Karakter yang dibawa Riena Diana sebagai Laila dalam drama bersiri popular Kampung People memberi kesan di hati penonton. Walau ‘demam’ Kampung People sudah berakhir namun lakonan mantap wanita cantik ini masih diingati ramai.
IKLAN
Terutamanya slanga Riena dalam drama tersebut yang kerap menyebut nama ‘Lailer’ hingga mencuit hati peminat.
Tak dinafikan sejak drama tersebut ditayangkan, ramai yang mula mengenali figura ini sekaligus berjaya melonjakkan populariti anak kelahiran Selangor berkenaan.
Riena mula membintangi drama Kampung People bersama pelakon handalan lain termasuk Elly Mazlein, Rashidi Ishak dan Hun Haqeem pada tahun 2019. Terdahulu, dia pernah beraksi dalam beberapa drama dan telemovie.
Antaranya Dekat Jarak Kita, Nur, Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin dan Cinta Buat Dara bersama Syafiq Kyle.
Dilahirkan pada 3 September 1997, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal memulakan karier sebagai pelakon dan model. Dia juga baharu saja menyambut ulang tahun kelahiran ke-26.
IKLAN
Berkongsi wajah terkini, anak sulung daripada tiga beradik ini memuat naik gambar memaparkan dirinya sedang meniup lilin kek hari lahir buat tatapan peminat. Di samping meletakkan kapsyen dengan hashtag birthday girl masih single.
Selepas kejayaan drama Kampung People, Riena menerima tawaran sebagai Penyampai Radio HOT FM pada Februari 2021.
IKLAN
Namun pada Julai tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kerjaya tersebut kerana mahu memberi tumpuan kepada karier lakonan.
Comelnya keletah penyanyi kelahiran Sarawak ini meluangkan masa dengan anak saudaranya Yaya. Banyak aktiviti mereka yang dikongsi Dayang melalui akaun Instagramnya Dayang Sayang Kamu. Seperti ibu-ibu lain, masa terluang tentunya digunakan sehabis baik untuk anak-anak.
Jika dahulu, jarang-jarang sekali Dayang berkongsi aktivitinya selain dari nyanyian. Dia begitu teliti mengatur setiap posting sehingga ramai yang tidak tahu Dayang menjalani kehidupan sebagai ‘ibu’. Dayang agak ‘reserve’ akan kisah peribadi namun begitu teruja menceritakan kisahnya kepada kami. Barangkali, dia inginkan lebih privasi dalam pengendalian hidup dan lebih selesa memaparkan soal kerjaya di laman media sosial.
“Jika tidak ada show nyanyian, Dayang lebih sukar meluangkan masa di rumah kerana banyak tanggungjawab lain yang Dayang ‘sembunyikan’ di rumah. Kini, Dayang bukan sahaja tinggal bersama kedua ibu bapa saya tetapi saya juga menjaga anak kakak yang saya bawa dari Sarawak.
Kisahnya bermula apabila selepas kakak saya habis berpantang, tidak ada sesiapa yang boleh menjaga Yaya kerana kedua ibu bapa saya tinggal bersama di KL. Jadi, kami bawa Yaya bersama. Bila dah semakin lama, saya terus ambil keputusan untuk ‘meminjam’ tanggungjawab sebagai ibu daripada kakak dan jaga Yaya.
Sekarang Yaya dah berusia 10 tahun dan bersekolah di sini. Apabila cuti panjang, barulah Yaya akan balik ke pangkuan keluarganya ataupun mereka akan datang melawat Yaya di sini. Manjanya Yaya ni sampai kami tidur bersama. Walaupun bilik untuknya sudah disediakan, Yaya tetap nak tidur dengan saya. Mungkin kerana sejak dia bayi lagi saya sudah biasakan kami tidur sekali. Saya memang suka jadi babysitter!”tawa Dayang.
Saya anggap Yaya macam anak sendiri. Setiap hari jam 6.30 pagi hari saya bermula dengan menyediakan persiapan untuk Yaya. Saya jenis susah tidur malam. Walaupun baru dapat lelapkan mata selama satu jam, saya tetap bangun untuk Yaya. Dapat ucap ‘bye-bye’ pun jadilah. Kalau tidak pun, saya sendiri akan menghantarnya ke sekolah.
