Lepas Berjaya Tawan Dunia Kosmetik, BONDA ROZITA Cipta Kejayaan Rumah Hutan Terapi Alam!

Kagum dengan semangat usahawan wanita ini yang bagaikan tidak pernah lelah erti putus asa. Selepas berjaya mengusahakan produk kosmetik Sendayu Tinggi sejak tahun 1998 hingga sekarang, Bonda Rozita Ibrahim terus melakar pelbagai kejayaan baharu hari ini. Meninggalkan legasi Sendayu Tinggi kepada anak tersayang, kini tumpuan Bonda Rozita lebih terarah kepada servis hospitaliti berkonsepkan spa resort lebih dikenali sebagai Rumah Hutan Terapi Alam!

Dibuka kepada orang ramai sejak 2018, rata-rata tetamu yang pernah menginap di Rumah Hutan Terapi Alam amat berpuas hati dengan layanan dan servis yang diberikan. Pendek kata, tarikan dan keunikan Rumah Hutan Terapi Alam menjadi bualan ramai hingga ke hari ini.

Selaku pemilik Rumah Hutan Terapi Alam yang terbahagi kepada Rumah Hutan dan Rumah Sungai ini, Bonda Rozita bersyukur kerana minat dan usahanya menaik taraf tanah persendirian di Batang Kali, Selangor tersebut menerima sambutan hangat daripada pencinta alam semula jadi.

Sering berkongsi rutin dan aktiviti di kawasan eksklusif berkenaan, ibu kepada usahawan Dato’ Seri Aliff Syukri ini menjelaskan, “Rumah yang saya tinggal di Rumah Hutan adalah pembinaan yang pertama dibina pada 2016. Saya sangat sayang rumah ni dan kini saya buka kepada penginapan kerana saya sudah tinggal di Rumah Sungai Kampung Bubinga.”

Lebih istimewa, tidak sekadar menyediakan pakej penginapan yang mengetengahkan elemen tradisi Melayu, di sini juga terdapat pusat rawatan urutan tradisional.

“Rumah ni bersebelahan dengan Rumah Hutan dan tempat urut wanita. Terlalu istimewa kerana lokasinya yang sangat luas, best sangat mood terutamanya selepas hujan. Boleh nampak view Genting Highland dan sangat sejuk pada waktu malam, tak pasang aircond pun takpe! Perabot yang sangat mahal dan suasana bilik membawa mood sangat tenang rumah di puncak hutan yang nyaman.

Rumah Hutan yang pernah didiami Bonda Rozita
Keunikan seni bina di Rumah Hutan Terapi Alam
Antara penginapan yang disediakan
Antara penginapan yang ditawarkan
Permandangan di Rumah Hutan Terapi Alam

Kawasan rumah ini caj penginapan lebih mahal kerana landskap, view, seni binanya. Ia tanah persendirian bukan untuk dilawati atau dibuka untuk public. Orang yang menginap di sini merasai pengalaman yang berbeza dengan kemewahannya tersendiri. Tanah persendirian dijaga sangat rapi dengan kos pembersihan, pemuliharaan sungai libatkan kos tinggi, batang kayu sampah-sampah berkutip setiap hari.

Landskap dan seni bina selfie spot sangat mahal. Kami sangat menjaga kualiti dan memasang pagar untuk privacy penginap,” kongsinya yang turut mengusahakan produk penjagaan dan kesihatan diri iaitu Jamu Ratu Malaya (JRM).

Bahkan pada awal-awal pembukaan Rumah Hutan Terapi Alam ini Bonda Rozita pernah dikunjungi usahawan kaya Singapura yang ingin membawa sejumlah pelancong menginap di sana. Bagaimana pun pelawaan tersebut ditolak secara baik kerana segala kemudahan dan infrastruktur ketika itu masih belum mencukupi.

Bonda Rozita Ibrahim sememangnya terkenal sebagai wanita yang berpandangan jauh dan sukakan cabaran. Namun pada hujung Oktober lalu dia mengalami kecederaan di bahagian pergelangan kaki sekaligus mengehadkan pergerakan.

Menyedari kejayaan yang diraih hari ini menjadi inspirasi ramai wanita, Bonda Rozita turut berkongsi pesanan ini. “Pengalaman itu universiti kehidupan yang Bonda rasakan. Kejayaan tu bukan bentuk material

atau status tapi cara kita mengawal emosi dan ketahanan diri melalui ujian hidup.

Cara Allah menyayangi kita bukan dengan mengurangkan masalah kita tapi dengan menguatkan iman kita! Walau sebesar mana gelombang masalah kita tetap bertahan tak akan menyerah. Cara Allah sayang kita maybe tak mudah jalan kita menuju sukses tapi dengan kesukaran tu nanti membawa kita semakin berkesan dan istimewa.

Hidup tu perjuangan, hidup tu sakit menjadi dewasa, hidup itu memenatkan supaya kita punya kekuatan! Perlu pengorbanan supaya kita tau kerja keras! Perlu air mata supaya ada sifat rendah diri, perlu dicaci supaya kita tahu rendah diri, perlu senyum untuk expresskan nilai syukur!”

Kredit: Instagram Bonda Rozita Ibrahim

IKLAN
Share