Jenama kecantikan terkenal Huda Beauty baru-baru ini mengumumkan kerjasama rasminya bersama Miss Universe Palestin, Nadeen Ayoub yang bakal mewakili negaranya di pertandingan Miss Universe ke-74 di Bangkok, Thailand November ini.
Pengumuman itu mencetuskan sorotan besar di dunia kecantikan dan komuniti antarabangsa kerana membawa mesej harapan serta solidariti terhadap rakyat Palestin.
Kerjasama antara Huda Beauty dan Nadeen Ayoub tercetus ketika Miss Palestin menerima gelombang sokongan serta solidariti meluas di media sosial.
Ramai melihat penyertaannya sebagai simbol kebanggaan dan ketabahan di tengah-tengah penderitaan yang masih berterusan di Gaza dan seluruh Palestin akibat penjajahan serta kekejaman rejim zionis.
Penampilan Nadeen Ayoub di pentas dunia diraikan sebagai lambang harapan dan kekuatan budaya.
Beliau membawa bendera Palestin serta kisah rakyatnya ke perhatian masyarakat antarabangsa, menjadikan penyertaannya lebih bermakna daripada sekadar pertandingan kecantikan.
Berusia 27 tahun, Nadeen Ayoub bukan sekadar seorang ratu cantik. Beliau juga merupakan seorang model, aktivis kesihatan, dan pengasas kepada Olive Green Academy serta Sayidat Falasteen Foundation.
Kedua-dua organisasi ini memberi fokus kepada kelestarian, pendidikan, dan pemerkasaan wanita di rantau tersebut. Usahanya ini memperlihatkan semangat wanita Palestin yang kuat, berwawasan, dan berdikari.
Usaha Nadeen Ayoub sejajar dengan misi Huda Beauty yang menggalakkan keyakinan diri, keaslian, dan kehidupan berasaskan tujuan.
Kerjasama ini bukan hanya tentang kosmetik, tetapi juga tentang menyebarkan mesej bahawa kecantikan sejati lahir daripada keberanian, keteguhan, dan keaslian diri.
Jenama Huda Beauty diasaskan oleh usahawan Iraq-Amerika, Huda Kattan pada tahun 2013.
Dalam tempoh singkat ia berkembang menjadi antara jenama kosmetik paling berpengaruh di dunia dan terkenal dengan komitmen terhadap kepelbagaian, pemerkasaan wanita serta advokasi beretika.
Huda Kattan sendiri merupakan penyokong lantang Palestin dan sering menggunakan platform globalnya untuk meningkatkan kesedaran serta menyeru keadilan dan sokongan kemanusiaan.
Gabungan Huda Beauty dan Nadeen Ayoub ini melangkaui dunia kecantikan di mana ia mewakili solidariti, suara wanita dan keindahan dalam perjuangan.
Kerjasama ini menjadi simbol kekuatan budaya Palestin yang terus bersinar. Ia turut membuktikan kecantikan sebenar lahir dari keberanian untuk bersuara dan berdiri teguh di atas prinsip kemanusiaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Sharifah Rose kini bukanlah satu nama asing bagi industri hiburan tanah air, pemilik nama penuh Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira ini adalah seorang pempengaruh media sosial, model dan pelakon wanita Malaysia.
Lebih menarik lagi, gadis cantik berusia 25 tahun ini rupanya adalah gadis kacukkan yang berketurunan Melayu, Pakistan dan Jawa. Sharifah Rose memulakan karier awalnya sebagai model dan pempengaruh media sosial sekitar tahun 2016.
Tiga tahun kemudian, Sharifah Rose membuat kemunculan sulung menerusi muzik video berjudul “Vromm Vromm” nyanyian Nabila Razali. Kini Sharifah Rose terus mengorak langkah dalam industri sebagai anak seni.
Antara drama yang telah melonjakkan namanya sebagai pelakon muda berbakat ialah Kekasih Hati Mr Bodyguard.
Ternyata usahanya selama ini membuahkan hasil, apabila dia dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Telenovela Popular 2021 di Anugerah Telenovela. Bagaimanapun, enggan mendabik dada Rose berharap agar anugerah yang diterimanya menjadi sebuah permulaan yang baik bagi kerjaya seninya.
“Setiap orang ada titik permulaanya di mana sokongan peminat mampu memberi semangat untuk berusaha melakukan yang sebaik mungkin.
