LOFA Beri Sesuatu Yang Istimewa 11 April Ni, Teruja Betul Nak Tahu!

Tak perlu perkenalkan lagi wanita serba boleh ini. Bakat Noor Neelofa Mohd Noor tak hanya bergemerlapan dalam bidang seni malah dia kini mencipta satu per satu kejayaan pula dalam dunia perniagaan. Istimewanya April ini, Neelofa menerusi Naelofar Hijab bakal melancarkan koleksi terbarunya, La Dolce Vita secara eksklusif dalam laman beli-belah online

terkemuka, ZALORA!
Antara koleksi La Dolce Vita
Antara koleksi Dolce La Vita

Khabarnya, koleksi ini akan mula di pasarkan di Zalora pada 11 April depan. Lebih menarik, idea menghasilkan rekaan hijab kali ini diinspirasikan daripada Itali yang menterjemahkan La Dolce Vita atau bermaksud ‘The Sweet Life’. Pilihan rona-rona indah berasaskan bunga mawar, buah beri dan garapan warna semula jadi diketengahkan untuk koleksi istimewa tersebut.

Diperincikan dengan elemen mewah dan ceria, La Dolce Vita hadir dengan tiga gaya hijab iaitu Instant (Claudia), Selendang (Louisa) dan Bawal (Marquesa). Rekaan Claudia dan Marquesa menggabungkan ciri seni bina Rome sementara Louisa pula sarat dengan pantulan kilauan kristal Swarovski.

Koleksi Naelofar for ZALORA dijual dengan harga RM99 dan RM105 mulai 11 April ini hanya di laman beli-belah online ZALORA!

 

 

IKLAN
Share