SubhanAllah, kagum tengok hasil lukisan Ustazah Asni Abu Mansor! Di sebalik setiap kehalusan seni yang dilakarnya di atas kanvas putih, terselit kalimah suci Allah dan coretan khat yang cukup indah. Mengamati karya seni bekas juri program Da’i ini, terserlah kecintaan beliau terhadap alam semula jadi dan elemen islamik.
Sering tampil spontan dan petah menyampaikan dakwah di kaca televisyen, Ustazah Asni sememangnya seorang yang punya aura tersendiri. Lebih-lebih lagi tatkala mengutarakan hujah-hujahnya. Yang mendengar pasti tertarik dan yakin dengan apa yang ingin disampaikan. Selain melukis sebagai terapi diri, Ustazah Asni turut menjual karya seninya kepada individu yang berminat.
Ustazah Asni di samping Datuk Ustazah Norhafizah Musa
‘Luahan’ ilham ustazah berusia 43 tahun ini juga dipamerkan dalam beberapa program berbentuk islamik di stesen televisyen. Antaranya lukisan Kaabah, Demi Langit dan Alburuj Galaxy semasa siaran Nasi Lemak Kopi O.
Beruntung sungguh Ustazah Asni kerana bukan hanya dikurniakan kelebihan berdakwah malah memiliki kemahiran dalam lukisan.
Sumber: Instagram @asnimansor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alahai..memang terserlah kecomelan anak kedua kepada pelakon jelita, Mawar Rashid ini. Dah besar nanti mesti secantik ibunya. Nama pun sedap sangat, Raden Seri Rossabella Cinta.
Ketika berkongsi wajah bayi perempuannya itu buat kali pertama di Instagram, Mawar dihujani ucapan tahniah dan pujian atas kecomelan Rossabella Cinta. Dengan berat 3.2kg Rossabella Cinta selamat dilahirkan secara normal pada 2 Januari 2021 kira-kira pukul 5.45 pagi di Hospital Pakar KPJ Damansara.
Proses bersalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Mawar turut berkongsi pengalamannya bersalin yang cukup memberi keinsafan.
“Assalamualaikum semua. Syukur Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan kesemuanya.
Allah berikan nikmat lahirkan anak buat kali ke-2. Nikmat kesakitan yang banyak menginsafkan Mawar. Pengorbanan bersalin ni buat Mawar sedar, dalam hidup kita untuk kita mendapat sesuatu yang kita betul2 nak. Kita kena berkorban dulu. Bukan senang2 nak dapat apa yang kita nak. Dan masa nak lahirkan tu, Mawar hanya serah kepada Allah, dan minta pertolongan Allah moga selamat lahirkan baby Cinta.
We did it Cinta mommy. Kita sama-sama bertarung nyawa. Mommy pegang amanah sebagai seorang ibu. Mommy akan sentiasa doakan CInta & cuba didik Cinta & anak2 mommy yang lain untuk jadi hamba yang dicintai Allah SWT. Terima kasih mudahkan mommy. Alhamdulillah Ya Allah. Macam tak percaya dah ada 2 orang anak..”
Suaminya, Raf turut berkongsi kata-kata bermakna di Instagram atas pengorbanan Mawar melahirkan zuriat kedua mereka secara normal.
“Baby Rose @rossabellacinta fresh from oven. My lady @mawarashid you’re such a strong mommy. You endure the labour pain so well. No epidural, no pain killer and no laughing gas whatsoever. NATURAL 100%!
You got what you always wanted. A pure natural birth, just like when you had with Rafael. I am so proud of you tau. Anje, you’re such a good wife to me and perfect mom to all my 4 Radens.
Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Adil. Syukur Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan semuanya.”
KONGSI BULAN KELAHIRAN DENGAN SUAMI
Ketika di hari lahirnya yang ke-36 tahun pada 9 Januari lalu, Raf turut mengungkapkan kesyukuran setelah dikurniakan seorang lagi zuriat sekaligus melengkapkan keluarga bahagia mereka. Apatah lagi, Rossabella Cinta berkongsi bulan kelahiran yang sama dengannya iaitu Januari.
“9th January. Genap 36 tahun umur Raf. Syukur Alhamdulillah, Allah SWT kurniakan hadiah palig bermakna dalam hidup Raf. And that’s YOU my Raden Seri @rossabellacinta
Raf selalu berdoa satu hari nanti akan ada anak yang lahir bulan January. Alhamdulillah, ada jugak. Baby Rose 2/1. Papa Rose 9/1 selang seminggu.
Thank you jugak Mommy @mawarashid yang bersabung nyawa demi Baby Rose selama 9 bulan ni. I love you more than you ever know my Lady. Now I feel complete, Alhamdulillah.”
