Wanita dan kecantikan tak mungkin berpisah. Namun istilah kecantikan itu tidak akan datang dengan sendirinya tanpa usaha yang konsisten. Salah satu usaha untuk kekal menawan tentulah dengan bantuan produk kecantikan.
Dari tahun ke tahun, industri kecantikan di Malaysia berkembang pesat dan sebahagiannya layak diangkat setaraf produk antarabangsa. Selain menitikberatkan aspek penyelidikan dan pembangunan, ramai usahawan yang meletakkan ‘nilai’ tersendiri pada produk yang dihasilkan sekaligus membuka lebih peluang pekerjaan serta menjana ekonomi yang sihat.
Selain memelihara kecantikan diri, perniagaan berasaskan kecantikan tidak memerlukan sijil atau kemahiran yang khusus seterusnya sesuai dijalankan oleh sesiapa pun termasuk golongan pelajar mahupun suri rumah bagi membantu kewangan keluarga. Pulangannya juga boleh disalurkan ke pusat zakat atau badan amal yang memerlukan.
Justeru, Nona membariskan nama-nama usahawan dan pengasas kecantikan terbaik dekad ini dalam edisi khas ‘Top Beauty Entrepreneur’. Kisah inspirasi dan rahsia kejayaan mereka dalam membangunkan jenama-jenama hebat seperti SimplySiti, Dnars, PrettySuci, D’Herbs, Sobella, FCC dan banyak lagi wajar dijadikan rujukan bisnes terbaik.
Ads
Sebagai media aspirasi wanita yang telah diterbitkan lebih tiga dekad di pasaran, Nona melancarkan edisi ini sebagai pembuka tirai Januari 2020. Ia telah mula diedarkan di pasaran pada harga RM9.90 (SM).
Usaha memperkasakan golongan pembaca, khususnya wanita, melalui bidang keusahawanan sentiasa menjadi matlamat Nona. Selain paparan artikel melalui majalah dan website, video temu bual eksklusif serta majlis pengiktirafan bersama barisan ‘Top Beauty Entrepreneur’ turut diadakan dalam bulan yang sama.
Ads
Nona ‘Top Beauty Entrepreneur’ untuk tahun 2020 membariskan nama-nama gergasi usahawan bidang kecantikan dan kosmetik terbaik dekad ini seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dato’ Seri Aliff Syukri dan isteri, YM Tunku Dato’ Indera Kaiyisah, Asyallie, Iqbar Hakim Dnars, Wan Nur Syuhada Sobella dan ramai lagi.
Ads
Melengkapi resolusi 2020, Nona turut memaparkan kisah influencers – Nabila Razali, Zara Zya dan Emma Maembong sebagai penghias muka depan. Tiga gadis jelita ini berkongsi tentang impian dan harapan mereka sempena tahun baru. Dalam pada itu 3 selebriti ini turut berkongsi tentang rahsia kecantikan mereka.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orangnya cantik, bijak dan berbakat besar dalam bidang sukan. Tidak hairanlah sejak mengumumkan persaraan sebagai atlet boling pada September tahun lepas, rezeki Syaidatul Afifah Badrul Hamidi semakin mencurah-curah. Bersandarkan rupa paras dan bakat yang dimiliki, bekas ratu tenpin negara ini mampu ‘melangkah’ lebih jauh.
Ketika dihubungi Nona baru-baru ini, Syaidatul Afifah atau mesra disapa Fifah tidak menyangka keputusan untuk bersara awal ketika namanya berada di puncak membuka pintu rezeki lebih luas buat anak kelahiran Perak ini. Dia bukan hanya terima tawaran sebagai pengacara televisyen bahkan turut dilamar menjadi pelakon.
Teruja berkongsi perkembangan diri, Fifah bersyukur kerana dia akhirnya berpeluang mencuba ‘dunia baharu’ memandangkan sejak usia sembilan tahun dia terikat dengan sukan boling.
“Saya seorang yang suka mencuba sebab itu bila dapat tawaran hosting dan berlakon saya ambil. Lagipun berlakon sebab drama tentang boling. Bayangkan dari umur 9 tahun saya dah aktif dengan sukan ini sampai satu tahap saya fikir sampai bila nak main boling.
