Kongsi Foto ANAK KEMBAR, Gaya Hidup Sederhana PEWARIS TAKHTA DUBAI Tampan Ini Raih Perhatian

Bila sebut sahaja bandaraya Dubai pasti terbayangkan Menara Burj Khalifa yang tertinggi di dunia itu dan kehidupan mewah rakyat di sana. Dubai merupakan negara terkaya di dunia dengan nilai harta yang berbillion kerana minyak dan kini menjadi pusat perniagaan global dan destinasi pelancongan mewah yang tidak dapat digambarkan.

Foto: Instagram @faz3
Foto: Instagram @faz3

Jika rakyat biasa sudah kelihatan cukup mewah bayangkan pula kehidupan keluarga diraja Dubai ini. Gaya hidup Putera Mahkota Dubai yang sering tampil memakai kandura atau jubah labuh berwarna putih ini sering menawan perhatian dunia. Sheikh Hamdan Mohammed Al Maktoum bukan sahaja memiliki wajah tampan yang digilai oleh ramai wanita namun Putera Mahkota Dubai ini antara yang terkaya di dunia.

Foto: Instagram @faz3

Pasti kita menjangkakan kehidupan Putera Mahkota Dubai ini hidup dilimpahi dengan kemewahan yang melampau dengan kereta mewah, istana besar, berparti dan sebagainya. Namun, Putera Mahkota Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum ini yang lebih mesra disapa Fazza memilih untuk memaparkan kehidupan yang sederhana di laman Instagram milik peribadinya.

Foto: Instagram @faz3
Foto: Instagram @faz3

Putera kedua kepada Emir Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum ini dikagumi dan disayangi kerana bersikap sederhana, merendah diri, bijak, berbudi bahasa dan suka membantu rakyat jelata. Putera diraja Dubai ini lebih gembira berkongsi dengan rakyat tentang kebajikan yang dilakukannya.

Foto: Instagram @faz3
Foto: Instagram @faz3

Pewaris takhta kerajaan Dubai ini telah berusaha gigih membanteras pandemik COVID-19 di bawah jajahannya. Sejak ditabalkan sebagai Putera Mahkota Dubai pada 1 Februari 2008, Sheikh Hamdan masih memainkan peranan aktif dalam Pusat Autisme Dubai selaku penaung kehormat.

Foto: Instagram @faz3

ANAK KEMBAR

Baru-baru ini, Putera Mahkota Dubai telah berkongsi berita gembira bahawa dirinya baharu sahaja bergelar bapa kepada sepasang anak kembar. Menurut khaleejtimes.com antara lelaki terkaya dunia ini mendapat anak kembar sepasang, lelaki dan perempuan yang telah diberi nama Sheikha bint Hamdan bin Mohammed Al Maktoum dan Rashid bin Hamdan bin Mohammed Al Maktoum.

Foto: Instagram @faz3

Putera Mahkota Dubai ini telah berkahwin dengan Sheikha Sheikha bint Saeed bin Thani Al Maktoum. Majlis pernikahan yang berlangsung pada 10 Ramadan 1440 atau 15 Mei 2019. Namun Putera Mahkota Dubai ini belum pernah berkongsi foto isterinya di laman media sosial milik peribadinya.

Foto: Instagram @faz3
Foto: Instagram @faz3
Foto: Instagram @faz3

PENDIDIKAN

Putera Mahkota Dubai ini menyertai kolej yang sama dengan keluarga diraja British. Beliau belajar di Rashid School for Boys dan Dubai School of Government. Kemudian telah melanjutkan pelajaran di Sandhurst Military Academy United Kingdom (alumni Putera William dan Putera Harry). Sheikh Hamdan seterusnya melanjutkan pelajaran di London School of Economics.

IKLAN
Share