggakan ada yang melabelkan Ozil sebagai hero kanak-kanak! Ujar Ozil, “Medals and trophies remind us of past victories. These children, however, remind me that there was even more to our World Cup triumph than awards, most importantly healthy and happy children. There is nothing better in life than helping others!”
Dalam situasi dunia yang tidak menentu ketika ini, Ozil menggunakan duit miliknya sebaik mungkin untuk melakukan kebajikan. Terbaik!
https://www.instagram.com/p/BqhsfnUFbDj/
Melihat keprihatinan dan jiwa murni Ozil tersebut, tidak mustahil lagenda bola sepak ini disenangi ramai dan mendapat perhatian Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Hubungan erat yang terjalin di antara Ozil dan Erdogan bukan lagi perkara asing dalam kalangan rakyat Turki. Ini kerana kedua-duanya disifatkan sebagai individu berpengaruh yang lantang menyuarakan nasib golongan kurang bernasib baik terutamanya melibatkan umat Islam.
Keakraban mereka juga jelas kelihatan apabila Presiden Turki tersebut sudi menjadi ‘pengapit’ di majlis perkahwinan Ozil dengan bekas ratu cantik Turki, Anime Gulse pada Jun tahun lalu. Ozil dan isteri menimang cahaya mata sulung mereka pada hujung Mac lepas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah buat Pengarah Urusan Nouvelles Visages (NV), Rita Sosilawati dan suami, Khamarulazlan Mohammad Hanafiah atas kelahiran anak keempat mereka pada 19 Disember lepas. Walaupun baru 11 hari, tapi Rita nampaknya makin cergas dan ceria macam sudah habis berpantang. Luar biasa sungguh semangat Rita kali ini!
Baru selesai mengadakan Majlis Aqiqah dan Tahnik pada 25 Disember lalu, Rita atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana cukup ramah menyambut panggilan penulis. Mengakui masih berpegang kuat kepada amalan berpantang tradisional, dia turut meluahkan rasa kagum kerana kelahiran Khalil Rizqullah dipermudahkan Allah SWT.
“Mulanya saya pergi ke hospital pukul 9 pagi kerana nak induce. Tapi, tak sangka pula akan bersalin hari itu juga sebab bila periksa laluan dah terbuka 3 cm. Walhal saya tak rasa sakit atau apa-apa langsung. Bila dah jadi macam ni, doktor hanya suruh saya dan suami untuk tunggu dan lihat. Pukul 12 tengah hari, doktor suntik epidural.
Daripada pembukaan 3 cm ke 6 cm memang mencabar, ambil masa 5 jam. Tapi untuk tunggu sampai 10 cm, hanya 10 minit saja. Alhamdulillah, sangat cepat dan sangat senang. Saya sendiri tak percaya kelahiran kali ini dipermudahkan. Tak rasa stres dan happy saja.
Lucunya, masa dalam labor room dan tengah tunggu bersalin, doktor dan suami tengah bergurau. Masa tu juga saya terteran dan bayi terus keluar dalam keadaan saya tergelak sama dengar gurauan mereka. Masing-masing pun terkejut,” kongsi Rita yang selamat melahirkan anak keempatnya itu di Prince Court Medical Centre secara normal.
Tambahnya lagi, setiap kali sebelum bersalin dia akan mengamalkan air selusuh daripada seorang ustaz. Bila pembukaan masuk 3 cm, dia akan minum air tersebut sampai habis dan selama tunggu hendak bersalin Rita akan baca surah Yassin, ayat Kursi dan 4 Qul atas katil bersalin.
Pesannya, tidak kisah apa jua bacaan surah dan ayat sekalipun asalkan boleh menenangkan perasaan. Baginya, dia hanya mampu baca sekali dan kemudian tetapkan niat kepada Allah serta teruskan perjuangan untuk bersalin pula.
Menyentuh petua berpantang yang diamalkan, selain mengikut nasihat doktor dan ambil ubat-ubatan daripada hospital dia juga ada mengambil jamu. “Saya memang amalkan jamu dari awal proses lagi untuk mengembalikan bentuk badan dan apa yang telah hilang sepanjang mengandung serta bersalin. Mungkin bagi sesetengah orang bila ibu makan jamu akan bagi kesan pada bayi. Alhamdulillah, badan saya sesuai dengan jamu ini mungkin sebab sudah amalkan sejak anak pertama lagi.
Masa pantang inilah saya akan buat sauna, mengurut, bertungku dan rutin-rutin biasa ketika berpantang. Hari kedua di hospital lagi pun saya dah minta mak bidan datang ke wad untuk urut, tak mahu badan terlalu kembang sebab saya dan suami sudah berpakat hendak ikut sunnah buat majlis aqiqah dan tahnik pada hari ketujuh selepas kelahiran. Hari ketiga, saya dah terus balik ke rumah,” terangnya yang pertama kali membuat majlis aqiqah, tahnik dan mengisytiharkan nama anak mereka pada hari ketujuh kelahiran. Kata Rita, sambutan majlis tersebut berbeza daripada sebelumnya dan sarat dengan ketenangan, keberkatan dan kerahmatan Allah. Satu perasaan yang sukar untuk digambarkan.
