Gaya Hidup

‘Lailer’ Genap Usia 26 Tahun, Wajah Cantik & Bakat Riena Diana Raih Perhatian!

Karakter yang dibawa Riena Diana sebagai Laila dalam drama bersiri popular Kampung People memberi kesan di hati penonton. Walau ‘demam’ Kampung People sudah berakhir namun lakonan mantap wanita cantik ini masih diingati ramai.

Terutamanya slanga Riena dalam drama tersebut yang kerap menyebut nama ‘Lailer’ hingga mencuit hati peminat.

Tak dinafikan sejak drama tersebut ditayangkan, ramai yang mula mengenali figura ini sekaligus berjaya melonjakkan populariti anak kelahiran Selangor berkenaan.

Riena mula membintangi drama Kampung People bersama pelakon handalan lain termasuk Elly Mazlein, Rashidi Ishak dan Hun Haqeem pada tahun 2019. Terdahulu, dia pernah beraksi dalam beberapa drama dan telemovie.

Kredit Instagram @rienadiana_
Kredit Instagram rienadiana_
Kredit Instagram @rienadiana_

Antaranya Dekat Jarak Kita, Nur, Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin dan Cinta Buat Dara bersama Syafiq Kyle.

Dilahirkan pada 3 September 1997, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal memulakan karier sebagai pelakon dan model. Dia juga baharu saja menyambut ulang tahun kelahiran ke-26.

Berkongsi wajah terkini, anak sulung daripada tiga beradik ini memuat naik gambar memaparkan dirinya sedang meniup lilin kek hari lahir buat tatapan peminat. Di samping meletakkan kapsyen dengan hashtag birthday girl masih single.

Kredit Instagram rienadiana_
Kredit Instagram @rienadiana_
Kredit Instagram @rienadiana_
Kredit Instagram @rienadiana_

Selepas kejayaan drama Kampung People, Riena menerima tawaran sebagai Penyampai Radio HOT FM pada Februari 2021.

Namun pada Julai tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kerjaya tersebut kerana mahu memberi tumpuan kepada karier lakonan.

Kredit Instagram @rienadiana_
Kredit Instagram @rienadiana_

Kini, Riena merupakan pengacara bagi program TV3 MBuzz.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/cecah-usia-33-ummi-nazeera-sambut-birthday-beli-hadiah-kereta-reward-diri-sendiri/

IKLAN
Share