Baru-baru ini, Febienne Nicole Groeneveld dinobatkan sebagai Miss Universe Indonesia 2023.
Jelitawan berusia 24 tahun ini berjaya mengalahkan 29 pesaing lain bagi merebut mahkota Miss Universe Indonesia.
Mahkota tersebut telah disampaikan oleh Miss Universe 2022 iaitu R. Bonney Gabriel.
Mahkota yang sangat cantik dan berkilauan itu dinamakan sebagai The Shimmering Hope diperbuat daripada 8 ribu emas putih.
Kenali siapa sebenarnya Fabienne Nicole Groeneveld dengan lebih dekat.
Ads
Dilahirkan Di Belanda
Fabienne dilahirkan di Spijkenisse, Belanda pada 27 Disember 1999.
Dia mewarisi kecantikan ibunya yang berasal dari Indonesia manakala bapanya dari Belanda.
Berpendidikan Tinggi
Fabienne merupakan graduan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Pelita Harapan.
Ads
Selepas tamat pengajian pada 2019, Fabienne meneruskan pengajian dan mengambil Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti New South Wales dan Australian Graduate School of Management. Dia berjaya menamatkan pengajian pada 2021.
Berfikiran Jauh
Dalam sesi jawapan akhir, Fabienne membincangkan peranan teknologi dalam masyarakat hari ini. Baginya, teknologi sangat membantu manusia dalam berkomunikasi.
Ads
Fabienne juga percaya, jika teknologi digunakan dengan betul ia boleh memberi kebaikan dan inspirasi dalam kehidupan masyarakat.
Sering Sertai Pertandingan Kecantikan
Segalanya bermula setelah Fabienne memenangi gelaran Miss Global Indonesia 2018 di Filipina.
Fabienne terpilih sebagai Top 20 dan membawa pulang anugerah Miss Photogenic dan Best in Evening Gown.
Pencinta Haiwan
Selain itu, Fabienne juga seorang yang sayangkan haiwan dan bekerjasama dengan Surabaya Animal Care Community.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pertama kali mengenali wanita cantik ini adalah ketika sesi fotografi kira-kira tahun lalu. Disifatkan seorang yang mudah mesra dan manja, Datin Nina Sabrina Datuk Seri Ismail Sabri cukup bertuah kerana selain dikurniakan rupa paras cantik, beliau juga mampu membuatkan sesiapa saja tertawan dengan pesona dirinya.
Walau berstatus anak kepada Perdana Menteri dan isteri pereka fesyen ternama negara, Dato’ Jovian Mandagie namun Datin Nina bijak menyusun tutur kata dan cukup menyenangkan.
Dalam kelembutan tingkah laku dan bicara, Datin Nina juga sebenarnya seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan berjiwa penyayang.
Bahagia melayari alam rumah tangga di samping Dato’ Jovian, perkahwinan mereka lebih bermakna sejak kehadiran puteri sulung, Jeanelle Nika Mandagie.
Terbaharu, selepas negara beralih ke fasa endemik Covid-19 Datin Nina sekeluarga menikmati momen berkualiti dengan melancong ke luar negara. Iyalah, dah lama tak dapat pergi bercuti.
Inilah masanya untuk kembali menikmati pemandangan indah di negara orang sambil merehatkan minda selepas bertungkus-lumus membina empayar niaga.
Yang pasti, penampilan Datin Nina setiap kali percutian nyata menarik perhatian ramai. Sudah namanya pun isteri pereka fesyen, mestilah nampak cantik from head to toe.
Dalam perkongsian Datin Nina di Instagramnya pada 14 Mei lepas, dia dan Dato’ Jovian serta anak mereka bercuti di bumi United Kingdom.
Salah satu destinasi mereka termasuk Woburn Safari Park. Meskipun bergaya santai sweatshirt hijau dengan padanan seluar putih tapi cukup mempersona!
Selain itu, pasangan ini juga tidak melepaskan peluang melawat kota London yang menjadi pilihan ramai wanita khususnya mereka yang mencintai dunia fesyen!
Kakak kepada penyanyi Dafi ini juga merupakan usahawan Capello by Nina di empat lokasi strategik iaitu Shah Alam, Bangi, Ampang dan Johor.
Selain menguruskan Capello by Nina, dia juga merupakan pemilik pusat asuhan kanak-kanak Peterana Kindergarten. Walau sibuk dengan perniagaan namun ibu seorang anak tersebut tetap aktif menjalani gaya hidup sihat dan gemar melakukan aktiviti berbasikal bersama suami tercinta. Kagum tengok semangat dan aura Datin Nina Sabrina!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan hanya cantik tetapi Ayana Jihye Moon juga memiliki hati dan keperibadian yang baik! Bak peribahasa, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain. Meskipun nama Ayana kian dikenali di Malaysia dan Indonesia namun jelitawan ini tidak pernah melupakan tempat dia melanjutkan pengajian dan detik awal Ayana menjana pendapatan sepanjang berada di negara serumpun berkenaan.
Memandangkan kerjaya yang semakin berkembang dan tawaran pelbagai jenama antarabangsa yang menjadikannya sebagai duta, Ayana Moon terpanggil untuk menabur budi kepada masyarakat khususnya golongan wanita. Apatah lagi, dia mengasaskan sebuah yayasan dikenali sebagai Ayana Foundation.
Pada 10 Januari lepas, duta produk kecantikan Wardah tersebut berkongsi khabar gembira atas kejayaannya menyalurkan bantuan biasiswa sebanyak RM114,200 kepada International Islamic University Malaysia (IIUM) Endowment Fund.