Umur pun waktu tu dah 29 tahun dan kebetulan duduk rumah lama sebab PKP. Jadi saya beritahu parents ini masa terbaik untuk bersara dan peluang cuba benda baru. Dulu sibuk dengan training hampir setiap hari. Masa bersama family pun kurang. Tapi sekarang fleksibel dan paling penting saya boleh asah bakat dalam bidang lain pula.
Saya dah bersara dari bulan September tahun lepas dan sejak itu saya ditawarkan jadi hos sukan di Astro Arena untuk Nadi Weekend. Buat masa ini juga saya banyak habiskan masa di rumah dengan mengadakan sesi kelas boling secara online untuk remaja berusia 15 tahun. Kelas boling ini cuma diadakan seminggu sekali sebagai galakan semangat untuk mereka untuk menjadi pemain boling.”
Jelas Fifah, dia seorang yang aktif bersukan dan merupakan pemain harapan sekolah untuk sukan bola jaring. Namun atas saranan ayah untuk melibatkan diri secara serius dalam sukan boling, dia akur meninggalkan bola jaring.
Ketika awal pembabitannya, Fifah mendapat didikan daripada jurulatih Ismail Yahya yang merupakan bekas pemain boling kebangsaan. “Dari kecil saya suka sukan dan tanam azam main boling ni nak sampai Sukan SEA.
Kejohanan pertama yang saya dapat masuk ialah Sukan Asia Incheon 2014, Sukan SEA Singapura 2015, Kejohanan Asia 2015 di Bangkok yang menang pingat emas berpasangan wanita, Kejohanan Boling Dunia 2017 di Las Vegas juga bawa pulang emas berpasukan wanita dan Sukan Asia 2018 di Palembang dengan pingat emas trio berpasukan wanita.
Alhamdulillah, semua kejohanan besar dapat pingat emas dan saya tak rasa sedih untuk bersara sebab dah capai apa yang saya impikan selama berada dalam sukan boling.”
Berkongsi pengalaman manis bergelar pelakon drama bersiri Ratu Tenpin yang baru tamat siarannya, Fifah dalam nada teruja berkata, “Selama ni tak terfikir pun berlakon tapi bila Sheila Rusly DM (direct message) di IG bulan Disember tahun lepas dan call serta explain untuk tawaran, saya tak fikir panjang terus terima sebab jalan cerita drama ini 100 peratus berunsurkan boling yang mana sangat dekat dengan diri saya.
Dalam drama 16 episod tu saya bawa watak Sandra yang totally berbeza dengan personaliti diri saya sendiri. Memang susah pada mulanya sebab saya tak ada pengalaman langsung dalam bidang lakonan tapi Sheila Rusly banyak bantu. Selain berlakon saya juga ajar pelakon dalam drama tersebut main boling supaya mereka nampak seperti pemain profesional.”
Bercerita mengenai latar belakang keluarga, Fifah yang kini berusia 30 tahun merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik perempuan. “Adik-beradik saya semua ada bakat sukan. Kakak saya pemain bola jaring untuk Perak tapi dia dah berhenti sukan sebab sambung belajar dan kerja. Adik pun pemain boling juga sampai peringkat negeri Perak. Lepas kahwin dengan pemain hoki Malaysia, dia berhenti main boling.
Masa kami masih sekolah dan aktif sukan, mama ambil keputusan untuk berhenti kerja dan korbankan kerjaya demi bawa kami adik-beradik pergi training. Lagipun papa minta mama fokus jaga anak sebab dia kerja di sebuah hotel di Koh Samui waktu tu. Jadi tak ada orang yang jaga dan hantar anak-anak. Itulah, sampai sekarang saya ingat jasa mama dan pengorbanan paling besar mama buat untuk kami adik-beradik.”
Mengulas rutin kecantikan, Fifah mengakui ‘ketagih’ untuk bersenam setiap hari. “Kalau tak work out, saya jadi gelisah. Dulu buat tiap hari tapi saya perasan badan jadi lemah, kurus dan kurang daripada berat badan ideal. Mungkin sebab badan saya akan senang turun berat kalau terlebih work out. Sebagai atlet, memang ada belajar tentang nutrition dan dengan ketinggian saya 169 cm, berat badan kena sekurang-kurangnya 55-56 kg. Pernah berat saya 53 kg je dan rasa tak selesa.