Merajuk? Memang selalu sebab bila balik dari sekolah, jarang sekali saya dapat mengambilnya pulang. Nampak ketara perubahan wajahnya bila dia nampak saya di pintu sekolah. Jika saya perlu out-station, awal-awal lagi saya akan beritahu Yaya.
Nanti kami kerap video call, untuk lepaskan rindu. Begitu rapatnya kami sehingga Yaya kadang-kadang kekok dengan ibunya sendiri kalau berjumpa. Tapi lama-lama ok lah.
Ilmu parenting bukan sesuatu yang kita boleh senang-senang adapt. Saya selalu google di Internet bagaimana untuk berhadapan dengan anak-anak pada usia Yaya. Susah juga nak menjawab semua persoalannya dan kita sebagai orang dewasa perlu tahu bagaimana untuk membentuk anak-anak. They always ask why and how jadi kita perlu fikir jawapan terbaik untuk mereka kerana input itu yang akan masuk ke dalam fikiran mereka.
Saya pula yang akan jadi mentor kepada kedua ibu bapa saya kerana orang dulu-dulu memang akan terus marah anak jika ada kesalahan yang dilakukan. Tetapi anak-anak sekarang, tak boleh macam tu. Kita kena jadi kawan kepada anak-anak tetapi dengan had yang betul supaya boundaries di antara ibu dan anak itu tetap ada. susah juga kan?” senyum Dayang.
Datin Sri Zahida Yusof merupakan isteri kepada YM Lt. Kol Tengku Datuk Sri Kamarulzaman Ibni Al- Marhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Haj yang merupakan adinda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Haj ini begitu terserlah sifat keibuan yang sejati. Wajahnya mulus penuh kasih tatkala berbicara tentang anak kembarnya.
Permata hati yang kini sudah menjangkau usia dua tahun telah menjadi transisi hidup Datin Sri Zahida. Melihat telatah pasangan kembar yang diberi nama YM Tengku Matin Kareen dan YM Tengku Maryam Massarah ini sudah menjawab hubungan erat yang terjalin bersama ibu tercinta. “Matin memang tidak boleh berenggang dengan saya. Kalau nampak saya mesti dia mahu menempel berbanding dengan kakak dia Maryam. Maryam lebih berdikari dan boleh bermain sendiri,” kata Datin Sri Zahida sambil mengelus lembut rambut puteranya yang telah lena di pangkuan saat ditata rias oleh jurusolek.
Keterujaan melahirkan anak kembar menyelubungi wanita kelahiran Segamat, Johor ini. Seawal usia kandungan lapan minggu telah disahkan hamil anak kembar merupakan berita gembira pasangan bahagia ini. Tambah Datin Sri Zahida memang di sebelah bapanya mempunyai genetik anak kembar ini. “Saya bersyukur kerana dianugerahkan anak kembar lebih-lebih lagi kembar sepasang,” terang Datin Sri Zahida yang tidak menolak rezeki jika dikurniakan anak lagi.
Walaupun prioriti wanita yang berusia 34 tahun ini melihat perkembangan anak-anak di depan mata tetapi, tetap mencuri masa untuk dirinya sendiri. “Kecintaan saya terhadap sukan memang tidak perlu disangkal lagi. Sukan telah menjadi minat saya sejak di bangku sekolah. Mewakili sekolah dan seterusnya bertanding sehingga ke peringkat negeri telah membuat minat yang menebal ini tersemat kukuh di sanubari.
Ketika mengandung dahulu saya mengalami alah yang teruk dan secara automatik telah berhenti bersenam. Setelah anak-anak membesar sedikit saya aktif semula bersukan sekitar bulan Mac yang lalu. Saya menyertai kelab kecergasan di Bukit Damansara dan menghabiskan masa di sana dengan berbasikal, pilates, angkat berat dan sebagainya bersama pelatih peribadi.
Apabila sudah biasa bekerja sukar untuk mengikis komitmen terhadap jadual kerja yang ditempuhi. Setelah selama 12 tahun bertugas di awan biru saya masih terbawa-bawa sikap mempunyai jadual kerja yang perlu dipatuhi. Jadi saya yang menganggap bersukan ini karier sepenuh masa. Saya akan bangun awal pagi untuk ke gym dan kadang-kadang satu hari dua kali saya akan turun ke gym bersenam,” terang Datin Sri Zahida.
