Lancar Koleksi Tudung Di Rumah Anak Yatim, LOVETA Teruskan Legasi ALLAHYARHAMAH SITI SARAH Menyantuni Golongan Memerlukan

Jenama tudung popular, Loveta melancarkan koleksi tudung terbaharu, Assyfa Manes
yang hanya memakan masa 7 saat untuk digayakan oleh wanita. Menampilkan 8 pilihan warna, pilihan kain jenis premium soft pleated chiffon ini menambahkan keselesaan kepada setiap wanita selain menjimatkan masa untuk digayakan.

Menurut pengasas LOVETA Siti Fatimah Suberi, Assyfa Manes merupakan rekaan tudung terbaharususulan kejayaan dan permintaan tinggi tudung Assyfa yang menjadi signator jenama ini.

“Sebelum ini koleksi Assyfa pernah tampil dengan koleksi rekaan iaitu Assyfa cinta yang telah mendapat permintaan tinggi oleh kaum wanita. Koleksi ini pernah pernah mencatat jualan mencecah 50,000 helai dalam tempoh sebulan.

Siti Fatimah Suberi bersama Allahyarhamah Siti Sarah

“Justeru kami tampilkan koleksi Assyfa Manes sebagai pengubat kepada peminat koleksi
Assyfa yang sentiasa menantikan pembaharuan dan rekaan baharu. Lebih menarik, Assyfa
Manes akan menjimatkan masa setiap wanita yang memakai dengan hanya 7 saat.


“Saya faham peranan dan tanggungjawab wanita dimasa sekarang tidak mudah, banyak kerja yang perlu dilakukan sekaligus memberikan inspirasi kepada saya untuk tampil dengan rekaan yang mudah dipakai dan sesuai untuk semua generasi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Assyfa Manes di Rumah Anak Yatim Al Kausar, Bangi.

Memilih Rumah Anak Yatim Al Kausar, sebagai lokasi perlancaran, Siti Fatimah berkata dia
ingin menyambung usaha murni yang pernah dilakukan Allahyarham Siti Sarah ketika
hayatnya. Kanak-kanak dan remaja perempuan di Rumah Anak Yatim Al Kausar berpeluang ditatarias oleh jurusolek professional sambil menggayakan koleksi jubah dan tudung terbaharu jenama LOVETA. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka menerima kehadiran tetamu istimewa kali ini.

“Arwah pernah berkata kepada saya permulaan yang baik pasti ada kemanisan yang Allah
akan berikan. Jadi saya pun ambil peluang ini dan meraikan bersama anak-anak yatim. Dalam majlis ini juga saya adakan bacaan yaasin untuk arwah.


“Antara sebab lain saya adakan disini juga adalah kerana saya belum dikurniakan
zuriat,sekurang-kurangnya anak-anak ini boleh mendoakan saya semoga perniagaan terus
maju dan memiliki cahaya mata,” Katanya.
Tudung Assyfa Manes sudah mula dijual secara online di laman web www.lovetahq.com,
media sosial Facebook,Instagram,Tiktok dan shopee (@lovetahq),stokis dan ejen sejak selasa lalu susulan mendapat permintaan yang tinggi. Tudung Assyfa Manes dijual pada harga RM59.00.

IKLAN
Share