Lepaskan Jawatan Demi Kepentingan Anak, Dr Say Hargai Pengorbanan Isteri

Pengacara dan doktor selebriti, Dr Say Shazril berkongsi keputusan isteri tersayang, Dr Azura Abas untuk melepaskan jawatan sebagai seorang doktor kerana atas alasan ingin memberikan sepenuh perhatian terhadap permata hatinya, Aezril.

Dr Say bersama permata hatinya, Ace

Keputusan nekad itu diambil selepas pasangan doktor selebriti ini mempunyai masalah lambat bercakap atau speech delay.
Menurut Dr Say dalam hantarannya di laman Instagram miliknya memaklumkan Dr Azura nekad untuk melepaskan jawatannya selepas menerima berita mengenai masalah Ace ‘delayed in communication’ dan pada masa yang sama sedang menyambungkan pelajaran ke peringkat Master secara sepenuh masa.

Dr Azura ambil keputusan melepaskan jawatan demi perkembangan Ace

“Topik: Bini Nekad Berhenti Kerja”
Sekuat mana seorang manusia tu pasti akan ada breaking point-

nya juga & bini saya just reached her limit. Juggle between full time, sambung masters full time, menerima berita yang Ace delayed in communication semestinya tak mudah.
“Dia salahkan dirinya sebab tak luangkan lebih masa dengan Ace. Dia stress sebab dah masuk system CNS (Central Nervous System) yang memerlukan lebih pembacaan dan penghafalan tapi pada masa yang sama dia risau mengenai pendapatan,” tulisnya.


Ternyata sebagai seorang suami, Dr Say amat memahami gejolak di hati sang isteri yang merasakan betapa perlunya kehadiran seorang ibu di saat satu-satunya cahayamatanya itu memerlukan perhatian yang khusus.
“Sebagai suami, saya harus melakukan apa yang termampu demi memastikan moral isteri berada dalam tahap terbaik.
Saya tahu something need to be done. Jika tulang belakang saya (isteri) tidak berada dalam keadaan yang baik, bagaimana pula keadaan saya?
Atas rasa tanggungjawab dan kasih terhadap sang isteri, Dr Say mengambil langkah bijak dengan menghantar mesej ke Jabatan Sumber Manusia tempat Dr Azura bertugas bagi membolehkan Dr Azura melepaskan jawatannya.


“As much as Klinik Ibnu Sina memerlukan Dr Azura, saya minta maaf sesangat tapi saya rasa berhenti is the best option untuk dia,”ujar Dr say melalui hantaran di IG miliknya.
Dalam masa yang sama, Dr Say sememangnya amat menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh isteri tersayang apatah lagi dia terpaksa membahagikan masa antara kerjaya dan rumahtangga sebaik mungkin.
“Tak dinafikan despite juggling all that, bini saya cukup tip top bekerja. Tanyalah mana-mana pesakit yang pernah datang ke klinik,pasti mereka suka Dr Azura. Semestinya klinik itu bakal sedih kehilangan bini saya tapi it nedd to be done, jelasnya lagi.
Sebagai suami sudah tentu dia tidak mahu melihat isterinya berada dalam keadaan tertekan setiap kali memikirkan masalah anak tunggal kesayangan yang pastinya memmerlukan perhatian yang khusus.


One thing yang saya cukup amazed dengan bini saya, tak kisah penat mana pun, dia senyuman dan layanan mesra kepada pesakit tetap diutamakan. Akan tetapi kesihatan diri harus diutamakan.
Ditanya mengenai situasi berhenti kerja di saat COVID melanda, Dr Say mempunyai pandangan tersendiri menyokong niat Dr Azura untuk melepaskan jawatannya.
“Mungkin ramai yang tidak setuju Dr Azura melepaskan jawatan tatkala COVID melanda, tetapi ia memberi satu semangat dan dorongan yang tinggi untuk saya lebih bersemangat untuk mencari nafkah untuk keluarga. Apa yang penting, saya jarang melihat air mata isteri mengalir sudah cukup membahagiakan saya. Duit boleh dicari, tapi kesihatan mental dan ketenangan hati tak mudah diganti”.


Dr Say turut menjelaskan bahawa Disember merupakan bulan terakhir untuk Dr Azura bertugas dan tahun hadapan, Dr Azura bakal menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dan tumbesaran Ace. Pasangan doktor selebriti ini mendirikan rumahtangga pada 30 Mac 2014 dan dikurniakan seorang cahayamata lelaki pada 5 Mei 2019 yang lalu.
Sumber: Instagram Dr Say dan Dr Azura Abas

IKLAN
Share