Kurang Suka Barang Kemas & Aksesori Mahal FASHA SANDHA Bahagia Bila Di Sisi Suami

Erti kebahagiaan bagi setiap wanita adalah berbeza. Ada yang bahagia bila dapat emas atau beg tangan mahal dari suami. Ada juga yang bahagia bila dapat keluar me-time dan shopping dengan tema-teman.

Namun, lain pula bagi aktres cantik Fasha Sandha. Baginya masa bersama suami tersayang, Aidil Aziz adalah kebahagiaannya yang sebenar.

“Erti kebahagiaan untuk setiap wanita memang berbeza. Ada yang bahagia bila dapat emas, ada yang bahagia bila dapat bag mahal.

“Tapi untuk saya, ini adalah kebahagiaan saya.

“Saya kurang suka barang kemas, saya tak suka aksesori dan saya orang yang sederhana. Ini adalah erti kebahagiaan buat saya,” kongsi Fasha menerusi satu hantaran di Instastory.

Menurut Fasha sebagai seorang yang bersederhana, hal-hal yang berkaitan material bukanlah keutamaan dalam hidupnya.

Posting itu turut memaparkan gelagat mesra Aidil yang sedang mengurut kaki Fasha.

Semoga Fasha kekal bahagia bersama Aidil serta anak-anak tersayang.

Untuk info, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada Mac 2019. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aisha Amaira yang lahir pada 7 Ogos 2021.

Hasil perkahwinan Fasha terdahulu, dia memiliki dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.

Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha

 

IKLAN
Share