Gaya Hidup

Lindungi KESIHATAN PARU-PARU. Lima Makanan Sihat Ini Bantu Cegah Jangkitan COVID-19

Sejak penularan wabak Coronavirus atau COVID-19, kesihatan paru-paru sangat penting untuk dijaga. Seperti kita ketahui, jangkitan virus merbahaya ini boleh menyerang sistem pernafasan termasuk paru-paru dengan cepat.

Dengan menerapkan gaya hidup sihat merupakan perkara yang sangat penting dalam menjaga kesihatan paru-paru. Antaranya ialah tidak merokok dan mengambil makanan sihat dapat membantu menjaga paru-paru agar kekal sihat dan kuat.

Terdapat beberapa makanan yang mudah untuk kita dapatkan di mana ianya memiliki manfaat untuk kesihatan paru-paru. Berikut makanan-makanan yang dapat membantu menjaga kesihatan paru-paru.

BAWANG PUTIH

Mempunyai kandungan anti peradangan serta antioksidan yang dapat membantu melindungi paru-paru daripada tekanan oksidatif. Ia juga membantu mengurangkan risiko munculnya kanser paru-paru di kemudian hari.

IKAN SALMON

Salmon termasuk dalam salah satu ikan laut yang mempunyai banyak manfaat untuk badan. Ikan salmon juga merupakan sumber omega-3 yang dapat membantu kesihatan paru-paru.

Lihatlah, berbagai jenis makanan sihat boleh anda pilih untuk melindungi kesihatan paru-paru. Makanan-makanan ini juga boleh diambil pada setiap hari mengikut kuantiti seperti mana yang disyorkan.

EPAL

Merupakan salah satu buah-buahan yang bagus dan dapat membantu menjaga kesihatan badan termasuklah paru-paru. Selain itu, epal juga kaya dengan kandungan fitokimia yang membantu menurunkan peradangan dan tekanan oksidatif yang membantu meningkatkan fungsi paru-paru.

SAYURAN HIJAU

Sayuran hijau seperti bayam juga boleh dijadikan pilihan untuk menjaga kesihatan paru-paru. Di samping itu, sayur bayam turut mengandungi sejumlah zat seperti serat, mineral, antioksidan serta vitamin.

TEH HIJAU

Teh hijau termasuk dalam kategori minuman sihat untuk kesihatan paru-paru. Ini kerana minuman ini mengandungi antioksidan dan polifenol yang dikatakan boleh merangsang pertumbuhan sel kanser paru-paru. Pengambilan minuman ini secara rutin dapat membanty menurunkan risiko terjadinya gangguan terhadap paru-paru.

 

IKLAN
Share