Gaya Hidup

LA MER Bukan Sekadar Butik, Terap Elemen Lautan Biru Tanda Sokongan Terhadap Pemuliharaan Hidupan Marin

Kedai kosmetik mewah bercirikan gaya hidup moden, La Mer sentiasa menjadi pilihan pengunjung setianya. Tahun lalu, La Mer telah dibuka di gedung beli belah terkemuka, Plaza Gurney Pulau Pinang berkonsepkan free standing store. Para pengunjung berpeluang menikmati pengalaman beli belah secara ekslusif di sini.

Berkeluasan sekitar 785 kaki persegi, kedai kosmetik ini dilengkapi pencahayaan dan latar muzik yang mempesonakan. Ia juga simbolik kepada usia jenama terkemuka ini yang ke-20 tahun sekaligus mencetuskan persekitaran baharu. Turut dipamerkan rangkaian produk terkini dan servis La Mer yang terbaik.

SENTUHAN DEKORASI

Ianya kembali kepada inspirasi asal Max Huber, elemen-elemen laut termasuk custom installations mewakili gelombang yang terselindung di sebalik meja pameran dan lampu backlights. Skrin layar televisyen yang diletak di dalam dan sekitar kedai memaparkan tayangan video-video kisah La Mer.

Selain itu, bar warna kulit yang mempamerkan solekan segar La Mer turut dipamerkan di hadapan. Dua ruang khas untuk sesi rundingan menyediakan demonstrasi produk bersama pakar-pakar bertauliah Le Mer.

Ruang VIP lounge di belakang kedai menyediakan persekitaran lebih santai untuk product trial and discovery. Turut ditampilkan La Mer cabine lengkap dengan rangkaian servis rawatan wajah.

SERVIS RAWATAN

La Mer turut menawarkan rangkaian servis rawatan terbaik buat para pencintanya. La Mer Custom Facial Intense memberi pengalaman transformasi ‘mewah’ yang menampilkan teknik dan tenaga penyembuhan La Mer Miracle Broth.

Custom Facial pula rawatan yang disesuaikan dengan keperluan unik kulit. Rawatan secara individu pula menggabungkan urutan hand-chosen

dan teknik custom massage.

TANGGUNGJAWAB SOIAL

Lebih sedekad La Mer komited dalam menyokong perlindungan habitat laut untuk generasi akan datang melalui sumbangan amal dan meningkatkan kesedaran. Kini La Mer memfokuskan kepada usaha perlindungan laut. La Mer Blue Heart Oceans Fund ditubuhkan sebagai sokongan terhadap kawasan perlindungan marin seterusnya mengukuhkan usaha-usaha pemuliharaan lautan secara berterusan seluruh dunia.

IKLAN
Share