
Berkulit putih bersih, lembutnya wajah bakal menantu Tg Zawyah dan Siti Nurhaliza, terlihat Izza Atirah Shirafuddin berdebar hitung hari bahagia.
Majlis malam berinai bakal menantu YM Tengku Datin Sri Zawyah Tengku Izham dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Izza Atirah Shirafuddin berlangsung dalam suasana intim serta tertutup.
Melangsungkan pertunangan pada penghujung April lalu, kecantikan gadis pilihan Aazief Khalid ini mencuit perhatian. Menjelang malam berinai, gadis berkerjaya tersebut manis berabaya krim, pesonanya memantulkan kelembutan jiwa seorang wanita yang bakal menggalas tanggungjawab bergelar isteri.
Hanya dihadiri ahli keluarga terdekat serta kenalan rapat, majlis indah bertemakan ‘Arabian Night’ diadakan di Al Halabi Gourmet, Pavilion Damansara Heights.
Memancarkan nuansa Timur Tengah, saksikan rakaman majlis malam berinai yang diadakan secara sederhana namun tetap meriah…
Sebagai tanda persiapan menuju gerbang pernikahan, jari-jemari Izza Atirah dihias dengan inai melambangkan adat tradisi cinta yang bakal termeterai. Upacara akad nikah bakal mempelai dijadualkan pada hujung minggu ini di Tropicana Golf & Country Resort.
Turut kelihatan menyerikan majlis ialah kedua bakal ibu mentua dan kakak ipar Izza Atirah iaitu Nasha Alyssa, Izara Aisyah dan Tya Arifin. Ibu kandung Izza dan ahli keluarganya turut mendampingi si dara, di samping sahabat handai yang setia bersama sejak awal perjalanan.
Majlis akad nikah Muhammad Aazief dan Izza Atirah dijadualkan berlangsung hujung minggu ini. Aazief merupakan anak bongsu kepada Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa dan bekas isteri, YM Tengku Datin Sri Zawyah.
Doa tulus mengiringi mereka berdua, moga kasih yang bertaut ini mekar menjadi mahligai penuh rahmah, mawaddah dan sakinah.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/masak-sotong-goreng-kunyit-sempena-birthday-isteri-ke-60-dato-seri-azmin-ali-mahir-memasak-ada-7-cucu/
This website uses cookies.