“Rose berharap agar bakat-bakat baru dalam industri ini diterima baik dan diberi peluang untuk berjaya bersama bintang-bintang handalan.
Terdahulu, Sharifah Rose ada berkongsi satu video tutorial makeup di Instagram. Video tersebut telah mendapat lebih 7 ribu tanda suka.
Sambil tersemyum manis, Sharifah Rose memulakan tutorial dengan wajah yang polos. Memang natural beauty!
Ramai yang terpegun dengan kecantikan asli Sharifah Rose. Bertuahnya Sharifah Rose memiliki kulit wajah yang segar, sihat dan bersih tanpa sebarang masalah kulit.
Di ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminatnya memuji kecantikan yang dimiliki Sharifah Rose.
Tak ketinggalan, rakan-rakan artis turut meninggalkan komen-komen pujian buat Sharifah Rose antaranya Mawar Rashid dan Nabila Razali.
Siapa sangka, dalam kesibukannya sebagai seorang model, influencer dan pelakon, Sharifah Rose turut memiliki koleksi tudung jenamanya sendiri iaitu Harirose.
Jenama tudungnya itu mula berada di pasaran pada awal 2022 sebagai urban modest scarf. Ia mensasarkan golongan yang sudah lama bertudung dan pertama kali mengenakan tudung.
Semoga Sharifah Rose terus sukses sebagai seorang pelakon yang ‘versatile’ seterusnya maju dalam bisnes.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Dari seorang ‘influencer’ yang memiliki lebih 100 ribu pengikut di laman Instagram, Qasrina Karim kini melebarkan sayap kariernya dalam dunia lakonan. Kejayaan lakonannya dalam filem Kongsi Raya hasil arahan Teddy Chin membuka jalan luas untuknya melakar kejayaan buat diari seninya sendiri.
Qasrina yang memiliki segulung ijazah dalam jurusan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia ternyata bukan sahaja memiliki gaya fesyen menarik yang seringkali menjadi rujukan kaum hawa terutamanya yang memakai hijab untuk tampil bergaya, malah bintang yang kian menyerlah ini memiliki aura kecantikan yang sempurna.
Menurut Qasrina yang ditemubual di acara pelancaran kosmetik Wardah juga merupakan duta bagi jenama ini berkongsi antara rahsia yang diamalkan untuk mengekalkan keserian wajahnya ialah membasuh muka sekurang-kurangnya selama satu minit untuk memastikan wajahnya menyerap segala segala fungsi pencuci muka yang digunakan.
Saya selalunya akan mengambil masa selama satu minit untuk mencuci muka kerana ia merupakan sebuah proses yang penting dan tidak harus diabaikan.
Selain daripada itu, bintang kelahiran Subang Jaya ini juga turut menyatakan bahawa dia selalu mengamalkan pengambilan dua liter air setiap hari.
Sumber air amat penting untuk memastikan tubuh badan saya sentiasa bertenaga dan tidak mudah penat. Malah, ia juga memberi kebaikan kepada kulit wajah.
Jadi saya seringkali minum sekurang-kurangnya dua liter air atau satu liter botol besar. Bagi aspek pemakanan pula, saya tidak minum susu kerana ia boleh menyebabkan wajah saya berjerawat
Menurut Qasrina juga, dia hanya minum susu jenis oat dan juga kacang almond untuk memastikan wajahnya bebas dari masalah jerawat.
Di samping itu juga, Qasrina akan memastikan waktu tidurnya dijaga dengan baik untuk memberi tenaga pada keesokakan harinya.
Sama juga seperti orang lain, bagi saya, waktu tidur amat penting. Saya perlukan selama enam hingga tujuh jam untuk memastikan tubuh badan saya berfungsi dengan baik pada keesokan harinya.
Bukan itu sahaja, malah untuk memberi tubuh badan saya lebih bertenaga, saya menjadikan senaman badminton atau berlari sebagai aktiviti senaman yang memberi banyak kebaikan pada diri
Wajah Qasrina juga seringkali disamakan dengan dua figura hebat tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mira Filzah. Memandang isu tersebut dalam sudut yang positif, Qasrina terima sebagai pujian tetapi lebih selesa jika tidak dibanding-bandingkan dengan mana-mana selebriti.
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.