Lazada Malaysia lancar Online Revolution 2017 Dengan Tawaran Hebat Serendah RM1

Lazada Malaysia hari ini melancarkan acara membeli belah terbesar bagi tahun ini – Online Revolution 2017. Acara ekstravaganza membeli belah dalam talian selama sebulan yang memasuki tahun keenam ini akan bermula pada 11 November 2017 sehingga 14 Diember 2017 dengan menampilkan 60 juta produk dengan penjimatan sehingga 90 peratus.

Bertemakan “Shop the Universe”, Lazada Malaysia pada tahun 2017 telah memperkenalkan seksyen baharu di laman web Lazada bagi memberikan lebih banyak pilihan pada harga yang menarik kepada para pembeli di Malaysia. Seksyen baharu termasuklah barangan digital yang merangkumi e-baucar Lazada, Kad hadiah Petronas dan pakej pelancongan, “Kedai Rasmi” dengan lebih 1,000 jenama seperti Estee Lauder, Clarks, Senheng dan L’Oréal, dan akhir sekali “Koleksi Taobao” yang termasuk produk dan barangan istimewa daripada penjual Taobao China yang teratas.

Selain itu, para pembeli juga boleh menikmati jualan kilat jenama yang menarik yang menawarkan barangan pada harga serendah RM1 manakala jenama seperti Nivea, Durex, Maybelline, Mattel dan Laneige pula menyediakan “Kotak Misteri” kepada para pelanggan Lazada untuk potongan harga yang lebih rendah lagi.

Hans-Peter Ressel

Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata, “Semakin ramai yang mempercayai pembelian melalui dalam talian. Ini menunjukkan bahawa penerimaan eDagang semakin berkembang dan persekitaran dalam talian semakin berkembang dalam pasaran Malaysia. Satu pertiga daripada rakyat Malaysia sudah pun memuat turun aplikasi Lazada dan kami menjangkakan 1 daripada 5 warga Malaysia akan mengunjungi platform kami pada 11.11. Ini merupakan bukti kukuh tentang kepakaran kami dalam menjangka apa yang akan menjadi permintaan pelanggan – pilihan yang lebih banyak pada bila-bila masa.”

Hans-Peter seterusnya menjelaskan bahawa kempen Online Revolution pada kali ini mencerminkan komitmen syarikat untuk terus menyediakan pengalaman membeli belah yang lancar untuk para pelanggan. Online Revolution akan disertai oleh pelbagai rakan pemasaran termasuk Digi dan CIMB, dan menyediakan hadiah-hadiah bernilai lebih RM 60 juta, termasuk pakej percutian Club Med, Go Pro, iPhone X, Perodua Bezza, peluang untuk merasai Zero-G dan banyak lagi!

IKLAN
Share