Cantik & Lasak! 3 Pengadil Wanita Ini Penyeri Piala Dunia Qatar 2022, Bakal Cipta Sejarah

Penglibatan tiga pengadil wanita dalam saingan Piala Dunia 2022 di Qatar November ini memberi petanda baik buat sukan dan negara Arab.

Tiga pengadil wanita itu ialah Stephanie Frappart dari Perancis, Yoshimi Yamashita dari Jepun, dan Salima Mukansanga dari Rwanda.

Stephanie Frappart berasal dari Perancis..
Yoshimi Yamashita anak kelahiran Jepun.
Salima Mukansanga menjadi kebanggan wanita Rwanda.

Bagi Stephanie yang paling berpengalaman di kalangan ketiga-tiga pengadil wanita itu, pemilihan mereka pada sukan terbesar dunia itu adalah petanda positif daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan pihak berkuasa untuk membariskan pengadil wanita di negara tersebut.

“Saya bukan jurucakap feminis, tetapi jika ini boleh membuat perkara berlaku (positif),” ujar pengadil berusia 38 tahun itu.

Stephanie adalah salah seorang daripada 36 pengadil yang dipilih untuk kejohanan yang berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember depan.

Mengulas pemilihan Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia biarpun negara itu kerap dikritik mengenai hak asasi manusia dan kedudukan wanita dalam masyarakatnya, Stephanie mengakui bahawa ‘sukan sering memainkan peranan’.

“Saya bukan pembuat keputusan tuan rumah Piala Dunia. Pihak berkuasa sudah membuat pilihan mereka.

Stephanie melakar banyak tanda aras dalam kerjayanya sebagai pegawai perlawanan dalam arena bola sepak yang didominasi oleh para pemain lelaki.

Beliau adalah pengadil wanita pertama yang mengadili Piala Super UEFA lelaki (Ogos 2019), Liga Juara-Juara (Disember 2020) dan di final Piala Perancis (Mei 2022).

Sumber: Sinar Harian

IKLAN
Share