Lathi Challenge Sia-Sia, Norman Hakim Bagi Inspirasi Barzakh Challenge, Rasa Jadi Jenazah Sebenar!

Baru-baru ini, media sosial banjir dengan video-video kreatif yang dikenali Lathi Challenge. Video solekan ala-ala Melayu Nusantara menari tarian tradisional dan tiba-tiba bertukar mekap seperti hantu.

Trend terbaru ini dikatakan bermula di TikTok dan mula tular dari Indonesia sehingga ke Malaysia. Antara yang paling mendapat perhatian di Malaysia adalah dari Mawar Rashid yang bertukar solekan seperti hantu siam.

Cabaran utama sebenarnya adalah masa. Berfaedah atau tidak anda bersolek, tukar baju dan rakam video demi challenge ini?

Nak cuci dan pastikan kulit sihat semula selepas ditepek mekap tebal pun satu hal juga, mujurlah ada promo hebat ni kat Shopee. Pakai produk macam Hada Labo je cukup, tengah offer

murah pulak tu, cuma klik gambar bawah ni kulit licin gebu.

Seperti kata Mawar atau yang mesra disapa Mekwa, dia menghabiskan masa sehari suntuk untuk menghasilkan video tersebut.

Beberapa pendakwah turut diminta mengulas tentang trend kontroversi ini apabila segelintir mendakwa ia seolah-olah menyeru kuntilanak atau melakukan pemujaan roh.

Mengambil inisiatif meredakan keadaan, selebriti Norman Hakim tampil dengan posting Barzakh Challenge. Terkejut netizen tengok tiba-tiba dia terbujur kaku, berkafan lengkap kapas di hidung.

Ini bukan Lathi Challenge. Ini Barzakh Challenge namanya. Suka tak suka, semua orang akan lalui terutama orang Islam dengan kaedah macam ni. Kalau saja nak try and feel Barzakh Challenge ni, in shaa Allah senang je.

Saya dah try, ma shaa Allah mmg menginsafkan terutama orang yang banyak dosa macam saya ni.

By the way barang-barang yang diperlukan untuk Barzakh Challenge ni agak ringkas sikit dari Lathi Challenge. Yang bestnya boleh simpan terus. Andai diperlukan bila betul-betul ‘sampai masa’ nanti, benda dah ada.

Memudahkan sikit urusan orang-orang yang hidup di sekeliling untuk uruskan kita. Cuma bagitau je isteri, anak-anak atau waris kat mana kita simpan

.

So ni la dia barang-barang persiapan untuk #BarzakhChallenge:

  1. Cari & potong kain putih,ukuran panjang ikut tinggi tubuh badan masing2 dan lebihkan 1 kaki 6 inci di kedua-dua hujung kepala dan kaki.
  2. Kain putih yang wajib hanya selapis sahaja. Tetapi lebih utama jika 3 lapis bagi lelaki dan 5 lapis bagi perempuan.
  3. Untuk lelaki di sunatkan membuat baju (tidak berjahit) dan serban.
  4. Sementara bagi perempuan dipakaikan telekung (tidak berjahit).
  5. Koyakkan di tepi kain selebar 14 inci untuk digunakan sebagai tali pengikat sebanyak 5 utas tali.
  6. Kapas pun kena ada dan nak bagi lagi ‘feel’,sediakan kapur barus secukup rasa aroma & baunya.

Senang sikitkan dari #LathiChallenge? Lepas dah mintak tolong orang pakaikan, bukak apps Surah Yassin, pastu pejam je mata diam-diam dan feel the moment dari mula-mula kita lahir sampai la kita berbaring ni.

Simple je, tak payah nak menari-nari bagai pastu buat muka menakutkan. Yang atas ni pun, takyah buat muka. Saya tengok balik pun dah seram.

Saja nak share, pada 19 Disember 1111 Hijrah, periwayat hadis kita Imam Al-Ghazali, Allah tarik nyawa dengan cara mcm ni. Dia kafankan diri dia sendiri, posisikan diri dia pada arah kiblat dan Allah terus tarik nyawa dia sebab dia dah tahu saat ajal dah tiba.

Last but not least, salah satu tanda kasih sayang Allah SWT pada kita; kita masih mampu ucap kalimah ALLAH dan LA’ILAHA’ILLALLAH walau dalam keadaan mulut ternganga pada saat Sakaratul Maut. Tak percaya? Cer cuba.

Sekadar peringatan buat diri sendiri dan renungan kita bersama.

IKLAN
Share