Gaya Hidup

Kita Semua Ada SUPERPOWER, Tapi Ini 6 Kuasa Luar Biasa Yang Jarang Kita Sedari!

Manusia adalah makhluk yang paling sempurna diciptakan oleh Allah SWT. Dengan segala pengetahuan dan akal fikiran yang dimiliki hari ini, ia hanyalah sedikit daripada sebahagian besar kemampuan manusia.

Masih terlalu banyak hal yang belum diketahui oleh manusia termasuklah kemampuan super seperti adi wira. Tidak ramai yang menyedari hal ini, tapi ada juga yang tak sedar mengggunakannya setiap hari.

Semak 6 superpowers ini jika anda memilikinya.

(1) Kapasiti simpanan memori otak manusia bersamaan 1 petabyte (1,000 terabyte)

Kajian di Universiti Texas menemukan bahawa satu sinaps (ruang antara neuron) mampu menyimpan 4,7 bit. Setelah mengetahui seluruh jumlah sinaps, terbukti kapasiti simpanan otak sama dengan 1 petabyte iaitu 10 kali lebih banyak dari yang dijangka sebelum ini.

(2) Memiliki lebih daripada 5 pancaindera

Selama ini manusia dikatakan hanya memiliki lima pancaindera iaitu deria rasa, penglihatan, sentuhan, bau dan pendengaran. Tapi sebenarnya manusia memiliki 9 – 20 indera, seperti thermoception (rasa kehangatan), keseimbangan (rasa seimbang), dan proprioception (memahami posisi tubuh orang lain). Dan yang lebih penting adalah indera keenam di mana kita mampu mengesan sesuatu yang tidak terlihat oleh mata kasar.

(3) Mata tertutup semasa bersin

Ramai yang berfikir bahawa jika mata terbuka semasa bersin, ia akan terkeluar dari tempatnya. Jangan tertipu. Walaupun sulit untuk bersin dengan mata terbuka, mata kita akan terpejam secara automatik bagi melindungi diri daripada jangkitan bakteria.

(4) Anda 0.4 lebih tinggi pada waktu pagi daripada waktu malam

Pada siang hari saat kita dalam posisi vertikal, tulang belakang menjadi lebih tipis dan lebih keras kerana adanya tekanan berat. Namun saat kita tertidur, ia akan kembali ke ukuran dan keadaan normal. Itulah alasan mengapa anda lebih tinggi pada waktu pagi.

(5) Paru-paru manusia luasnya sama dengan gelanggang tenis

Paru-paru manusia mengandungi sel udara, formasi gelembung yang berperanan dalam pertukaran oksigen. Jika semua sel udara tersebut disatukan, luasnya sama dengan gelanggang tenis.

(6) Tulang manusia jauh lebih keras dari pada simen

Anda pasti tahu betapa kerasnya simen, tapi tulang manusia jauh lebih keras daripada itu. Tulang manusia terbuat dari bahan komposit, yang keras dan elastis. Ia terdiri daripada kalsium dan kolagen yang membuatnya sangat kuat. Norzalina Mohd Alias

Sumber: Brightside

IKLAN
Share