Mengimbas kembali waktu mengandungkan Khalil, ibu kepada Kaisar Raees, Khalid Rashad dan Khaylila Rafaahiyah ini juga tidak mengalami sebarang alahan. Sebaliknya hanya cepat berasa letih dan kerap tidur kerana kekurangan hemoglobin sel darah merah. Pengalaman hamil anak keempat ini juga meninggalkan 1001 kenangan termasuk mengidam Thai Street Food.
“Waktu usia kandungan cecah 6 bulan, suami benarkan saya dan seorang kawan pergi ke Bangkok, Thailand semata-mata untuk penuhi keinginan selera saya. Kalau selama ini pergi ke sana untuk shopping, kunjungan waktu itu semata-mata untuk makan pulut mangga, tom yam dan macam-macam. Pergi ke floating market dan cuba menu street food mereka sampai buat researchlah,” ungkap Rita sambil ketawa.
Sebelum mengakhiri perbualan, Rita sempat memberitahu dia akan kembali aktif mengendalikan perniagaan NV tahun depan dengan memberi tumpuan promosi produk masker. Selain itu, wanita berjiwa besar ini juga bakal mengeluarkan koleksi tas tangan Victoria Sloane musim lebaran, sekitar bulan April depan sebelum Ramadan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jakel terus memperluaskan penawaran jualan persiapan Aidilfitri kepada orang ramai menerusi pembukaan premis baharu miliknya di Seksyen 7, di sini hari ini. Gedung baharu itu terletak 200 meter dari premis lama yang sebelum ini musnah dalam kejadian kebakaran, awal tahun ini.
Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, premis berkenaan yang dilengkapi pelbagai kemudahan dijangkakan mampu memberikan lebih keselesaan kepada para pelanggan di mana ia berkeluasan 7.02 ekar yang dimiliki oleh Jakel Realty Sdn Bhd.
“Premis baharu kami yang terletak bersebelahan Hospital Shah Alam ini turut menyediakan kawasan letak kereta yang kondusif iaitu berkapasiti 1,000 ruang dalam satu masa. Kita turut menyediakan perkhidmatan buggy khusus untuk membawa pelanggan dari tempat letak kereta hingga ke hadapan kedai,” katanya.
Jelas Datuk Feroz lagi, MBSA telah memberikan kebenaran selama 2 tahun untuk Jakel meniaga di sini. Dari segi kekuatan bangunan, ia lebih kukuh, malah dibina mengikut piawaian TNB, Bomba dan sebagainya. Ditanya bagaimana pula dengan keadaan bangunan lama, ini penjelasan beliau.
“Bangunan lama masih lagi dalam proses ujian, untuk melihat sama ada masih selamat untuk diubahsuai atau dirobohkan. Kes tersebut juga masih dalam siastan, berkemungkinan juga bangunan terbakar disebabkan oleh adapter yang diletakkan oleh staf-staf kita. Kita kena tunggu keputusan kes, mungkin kita akan dapat dalam bulan lima. Sekiranya semuanya selamat, Jakel akan kembali berpindah ke sana dan gudang ini akan dibesarkan menjadi sebuah pusat membeli belah”.
Sehubungan itu, Mohamed Feroz menyeru warga Shah Alam dan orang ramai untuk meluangkan masa berkunjung ke Jakel Shah Alam yang baharu itu sambil membeli belah dengan tawaran harga yang menarik.
“Apapun kami bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya, Jakel Shah Alam baharu ini sempat dibuka sempena ketibaan Aidilfitri. Pada masa sama, orang ramai juga berpeluang untuk dapatkan produk jenama Ariani dan Hajrah di sini,” katanya. Tambah beliau, di samping itu, selari dengan inisiatif dan hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pihaknya turut melancarkan Kempen Jualan Rahmah Jakel baru-baru ini.
“Kita ingin turut meringankan beban rakyat pada masa sama memastikan semua orang berpeluang bergaya di hari raya Aidilfitri. Jika dulu samping dijual pada harga RM119, sekarang hanya ditawarkan dengan harga RM39 menerusi kempen ini, ” ujarnya.
Selain itu, kata beliau, Aaron Aziz dan Nabil Ahmad dipilih menjadi duta Jakel tahun ini, di mana baju Melayu mereka yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM229, kini hanya dijual RM149 termasuk samping dan butang baju percuma.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datuk Latif Romly dan Datin Nabila kini bergelar ibu bapa! Tiga tahun melayari alam perkahwinan dan menanti-nantikan kehadiran cahaya mata akhirnya impian pasangan romantis ini tertunai dengan kelahiran bayi perempuan pasangan berkenaan pada pertengahan Januari lalu.