Jadi sekarang, saya pilih untuk buat alternate iaitu pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad. Sebab PKP dan tak boleh keluar, saya beli treadmill dan running di rumah je. Selalunya minimum saya lari 6 kilometer.
Jujurnya, saya tak pernah diet tapi amalkan makanan seimbang. Dalam seminggu mungkin sekali cheat day. Mujur saya tak suka dessert dan makanan manis-manis termasuk snek. Mungkin dah terbiasa rutin dari dulu dan terikut-ikut sampai sekarang,” ujar Fifah yang turut memasang impian mempunyai sebuah akademi boling suatu hari nanti.
Semoga Fifah terus maju dalam lapangan yang diceburi dan perkongsian bekas atlet ini dapat dijadikan suntikan semangat serta inspirasi kepada semua.
Kredit foto: Instagram Syaidatul Afifah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah hari ini berkenan berkongsi gambar dua cucunda Seri Paduka Berdua yang selamat diputerakan baru-baru ini.
Hanya bersela 2 hari dikurniakan sepasang cucunda hampir serentak, putera dan puteri. Pengkhabaran ini disiarkan dalam satu hantaran menerusi laman Instagram @Istana_Negara pada tengah hari tadi.
Kedua-dua bayi berkenaan didukung Seri Paduka menerusi gambar yang dimuat naik, diberi nama Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser yang diputerakan Isnin lepas, manakala Tengku Aleya Norlini Tengku Abu Bakar Ahmad, semalam.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan inayah-Nya, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dikurniakan dua cucunda baru-baru ini.
Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser diputerakan pada 31 Januari, manakala Tengku Aleya Norlini Binti Tengku Abu Bakar Ahmad pada 2 Februari 2022.
YM Tengku Nuh Muhammad Shah merupakan anakanda ketiga YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.
Manakala YM Tengku Aleya Norlini pula merupakan anakanda kedua YM Tengku Abu Bakar Ahmad dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.
Selain berita menggembirakan ini, setinggi-tinggi kesyukuran juga dipanjatkan ke hadrat Allah SWT apabila tanggal 31 Januari lalu mencatat ulang tahun ke-3 Seri Paduka Baginda bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan sebagai Ketua Negara.
Marilah bersama-sama mendoakan agar Allah SWT terus menganugerahkan Seri Paduka Baginda keafiatan, kebijaksanaan dan keberkatan bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan.
Semoga Malaysia, di bawah naungan dan pemerintahan Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Negara, sentiasa dilindungi dan diberkati Allah SWT.
Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mesra dan romantisnya Dato’ Sri Siti Nurhaliza di samping suami tercinta! Ogos nanti pasangan suami isteri popular berkenaan bakal menginjak usia perkahwinan yang ke-18.
Meskipun sudah hampir dua dekad hidup bersama, kemesraan di antara Dato’ Sri Siti dan Datuk Sri Khalid Mohd Jiwa tidak pernah pudar.
Tanggal 18 Februari lalu, Datuk Sri Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K genap meniti usia 65 tahun. Biarpun meniti usia 60an namun usahawan kelahiran Kedah ini seorang yang aktif dan kekal berstamina.
Berkongsi momen indah bersama suami sempena ulang tahun kelahiran ke-65 baru-baru ini, penyanyi nombor satu tanah air tersebut memuat naik foto romantis sambil memeluk erat Datuk K di sebuah restoran.
Titip Dato’ Sri Siti Nurhaliza, “Selamat ulang tahun kelahiran sayang. Semoga bertambah keimanan, keberkatan, rezeki yang berkah, sihat tubuh badan dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.”
Dato’ Sri Siti dan Datuk K sah bergelar suami isteri pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Majlis pernikahan dan persandingan mereka disiarkan secara eksklusif di kaca televisyen dan mendapat perhatian masyarakat.
Pasangan ini akhirnya dikurniakan cahaya mata sulung yang juga seorang anak perempuan dinamakan Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga.
Berita kehamilan Dato’ Sri Siti meraih liputan luas dan mengundang reaksi teruja daripada peminat.
Tiga tahun kemudian, Dato’ Sri Siti dan Datuk K menimang cahaya mata kedua iaitu bayi lelaki yang dinamakan Muhammad Afwa pada 19 April 2021.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.