Konstabel Polis Ini Lakar Sejarah Jadi POLIS WANITA BERHIJAB Pertama Di New Zealand

Jika dahulu sebelum ini pegawai polis Amerika Syarikat, Serein Tamimi telah melakar sejarah menjadi polis berhijab pertama di Paterson, Amerika Syarikat. Kini tiba pula giliran Zeena Ali, Konstabel Polis di New Zealand mencipta sejarah yang sama.

Serein Tamimi

Lebih menarik, apabila pegawai polis yang berusia 30 tahun ini turut bekerjasama untuk menyuntik elemen hijab dalam pakaian seragam rasmi polis New Zealand itu. Ketika itu Zeena Ali masih bergelar pelajar di Royal New Zealand Police College turut membantu mencipta rekaan hijab untuk kegunaan anggota polis yang beragama Islam.

Memetik laporan Facebook New Zealand Police, Zeena Ali berbangga apabila kedudukannya sebagai polis Muslimah dihormati. “Saya sangat terharu dan bangga menjadi anggota pertama menyarung uniform berhijab ini. Tambahan pula saya turut serta dalam proses mereka hijab dalam uniform ini,” kata wanita kelahiran Fiji ini.

Zeena Ali
Foto: Facebook New Zealand Police

Siapa sangka, di sebalik kisah di Christchurch tahun lalu, merupakan penggerak utama wanita ini untuk menyertai polis New Zealand secara total. “Ketika tragedi itu berlaku saya masih lagi dalam latihan. Jika saya telah menjadi anggota polis ketika itu seudah tentu saya akan membantu mangsa kejadian dan ahli keluarga mereka.”

Dalam pada itu Zeena Ali terharu apabila Royal New Zealand Police College menghormati kedudukan Muslimah di sana. “Semasa dalam latihan di kolej, mereka menghidangkan makanan halal untuk muslim dan juga menyediakan tempat yang selesa untuk solat. Jika terdapat sesi latihan di kolam renang pula, pelatih Muslim dibenarkan memakai baju tangan panjang atau a full swim suit,

” katanya.
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern

Tambah Zeena Ali, “Saya akan memastikan uniform ini memenuhi keperluan kesihatan dan keselamatan diri serta keperluan peribadi,” ucapnya.

IKLAN
Share