Lulusan Master Perniagaan & Miliki 4 Jenama Sendiri, NAZEERA Bukti ‘Beauty with Brains’

Memang betul-betul kagum dengan Nazeera Sardi. Sudahlah cantik, berpendidikan tinggi dan bergelar usahawan sukses pula tu. Salute!

Nazeera Sardi, 33, bukan saja cantik bahkan berpendidikan tinggi dan rajin berusaha.

Dalam usia 33 tahun, pelakon dan pengacara jelita ini sudah bergelar tauke kepada 4 jenamanya sendiri iaitu Zeyra Skincare, Zeyra Cosmetics, Zeyra by Nazeera Sardi, dan Food Lab by Nazeera.

Bersama produknya, Zeyra Skincare.
Zeyra Cosmetics.
Food Lab by Nazeera.
Salah satu ‘best seller product’ Food Lab by Nazeera iaitu Ayam Pencen Masak Lomak Cili Api air tangan Nazeera sendiri. Nampak sedap!

Zeyra by Nazeera Sardi.

Segalanya kerana berkat doa dan restu ibu yang menjadikan siapa Nazeera hari ini.

Lulusan Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan (MBA) Universiti Putra Malaysia ini sentiasa menyantuni ibunya, Siti Nginah biarpun sentiasa sibuk dengan karier seni serta perniagaan. Nazeera sentiasa berusaha untuk ‘mencuri masa’ asalkan dapat membahagiakan wanita terhebat dalam hidupnya.

Apatah lagi, ibunya itu merupakan ibu tunggal maka menjadi tanggungjawab dia serta adik beradik yang lain untuk menjaganya. Walaupun anak bongsu namun Nazeera sangat manja dan rapat dengan ibunya.

“Keluarga saya memang meriah sebab ramai. Anak buah seramai 24 orang. Sejak kecil hubungan saya dengan adik beradik macam isi dengan kuku. Saya mempunyai seorang abang dan 6 orang kakak.

Saya paling rapat dengan kakak nombor 7 iaitu Samiah. Beza usia kami 2 tahun. Kami berkongsi minat yang sama iaitu gemar memasak dan menyanyi. Selain itu, kami juga banyak persamaan dari segi karakter antaranya rajin berdikari dan happy go lucky.

Kalau ada sebarang aktiviti atau majlis kami akan pergi bersama. Susah senang pun kami lalui bersama. Adik beradik sentiasa menjadi penyokong setia saya walau apa jua keadaan. Mereka sentiasa percaya dengan kebolehan saya dan tak pernah memandang rendah.

Kebahagiaan saya ialah apabila dapat membahagiakan dan berkongsi rezeki bersama insan-insan tersayang. Saya sentiasa doakan yang terbaik buat Mak di dunia mahupun akhirat. Semoga Mak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Seterusnya, harapan untuk diri sendiri agar dapat buat yang terbaik dan membahagiakan Mak.

Buat Mak, walaupun kita dipisahkan oleh jarak dan keadaan yang tak mengizinkan tapi kita akan selalu bersama dalam dakapan doa, Insya-Allah.”

Kredit Foto: Instagram @nazeerasardi

IKLAN
Share