Gaya Hidup

Life Must Go On, Aura Positif & Ceria BELLA DALLY Tempuh Hari Mendatang!

Serius, suka tengok penampilan dan kehidupan Bella Dally sekarang. Meskipun baru beberapa bulan mengharungi dugaan setelah rumah tangga yang dibina terputus di tengah jalan.. tapi Duta Ariani ini kelihatan cukup tabah dan positif menempuh hari-hari mendatang.

Bahkan, makin hari makin jelas terpancar keceriaan di wajah selebriti ini terutamanya bila bersama sahabat rapat.

Sering kali meluangkan masa bersama rakan artis yang juga sahabat akrabnya iaitu Betty Rahmad, Bella kini ligat mengusahakan bisnes biskut premium miliknya, Crumbs by Bella.

Yang pasti, biskut Dark Chocolate dan Salted Caramel memang digemari ramai. Hingga sampai ke negara jiran. Terbaru, Bella turut berpeluang menjual Crumbs by Bella di Singapura sempena ekspo Malaysia Fest.

Selain terpikat dengan kecekalan Bella melalui cabaran hidup, sikap aktres ini yang kerap ‘menyuntik’ semangat dan inspirasi kepada para pengikutnya dengan posting berbentuk motivasi nyata satu usaha yang wajar diberi pujian.

Iyalah, sedar dirinya sebagai public figure yang selalu menjadi ikutan dan perhatian khalayak.. kenalah tunjuk contoh yang baik.

Apa-apa pun, Nona kagum dengan jiwa besar dan perspektif Bella terhadap betapa indahnya kehidupan. Kadang kala apa yang berlaku adalah di luar kuasa dan kemahuan kita tapi setiap orang kena yakin bahawa segala yang berlaku ada hikmah. Dari situlah kita lebih matang menjalani hidup!

Foto: Instagram Bella Dally

 

 

IKLAN
Share