Kunjungan Mengejut Agong, Tunku Azizah Ke KFC Bersama Anakanda & Cucunda Untuk Santapan Tengahari

Menerusi perkongsian di laman media sosial Istana Negara, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat secara mengejut mengunjungi restoran makanan segera KFC Petronas Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Baginda berdua berangkat ke restoran tersebut untuk menikmati santapan tengahari. Turut berangkat bersama ialah paduka-paduka anakanda dan cucunda Seri Paduka baginda berdua.

“Di restoran tersebut, Seri Paduka Baginda berdua dan paduka-paduka anakanda serta cucunda berkenan beratur di kaunter bersama pengunjung restoran yang lain untuk memesan santapan tengah hari.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menikmati santapan di restoran tersebut bersama pengunjung yang lain.

Selesai santapan, Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa bertanya khabar dan beramah mesra dengan beberapa pengunjung restoran. Baginda berdua turut berkenan mengambil gambar bersama pengunjung.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan keterujaan dan bangga dengan sikap berjiwa rakyat Seri Paduka Baginda berdua yang sudi bersantapan di restoran makanan segera kegemaran ramai.

Kredit Foto: Istana Negara

IKLAN
Share