Anak sulung mereka iaitu Raden Muhammad Rafael kini sudah pun berusia 2 tahun. Maka lengkaplah sepasang cahaya mata buat pasangan ini.
Mawar juga mempunyai 2 anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela menerusi perkahwinan terdahulu Raf atau nama penuhnya Raden Ahmad Faizal Yaakob seorang business consultant dan TV host.
Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid yang berketurunan kacukan Melayu-Siam bernikah dengan Raf Yaakob pada 9 November 2017 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Majlis tersebut diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekat mereka.
Selain berlakon, Mawar juga merupakan seorang usahawan produk kecantikan berjenama sendiri iaitu Mawarose yang kian mendapat sambutan. Semoga Mawar dan Raf sekeluarga kekal bahagia sampai ke hujung nyawa, Insya-Allah.
Kredit Foto: Instagram @mawarashid @rafyaakob
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sayu, luahan Datin Almy Nadia sebagai isteri, berkongsi sebak ketika melihat riak wajah suami iaitu Dato’ Fizz Fairuz undang simpati, “Dia bertahan demi isteri dan anak-anak.”
Genap tiga hari selepas meninggalkan konti stesen radio Suria FM, kesedihan keluarga selebriti penyampai radio, Dato’ Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia masih terasa.
Dalam hantaran terkini Datin Almy menulis, “Riak wajahnya menggambarkan apa yang dia rasa, bertahan demi isteri dan anak-anak. Dan dia percaya rezeki Allah tersangat luas.
Itu yang Mama (Datin Almy) selalu cakap. Percaya pada rezeki Allah,” kongsinya sambil merakam wajah sedih sang suami yang cuba mengukir senyuman sambil menahan sebak dan air mata daripada tumpah ke pipi.
Keluarga pasangan selebriti VIP ini sering menjadi tumpuan kerana sifat Datin Almy yang penyayang serta sentiasa sibuk menguruskan anak-anaknya. Anak-anak mereka, yang kesemuanya perempuan memiliki wajah comel dan menawan mewarisi iras kecantikan ibu mereka.
Meskipun hanya bersiaran di stesen radio berkenaan selama kira-kira setahun enam bulan, bapa lima anak itu difahamkan enggan meneruskan kontrak disebabkan mahu memberi tumpuan kepada keluarga.
Mesra disapa sebagai Tok Fizz, Dato’ Fizz Fairuz atau pemilik nama sebenar Fairuz Zainal Abidin, 45, turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pengurusan stesen radio berkenaan.
“Terima kasih banyak kepada seluruh pasukan, minta maaf atas setiap silap dan salah saya selama saya di sini, saya pula seorang yang terlalu sempurna mungkin ada orang sukar ikut dan sebaliknya,” katanya ketika bersiaran.
Fizz yang juga pelakon, penerbit dan ahli perniagaan mengakui kerjaya sebagai penyampai radio adalah salah satu impian yang diinginkan sejak dulu.
“Saya sudah jadi pengarah, pelakon dan kini di radio. Saya jadi penyampai radio ini pun saya minat termasuk suka melakukan drama radio,” ujar Tok Fizz ringkas.
KELUARGA
Sayu, luahan Datin Almy Nadia sebagai isteri, berkongsi sebak ketika melihat riak wajah suami iaitu Dato’ Fizz Fairuz undang simpati, “Dia bertahan demi isteri dan anak-anak.”
Seorang yang cekal dan gigih bekerja, Datin Almy atau nama penuhnya Ungku Almy Nadia binti Ungku Aminuddin Shah mendirikan rumah tangga dengan dengan Dato’ Fizz pada 26 April 2014.
Hasil perkongsian hidup selama 11 tahun, rumah tangga pasangan merpati dua sejoli ini diserikan dengan kehadiran lima cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Ariana, Nur Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra, Nur Afrina Aishah, dan seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah.
Keakraban keluarga Datin Almy Nadia sering menjadi inspirasi kepada peminat. Selain berbakat dalam bidang lakonan, wanita ini juga dikenali sebagai ibu penyayang yang sentiasa mementingkan kebahagiaan anak-anak. Walaupun sibuk dengan pelbagai tanggungjawab, beliau tetap memastikan setiap momen bersama keluarga adalah bermakna.
Terdahulu, Dato’ Fizz Fairuz berkongsi khabar gembira menerusi laman Instagram, apabila Datin Almy Nadia selamat melahirkan bayi perempuan yang juga merupakan anak kelima pasangan ini pada pagi Rabu bersamaan 18 September 2024.
