“Lama Dah Nak Hantar Mereka Ke Bumi Allah…” Hafiz Mahamad Hadiahkan Pakej Umrah Buat Staf Kesayangan

Nama Hafiz Mahamad rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Pempengaruh dan usahawan berjaya ini kerap kali berkongsi rutin hariannya bersama dengan pengikutnya, termasuklah kerja-kerja amal yang dilakukan.

 

Dan terbaru, menerusi hantarannya di Instagram Hafiz Mahamad yang juga suami Syafiqah Aina, pengasas produk kecantikan AINAA Beauty ini berkongsi satu kejutan di mana beliau akan membawa seramai 120 pekerja dan kakitangannya menunaikan umrah bersamanya.

Untuk pengetahuan, ini bukan pertama kali Hafiz Mahamad berbuat demikian. Hafiz pernah membawa 20 pekerjanya menunaikan umrah sebelum ini. Yang istimewanya kali ini, bagi pekerja suami isteri, kedua-duanya diberi peluang untuk bersama-sama menunaikannya.

Perkhabaran yang diiumumkan Hafiz nyata mengundang rasa sebak dan terharu di kalangan pekerjanya. Menyingkap di hantaran Instagramnya, ramai memuji sikap rendah diri Hafiz menyantuni pekerja-pekerjanya. Walaupun beliau seorang bos, namun masih mengingati dan mengambil berat kebajikan pekerjanya.

******************************

Jadikan Al Quran Kareem sebagai panduan hidup, demi ketenangan di alam sana. Dapatkan My Qalam Elite Digital Al-Quran Bertajwid Wakaf Iftida 2.0. Yang penting guna kod promo NONGSP5

untuk beli harga diskaun, murah daripada beli di kedai (klik).

******************************

Menerusi kepsyen yang ditulis, Hafiz berkata “Dari awal niaga dulu, saya nak selesaikan ini dulu. Teringin sangat nak hantar mereka ke Bumi Allah! Mana saya tak sebak, orang kata cara saya salah dalam melayan staff & team ! Manjakan itu manjakan ini, “Takda standart lepak dengan staff/team”. Ini keluarga saya, setiap perjuangan selama ni “mereka lah yg hebat”

Hafiz dan Syafiqah Aina berkahwin pada 24 November 2017, dan mereka telah pun dikurniakan seorang anak perempuan, Raisya Arisa.

Semoga tindakan Hafiz Mahamad ini membuka mata orang ramai dan semoga perniagaannya terus sukses!

 

 

 

IKLAN
Share