Gaya Hidup

“Lepas Kahwin, Keluarga Mertua Adalah Famili Kedua Kamu” Ini Pesanan Arwah Ibu CATRIONA ROSS Yang Buat Dia Terkedu!

Selari dengan dunia moden, ramai ibu bapa urban sedaya upaya menerapkan gaya didikan Barat yang kononnya lebih ‘terbuka’ dengan anak-anak. Bukan saja fasih berbahasa Inggeris, mereka juga dimanjakan dengan aneka makanan orang putih serta kebiasaan-kebiasaan Barat dalam kehidupan harian.

Nona tertarik dengan perkongsian selebriti Catriona Ross tentang satu perkara ni. Ibu kepada tiga cahaya mata iaitu Sephia Rania (8), Jamal Raess (6) dan Edruce Riyadh (3) itu rupa-rupanya banyak belajar tentang ilmu keibubapaan daripada arwah ibunya sendiri.

Wanita kacukan Melayu-Scottish berusia 38 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan Shaharuddin Mokhtaruddin pada tahun 2009 dan mereka turut dianugerahkan seorang anak istimewa iaitu Jamal Raess yang menghidap autisme.

Jom baca perkongsian Catriona ni, menyentuh hati! Norzalina Mohd Alias

==========================

Saya kehilangan ibu saya pada tahun 2013 dalam satu kemalangan jalan raya. Berita itu sangat mengejutkan kerana malam sebelumnya kami sempat berbual-bual seperti biasa. Bayangkan tiba-tiba keesokan hari, dia dah tak ada.

Dulu arwah ibu selalu kongsi satu hadis, ia berbunyi:

Di dalam sekujur jasad, ada seketul daging. Andai baik daging itu, maka baiklah seluruh jasad itu. Andai buruk daging itu, maka buruklah seluruh jasad itu. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati.

Masa kecil saya selalu fikir, apalah yang ibu cakap ni berkali-kali? Lama kelamaan saya faham bahawasanya kalau kita mahu mendidik diri dan anak-anak kita, it’s actually all about the heart.

Bila usia saya 4-5 tahun, ibu minta saya dan adik baca surah-surah lazim sebelum tidur. Dan esoknya ibu pantang kalau kami bangun dan cakap ‘Good morning!’

Tidak. Dia minta kami bagi salam dulu and then good morning, kalau perlu. Itulah perkara kecil yang ibu buat dan saya cuba terapkan pada anak-anak sampai sekarang.

Satu lagi perkara yang saya ingat, ibu cakap kalau berkahwin, jangan fikir keluarga suami itu macam keluarga mertua. Itu adalah famili kamu yang kedua. Jadi selepas kehilangan ibu saya, alhamdulilah saya dikurniakan seorang ibu mertua yang sangat loving.

Sebagai ibu, cabaran membesarkan anak sekarang ialah how to make them hormatkan kita, bukan kerana sayang atau takut.

Saya selalu tanya anak sulung saya, “Why you respect Mommy?” dan jawapannya adalah ‘…because I love you. Saya tanya lagi, “Why you love me?” dan spontan jawapannya sebab saya lahirkan dia.

Bayangkan untuk seorang kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun bercakap macam tu, sangat meluluhkan jiwa raga kita. Bila saya tanya dia, “Why do you want to respect Mommy?” and she said because she wants to be with Tok Mommy di syurga. Tok Mommy adalah panggilan untuk arwah ibu saya.

Mudah-mudahan dengan serba sedikit perkara yang saya ajar anak-anak hasil daripada didikan ibu saya ni, mereka akan membesar menjadi orang yang menyayangi Allah dan Rasul, serta mentaati agama-Nya. InsyaAllah.

IKLAN
Share