Gaya Hidup

Lakukan 10 Idea Dekorasi Ni Agar RUANG MAKAN Nampak Eksklusif! No 6 Tu Sering Diabaikan!

Selain daripada ruang tamu yang harus di beri perhatian, ruang makan juga sering menjadi tumpuan tetamu setiap kali berkunjung ke rumah. Tidak salah jika anda meluangkan sedikit masa anda untuk mengemas di segenap ruang dapur supaya tetamu yang berkunjung ke kediaman anda akan merasa selesa dan puas sepanjang kehadirannya ke sana. Tidak semestinya untuk menghias, anda harus keluarkan bajet yang besar.Berikut panduan dn tips untuk mewujudkan ruang dapur idaman.

1) Warna memainkan peranan penting dalam segala aspek. Apa kata jika anda mengecat dinding dapur anda dengan warna kuning terang. Ia bertujuan untuk menceriakan ruang makan yang kurang pencahayaan. Jika anda menggunakan warna gelap pula, ia mampu menjadikan ruang kelihatan sejuk manakala tona lembut mencerahkan dan mewujudkan suasana lebih luas.

2) Untuk menonjolkan kelainan dinding, gunakan teknik mengecat seperti span atau kertas sempadan. Serikan dinding dengan ambal, gantungan kain beralun atau bingkai gambar dan cermin.

3) Anda tidak perlu membeli baru kesemua perabot. Meja makan misalnya, anda hanya perlu menukar alas meja atau balutkan meja tersebut dengan plastik berwarna. Alas fabrik seperti organza, atau sheer bersulam amat menarik sekali gus merubah wajah ruang.

4) Jika meja makan anda kelihatan usang, apa salahnya jika anda mengecat baru permukaan meja tersebut. Lebih menarik jika permukaan meja tersebut dihias dengan gambar keluarga, pemandangan, dan daun kering, kemudian lapik sekali lagi dengan kaca sama besar ukuran permukaan meja supaya kelihatan lebih kemas dan gambar yang anda hias di ataspermukaan meja tersebut lebih tahan lama dan tidak mudah rosak.

5) Jika bosan dengan kemasan lantai jubin, tukar kepada panel kayu atau berlamina kayu. Untuk lebih murah, tanggalkan beberapa jubin sedia ada dan gantikan dengan jubin berwarna ataupun hanya tukar permaidani lama kepada baru.

6) Kita sering kali lupa untuk menjaga siling. Bahagian tersebut selalu terlepas pandang kerana ia berada di atas. Tidak guna jika bahagian dapur sahaja berkemas, tetapi siling penuh dengan sawang. Oleh itu, jika anda membersihkan kipas dan lampu, jangan lupa membersihkan siling sekali. Suasana persekitaran bilik pasti berubah jika dipasang siling lepa, birai emas atau alang kayu. Teknik mengecat juga membantu menonjolkan kelainan siling di ruang berkenaan.

7) Anda tidak perlu menggunakan candelier di ruang makan. Tetapi jika anda berkemampuan, ianya tidak salah untuk ruang tersebut kelihatan lebih cantik dan mewah.Tetapi bagi yang mementingkan bajet, cukup sekadar dengan lampu gantung atau beli terendak pelbagai warna yang ada di pasaran untuk menyarung mentol lampu. Untuk suasana lebih redup dan romantik, pasang lilin atas meja.

8) Jika anda mempunyai kerusi kayu, cat dengan warna pilihan atau balut kerusi dengan fabrik dan pasangkan riben mengikut warna persekitaran.Perhiasan yang murah sudah mampu mengubah suasana persekitaran ruang makan. Lilin dan pemegangnya pasti mampu merubah suasana. Susun buah-buahan dalam mangkuk hiasan untuk menaikkan seri meja.

9) Untuk hiasan bunga pula, anda tidak perlu menggunakan khidmat penggubah profesional.Cukuplah sekadar anda menggunakan kreativiti anda sahaja.Bunga segar lebih cantik dan menarik. Beli beberapa kuntum bunga segar, letakkan dalam bekas kaca telus atau sebarang bekas bersesuaian. Bunga atas meja makan tidak perlu terlalu tinggi tetapi pastikan ia memanjang. Pastikan ia tidak terlalu berserabut dan semak.Pokok segar boleh diletakkan di penjuru dinding ruang tamu atau ruang makan. Jika ruang bertingkap, hiasi tingkap dengan langsir nipis atau pasang bidai yang mudah ditarik dan digulung.

10) Ruang makan yang besar boleh juga dilengkapi set sofa fabrik. Tidak perlu beli baru. Guna cadar atau alas meja kopi bercorak geometri untuk membalut sofa. Tarik bahagian hujung sofa dan ikat dengan reben. Atas sofa letak kusyen kecil.

 

IKLAN
Share