Lepas Bantu Orang Asli Terjejas Banjir, DR JEZAMINE Agih Bantuan Ramadan Di Melaka!

Aktiviti kebajikan sememangnya sudah sebati dalam diri Dr Jezamine Lim. Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu sampai sekarang, pelbagai bantuan telah diusahakan bersama suami tercinta yang juga pelawak terkenal, Harith Iskander. Tidak hanya membantu mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19, pada awal Januari lalu Dr Jezamine turut menghulurkan sumbangan kepada penduduk Orang Asli yang terkesan bencana banjir di Kelantan dan Terengganu.

Ligat memasuki kawasan pedalaman dan perkampungan semata-mata memastikan bantuan sampai kepada golongan memerlukan, ibu kepada tiga cahaya mata ini langsung tidak kisah meredah cuaca panas mahupun hujan. Malah, Dr Jezamine juga sanggup ‘berpisah’ dengan anak-anak selama beberapa hari demi menjayakan usaha murni tersebut.

Pujian juga harus diberikan kepada pasangan suami isteri berjiwa penyayang ini kerana cukup kental and optimis membuat kerja kebajikan. Selain meringankan beban masyarakat terjejas di negeri Pantai Timur, Dr Jezamine turut menyertai misi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik di Johor.

Terbaharu, Dr Jezamine dan Harith Iskander menyantuni masyarakat memerlukan di Melaka pula sempena bulan Ramadan. Lebih istimewa, mereka berdua berpeluang bertemu Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Melaka demi menjayakan niat murni berkenaan. Alhamdulillah.

Berkongsi perkembangan tersebut di Instagram miliknya, Dr Jezamine dalam nada teruja menjelaskan, “Happy to be back at Melaka! Was an honour to be invited by TYT Tun Seri Setia Dr Hj Mohd Ali Rustam, Yang DiPertua Negeri Melaka for our distribution of grocery care packs to 300 families most affected by the pandemic.

Manage to catch up about the biotech and stem cells industry in Melaka. Thank you The Hope Branch, Eric Lee, Bard Hanief. And also our amazing volunteers who helped pack all the 300 care pack bags. Each care packs worth RM150 and hope it helps ease the recipients burden this holy month.”

Untung Harith Iskander dikurniakan isteri yang bukan hanya berpendidikan tinggi, bekerjaya dan cantik tetapi juga sangat prihatin terhadap nasib golongan kurang bernasib baik. Dr Jezamine sah bergelar isteri Harith Iskander pada 12 Jun 2010.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zander Xayne Iskander, Alessandrea Jayne Iskander dan Zydane Xayne Iskander. Dr Jezamine merupakan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) in Stem Cell and Tissue Engineering dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Kredit: Instagram Dr Jezamine Lim

IKLAN
Share