Ligat Bisnes, Raja Ema Kini Usahawan Acar & Ada Ejen Sampai Eropah!

Sudah hampir sedekad nama Raja Ema hilang dari radar industri hiburan. Kali terakhir Majalah Nona mengabadikan wajah penyanyi, pelakon dan model 80-an ini sebagai penghias cover ialah pada isu November 2012.

Sejak itu, Raja Ema atau Kekma aktif semula namun tidak lama kemudian, beliau sekali lagi menyepi bagi menumpukan perhatian pada perniagaan. Terkini, seronok betul melihat pelbagai pencapaian wanita berusia 52 tahun itu dalam bisnes, antaranya menjadi pengusaha produk Acar Premium & Hipster RE, biskut raya dan lipmatte RE.

Selain dipasarkan dalam talian dan portal Shopee, Kekma juga mempunyai pelanggan tetap yang menggemari acar buah resipi tradisi keluarga seni ini. Berkat kreativiti dan air tangan Kekma juga, beberapa inovasi acar dihasilkan antaranya Acar Buah Peach, Acar Buah Strawberi, Acar Ikan Masin Jeruk Salak dan Acar Ikan Masin Petai.

Terdapat 13 cita rasa acar Kekma yang mampu bertahan hingga enam bulan.

Acar Bangsawan aka VVIP
Rahsia Warisan Turun-Temurun
Rasa kayangan, harga marhaen

Produk acar buah Raja Ema

 

Zarina Zainuddin dan Raja Ema

 

Keramahan Raja Ema disenangi peminat

 

TURUN PADANG

Malah jika bukan kerana PKP, Kekma sendiri rajin berniaga di bazar antaranya di Bazar Ramadan Mega MITC, Melaka, awal Mei lalu. Sebelum itu pula, Kekma menakluk pasaran Soho Festival di Kuantan bagi mempromosikan acar buah, biskut raya dan lipmatte RE.

Bertuah sungguh peminat dan pelanggan Kekma yang sempat grab biskut suji ‘angan-angan’ dan biskut Mazola ‘jejaka idaman’ di booth Kekma. Rajin betul pelantun lagu raya EON ni buat biskut home made

yang eksklusif!

 

“Inilah acar2 kekma. Acar buah dan acar ikan masih yang lazat, pernah makan tak? Sedap! Nak masaknya memang remeh dan lama. Kena banyak sabar. Tapi sekarang Kekma dah sediakan, dah masak korang tinggal makan aje.

Ye memang remeh. Api takleh besar, kena kacau atas kuali 3-4 jam. Nak memotong bahan-bahannya makan masa. Nak tunggu cili dan bawang garing… Hai… berjam-jam tau. Tapi bila dah masak berbaloi-baloi.

Rasa lerr… kalau kena dengan selera, haaa rugi tak rasa… Acar tradisi dilupa jangan.. sudi-sudikan…

Kekma gunakan pengawet semulajadi – minyak sawit olein bebas kolesterol dan kaya dengan vitamin E, Kekma tak gunakan pengawet tiruan.

Minyak boleh dibuang atau enak dibuat masak nasi goreng.” Raja Ema

 

 

Bukan hanya jaguh di tempat sendiri, perniagaan Kekma pun dah berkembang pesat apabila semakin ramai ejen dilantik. Terbaru, peminat-peminat acar di Amerika Syarikat, Eropah dan negara-negara Scandinavia pun dah boleh pesan produk ni selepas beliau melantik ejen khas di sana.

Peminat di Singapura pun rajin order acar buah ni selepas Kekma sendiri promosikan produknya di sana tahun lepas. Tambah-tambah lagi menjelang bulan puasa, memang mudah dan lazat sangat dimakan dengan nasi.

 

Walaupun kini sudah menetap di Melaka dan meninggalkan kerjaya artis demi perniagaan ini, personaliti Raja Ema yang mesra dan peramah tetap disenangi ramai. Kecantikan anak seniwati Allahyarhamah Yusni Jaafar itu juga masih menawan, sopan dan manis wajahnya membuat mata sejuk memandang.

Sumber: Facebook Raja Ema Raja Ibrahim

IKLAN
Share