Selama ini, beliau ‘menutup’ kemas rahsia hati. Sepanjang melayari alam perkahwinan, tak pernah sekali pun Datin Aida Yusof menjaja kisah peribadi. Apatah lagi meraih simpati khalayak meskipun memegang status isteri kepada aktor popular, Dato’ Adi Putra.
Di sebalik kegembiraan Datin Aida dan Dato’ Adi Putra melalui fasa hidup bahagia sebagai suami isteri, rupa-rupanya tersimpan sebuah kisah yang cukup mengusik emosi dan tak pernah diberitahunya kepada mana-mana pihak. Dalam temubual bersama wanita berjiwa
kental ini ketika sesi fotografi bersama Nona Mei 2018 iaitu kira-kira dua tahun lalu, Datin Aida terbuka berkongsi sisi peribadi.
“Kami dah berkahwin selama 14 tahun dan tak ada anak lagi. Tapi, jujurnya saya dah pernah buat IVF sebanyak 4 kali. Tiga kali mengandung kembar dan terakhir, triplet. Insha Allah, akan cuba lagi sebab saya ada endometriosis dan baru selesai buat pembedahan dua tahun lepas. Berbulan jugalah saya ditahan di hospital. Alhamdulillah, sekarang tengah tunggu proses untuk sembuh,” dedahnya yang mengaku hanya sempat merasai nikmat hamil kira-kira tiga bulan.
Mengulas perjalanan Datin Aida untuk hamil menerusi kaedah in-vitro fertilization atau IVF, sambil tersenyum beliau menyusun bicara. “Saya tak rasa IVF tu membebankan walaupun terpaksa ambil injection setiap hari di kiri kanan perut. Sakitnya usah cakaplah. Pun begitu saya tetap tak putus asa sebab saya suka dengan kanak-kanak.
Dapat seorang pun cukuplah. Selama 4 kali buat IVF ni suami memang banyak beri semangat. Selagi belum diberikan rezeki, selagi tu kami akan terus mencuba.”
Mengambil semangat dan kekuatan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menimang cahaya mata selepas 11 tahun berkahwin, Pengarah Urusan syarikat pembinaan Mahligai Perkasa Sdn Bhd ini nyata mahu mengikut jejak langkah penyanyi tersohor negara tersebut menjalani rawatan IVF demi menimang zuriat sendiri.
“Datuk Seri Siti seorang yang sangat-sangat kuat dan kental. Dia berusaha selama 11 tahun untuk dapatkan anak. Sebagai isteri, saya pun teringin ada anak sendiri tapi rezeki belum berpihak kepada saya lagi.
Saya percaya kalau ditakdirkan tak ada anak, saya tahu itu bukan hak saya. Kena percaya Qada dan Qadar. Allah kata je ‘Kun fa ya kun’ maka waktu itu ada rezeki kita. Mungkin kita tak diberi kelebihan ‘di situ’, tapi Dia beri kita rezeki lain.
Alhamdulillah, saya jenis yang reda. Saya tak mahu meletakkan syarat yang saya perlu ada anak. Kalau rezeki anak tak berpihak dengan saya, saya dah pun ada dua orang anak angkat iaitu Az Zahra dan Zara Adelia. Waktu mereka kecil lagi saya dah susukan kedua-duanya. Zahra dan Adelia masing-masing berusia 7 tahun cuma beza sebulan je.
Zahra yang sulung, normal seperti kanak-kanak lain cuma Adelia ni sebenarnya anak OKU. Dia anak istimewa, tak boleh bercakap dan dengar. Kami dapat tahu keistimewaan Adelia masa masih bayi apabila dia tak tunjukkan sebarang reaksi terkejut dan seumpamanya,” luah Datin Aida yang merupakan anak sulung daripada 11 adik-beradik.
Yang pasti, pendedahan eksklusif ini dibuat untuk dijadikan inspirasi kepada ramai lagi wanita bergelar isteri di luar sana yang masih menanti rezeki anak. Sebelum mengakhiri perbualan, Datin Aida berharap agar pengakuan ini tidak disalah erti dan sempat menitipkan pesanan ini.
“Seperti yang saya katakan awal tadi, semua wanita pun mesti nak anak. Tapi biarlah kita reda dulu dengan ketentuan Allah. Perlu ada keredaan dalam diri walaupun telah cuba buat yang terbaik ke arah itu. Moga-moga kita semua akan diberikan zuriat soleh dan solehah.”
Kredit foto: Instagram Datin Aida Yusof
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyakit buah pinggang kronik semakin meningkat dalam kalangan wanita muda di Malaysia. Ketahui simptom awal, faktor risiko dan kepentingan ujian awal sebelum terlambat.