Sebagai seorang isteri memang wajar menjadi tunggak di belakang suami. Melihat suami yang memegang jawatan tertinggi di beberapa buah syarikat perniagaan sendiri telah menyuntik semangat Datin Sri Zahida untuk menceburi bidang perniagaan.
“Walaupun saya tidak terlibat secara langsung namun saya membantu suami untuk mengetengahkan perniagaan kapsul penjimatan minyak ini yang baharu berada di pasaran. Fuel Booster di bawah label TDSI Resources Sdn. Bhd. ini, mendapat kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari segi penyelidikan. Mungkin sedikit sebanyak dengan langkah penjimatan bahan bakar ini saya dapat membantu masyarakat mengatasi masalah kenaikan harga minyak di peringkat global,” tutur Datin Sri Zahida penuh semangat.
Kalau sebut nama Melissa Saila sudah pasti terbayangkan darah seni yang mengalir dalam tubuhnya. Membesar dalam sebuah keluarga seni, Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma dan Seniwati Mariani sudah cukup membuktikan bakat semula jadi yang ada dalam dirinya.
Nama Melissa Saila juga begitu sinonim dengan drama Cili Padi. Membawakan watak sebagai Maria dalam drama yang mengumpulkan kanak-kanak sebagai watak utama, Melissa Saila umpama tidak makan tua. Wajahnya tetap awet muda walau sering tampil tanpa solekan bila melihat foto terbaharunya.
Rugi rasanya kalau tak tanya soalan tentang rahsianya yang sentiasa kelihatan muda. “Ya ke, adoi! Tak terfikir pun. Bagi saya mudah sahaja, apa yang penting adalah
minda kena selalu sihat dan selalu positif. Jangan banyak streskan otak,” kongsi Melissa Saila dengan jujur.
Kalau sudah sekali bergelar Anak Wayang selamanya akan menjadi Anak Wayang. Wanita yang kini berusia 48 tahun rupa-rupanya dalam diam sedang sibuk di set penggambaran filem.
Melissa Saila atau nama sebenarnya Melisa Mohd Alias ketika dihubungi sedikit masa dahulu sibuk mengarah sebuah filem yang bertajuk Kuala Lambat The Movie terbitan Azura Pictures. Antara artis yang turut terlibat dalam projek ini adalah seperti Siti Saleha dan Nabila Huda.
Bercerita tentang penglibatan wanita kelahiran Kuala Lumpur ini bergelar seorang Pengarah, “Sudah lebih 10 tahun saya bergiat aktif dalam dunia pengarahan.
Tetapi kebanyakan adalah dalam bentuk drama. Pernah juga dulu saya mengarah sebuah filem tetapi sayangnya filem itu tidak keluar panggung. Ada beberapa masalah yang menyebabkan filem itu tidak dapat ditayangkan,” terang Melissa Saila.
Wanita yang pernah berlakon dalam filem Puteri Gunung Ledang ini begitu teruja apabila bercerita tentang filem terbaharu arahannya ini. Menurut Melissa Saila filem ini dijangkakan akan menemui penonton awal tahun hadapan.
Apabila diajukan pertanyaan tentang cabaran mengarah era digital, jawabnya ringkas, “Sekarang lebih banyak kemudahan berbanding dahulu. Tapi nak cari agar cinematic tu yang payah,” yang pernah berlakon dalam filen Ranjau Sepanjang Jalan.
Lebih 36 tahun terlibat dalam dunia seni, sudah tentu asam garam dalam bidang ini sudah dilalui oleh wanita ini. Ketika ditanya apakah perbezaan industri dahulu dengan sekarang, jawabnya, “Sekarang zaman nak popular. Semua tentang populariti semata-mata,” katanya yang mempunyai syarikat produksi sendiri, Kus Semangat Aktor.
Foto peribadi Melissa Saila
Melissa Saila telah mendirikan rumahtangga dengan Megat Fauzi Shukarnain dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Noor binti Megat Fauzi, 15 tahun, Zain bin Megat Fauzi 13 tahun dan Zahrah binti Megat Fauzi, 10 tahun.
Ketika ditanya apakah pesanan yang sering diberi oleh anak seniwati Mariani ini kepada anak-anak, jawabnya, “Kita kena selalu bersyukur so kita senang hati. Also amal makanan sihat dan paling penting jaga adab. Ingat agama dan hormat orang.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...