Tak Mampu Tahan Sebak EMMA MAEMBONG Menangis Ketika Anaknya Jalani Ujian Saringan COVID-19

Nampaknya jangkitan virus COVID-19 semakin menular dalam masyarakat kita. Tak terkecuali golongan artis dan selebriti.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram pada 14 Januari lalu pelakon jelita Emma Maembong memaklumkan dirinya dan suami, Sahazli Azhar positif COVID-19. Video tersebut memaparkan Emma, suami dan bayi mereka yang berusia 3 bulan, Shariq Gabriel telah menjalani ujian saringan COVID-19 di kediaman mereka.

Posting Emma di ruangan kapsyen:

“Did my swab test at home with @kumpulan_megaklinik_zahran, terima kasih sudi datang. Terima kasih juga @kai_armd @nafidzrazak yang telah memberikan info yang kami perlukan. Sangat bagus dan sangat profesional. They can come to our house and do it”

Dalam entri itu juga Emma turut menjelaskan mereka tidak mengalami sebarang simptom namun keputusan ujian saringan dirinya dan suami positif.

“Saya tak mengalami sebarang simptom tetapi hasil ujian menunjukkan saya positif COVID-19. Jadi walaupun rasa sihat buat saja swab test sebab kita tak tahu kalau kita ada atau tidak. Tolong berwaspada dan patuhilah prosedur operasi standard (SOP). Happy quarantine to me.

HASIL UJIAN SARINGAN ANAK NEGATIF
Sementara video yang dimuat naik di Instagram anak mereka memaparkan Shariq Gabriel turut menjalani ujian saringan. Memang luluh melihat video ini apabila seorang anak kecil yang baru berusia 3 bulan ini terpaksa menjalani ujian tersebut yang dianggap ‘menyakitkan’.

Emma dilihat menangis saat Shariq Gabriel melalui ujian tersebut. Tangisan seorang ibu yang cukup menyentuh hati. Pun begitu, Shariq Gabriel tidak dijangkiti virus tersebut apabila hasil ujian menunjukkan negatif. Alhamdulillah.

Sementara itu, rakan-rakan artis turut menitipkan pesanan di ruangan komen agar Emma dan suami segera sembuh. Antaranya ialah Mawar Rashid, Sweet Qismina, Dayana Roza, Catriona dan ramai lagi.

Semoga Emma sekeluarga tabah mengharungi ujian ini. Teruslah mengamalkan norma baharu dengan menjaga SOP yang ditetapkan. Kita mesti menang!

Kredit Foto: Instagram @emma_maembongofficial & @shariqgabriel

IKLAN
Share