Lulusan Oxford, Atlet Ekuestrian & Ikon Fesyen, Kenali Puteri Diraja Jordan HAYA AL HUSSEIN!

Haya Al Hussein pastinya menjadi kebanggaan rakyat di bumi Jordan. Beliau bukan hanya berstatus puteri diraja bahkan memiliki bakat dan personaliti yang luar biasa tidak kira dalam bidang akademik, politik, sukan mahupun kesukarelawanan. Keperibadian anak kepada Almarhum Raja Hussein yang juga Raja Jordan ini sememangnya memukau pandangan. Apatah lagi beliau dikurniakan rupa paras yang cukup menawan.

Dilahirkan pada 3 Mei 1974 di Amman, Jordan… Puteri Haya merupakan adik perempuan tiri kepada Raja Jordan, Raja Abdullah II. Ibu Puteri Haya merupakan isteri ketiga kepada
Almarhum Raja Hussein iaitu Permaisuri Alia.

Bersandarkan bakat dan perwatakan Puteri Haya, beliau menjadi antara individu berpengaruh di negara kelahirannya. Paling membanggakan, Puteri Haya pernah menjadi wakil sulung Jordan dalam sukan ekuestrian dalam temasya Olimpik Sydney, Australia pada tahun 2000!

Puteri yang berasal dari Timur Tengah ini sememangnya lambang wanita inspirasi moden yang cergas, bijak, cantik dan prihatin terhadap nasib golongan memerlukan. Berikut 10 fakta menarik mengenai Puteri Diraja Jordan, Haya Al Hussein.

1. Puteri Haya binti Al Hussein ialah puteri kepada Almarhum Raja Jordan, Raja Hussein yang memerintah negara berkenaan dari tahun 1935 hingga 1999.

2. Ketika melanjutkan pelajaran, Puteri Haya berjaya menamatkan pengajian sarjana di St. Hilda College, Universiti Oxford. Bukan calang-calang kerana beliau memiliki latar belakang pendidikan dalam bidang politik, falsafah dan ekonomi!

3. Puteri Haya berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi wanita pertama Jordan yang dilantik sebagai Goodwill Ambassador United Nations (UN) berkaitan keselamatan makanan, World Food Programme.

4. Atas pencapaian cemerlangnya dalam kebajikan dan aktiviti sukarelawan, pada tahun 2007 Puteri Haya dilantik sebagai UN Messenger of Peace oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon.

5. Puteri Haya merupakan adik kepada pemerintah Jordan hari ini iaitu Raja Abdullah II tetapi mereka dilahirkan oleh ibu yang berbeza.

6. Pada usia baru mencecah 13 tahun, Puteri Haya sudah aktif dalam sukan berkuda seperti ekuestrian dan menjadi wanita pertama mewakili negaranya dalam pertandingan berkuda di peringkat antarabangsa.

Bersama salah seorang adiknya, Putera Ali

7. Difahamkan, Puteri Haya ialah pencinta muzik rock n’ roll dan salah satu kumpulan muzik yang digemari beliau ialah Guns N’ Roses.

8. Bukan hanya dikagumi kerana rupa paras cantik dan bakat, Puteri Haya juga menjadi perhatian peminat fesyen dunia kerana penampilan dan cita rasa menarik beliau terhadap industri tersebut.

9. Puteri Haya pernah memiliki sebuah hospital yang khusus untuk merawat golongan wanita dan kanak-kanak di Dubai yang dikenali sebagai Medcare Women & Children Hospital.

Kenangan bersama bekas suami
Kenangan bersama bekas suami
Bekas suami dan dua anaknya

10. Beliau merupakan bekas isteri kepada pemerintah Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum dan mempunyai dua orang anak. Namun namanya terpalit dengan kontroversi susulan tindakan beliau ‘lari’ daripada pemimpin dunia itu kerana mendakwa terbabit dengan penindasan.

IKLAN
Share