Kongsi Ayana, “Biasiswa Ayana sudah rasmi dilancarkan. Alhamdulillah. Saya berhutang banyak ke Malaysia dan Indonesia. Seperti yang semua tahu, saya datang ke sini sendiri, tanpa wang, keluarga dan teman-teman.
Tapi di sini, saya membangun pekerjaan yang layak, bisnes dan teman-teman yang boleh saya anggap seperti keluarga. Terima kasih untuk semua orang di Malaysia dan Indonesia yang selama ini sudah dengan tulus menyayangi, perhatian dan mendoakan saya, dan kepada Tuhan Yang Maha Kuasa atas rencana-rencana yang saya tidak fahami.”
Tambahnya lagi, “Biasiswa Ayana membiayai secara penuh wang kuliah, asrama dan biaya-biaya utnuk total perkuliahan 8 semester sampai dengan lulus. Saya percaya bahawa tempat perempuan tidak hanya di rumah atau di dapur. Tetapi juga di lingkungan kerja di mana mereka boleh menunjukkan keahlian dan bakatnya.
Saya harap teman-teman boleh mendoakan saya supaya saya boleh terus memberikan dukungan kepada lebih banyak mahasiswi berbakat.”
Ini bukan kali pertama Ayana Moon berbakti kepada IIUM. Pada bulan Ramadan sekitar Mac tahun lalu, dia turut tidak ketinggalan memberikan sumbangan makanan untuk berbuka puasa khas buat pelajar di sana.
Bagi siri pertama Ayana Moon Scholarship Batch 2024, seramai enam pelajar wanita terpilih menerima biasiswa berkenaan. Antara kriteria yang ditetapkan ialah warganegara Malaysia dan beragama Islam, pelajar sepenuh masa IIUM, memperoleh 3.50 CGPA, dan keutamaan diberikan kepada mereka yang berasal dari keluarga susah.
Ayana dilahirkan pada 28 Disember 1995 telah menarik perhatian masyarakat di Malaysia dan Indonesia ekoran perjalanan hidupnya sebagai mualaf. Dia dikhabarkan tertarik dengan Islam sejak berusia tujuh tahun dan kemudian memutuskan untuk memeluk Islam sewaktu berumur 16 tahun ketika masih menetap di Korea Selatan bersama keluarga.
Bagaimana pun, penghijrahan Ayana mendapat tentangan hebat daripada kedua-dua ibu bapa.
Ayana memilih berdikari di Malaysia pada tahun 2017 kerana mempunyai kenalan di sini. Pada tahun 2018, dia berhijrah ke Indonesia dan seterusnya menjadi model.
Bersandarkan bakat dan rupa paras cantik, Ayana turut bergelar personaliti YouTube dan menjadi duta bagi produk kecantikan di Indonesia. Dia juga merupakan penulis dan usahawan.
Tidak hairanlah Ayana menarik perhatian ramai masyarakat kerana personalitinya yang santai, mesra dan ‘murah’ dengan senyuman. Semoga usaha murni yang dilaksanakan Ayana mendapat keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat kepada ramai orang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali melihat cermin, timbul rasa geram melihat pori-pori kulit yang besar. ‘Terganggu’ rasanya bila nampak bintik-bintik bedak bertompok dan tidak licin seperti model iklan solekan.
Menurut Healthline, pori-pori wajah adalah liang peluh dan sebum atau minyak semula jadi. Ia sering tersumbat oleh kotoran dan minyak. Hal ini membuatkan pori-pori tampak lebih besar dari yang sepatutnya.
Selain melakukan rawatan laser, terdapat beberapa petua semula jadi yang berkesan untuk mengatasi masalah pori-pori besar pada wajah. Ayuh semak lima bahan-bahan mudah di dapur ini untuk mengecilkan pori-pori dengan berkesan.
1. Putih Telur
Putih telur dapat membantu mengencangkan kulit dan mengecilkan pori-pori besar. Ia juga membantu menghilangkan minyak berlebihan pada wajah. Anda boleh membuat masker peel-off menggunakan putih telur dengan mudah.
Caranya, ambil putih telur dan pukul hingga teksturnya cair. Oleskan putih telur ini ke seluruh wajah dan tampalkan helaian tisu. Tunggu kering dan bilas wajah dengan air sampai bersih.
2. Ais
Ais dikatakan sangat efektif untuk mengatasi pori-pori besar. Ini kerana ia memiliki kesan mengencangkan kulit dan membantu mengecilkan pori-pori besar. Suhu ais juga mampu membuat pori-pori lebih relaks dan mencegah iritasi akibat perubahan suhu panas atau lembap.
Untuk mengecilkan pori-pori, bungkus beberapa ketul ais dengan kain bersih dan oleskan ke seluruh wajah sebelum bersolek. Amalan yang konsisten dapat membantu menjadikan wajah lebih sihat, halus dan bercahaya.
Berkat sifat astringen tomato, ia mampu menghilangkan minyak berlebihan, mengencangkan kulit, dan mengecilkan pori-pori besar. Tomato juga kaya dengan likopen dan antioksidan yang mampu memperlambat proses penuaan kulit.
Campurkan satu sudu makan jus tomato dengan 3-4 titis air lemon sehingga teksturnya kental seperti masker. Oleskan pada kulit dan tunggu selama 20 minit. Kemudian, bilas dengan air dingin.
4. Baking Soda
Serbuk baking soda membantu mengimbangi tahap pH kulit. Sifat anti-inflamasi dan anti-bakteria di dalamnya juga membantu mengurangi jerawat.
Hanya campurkan dua sudu makan baking soda dan dua sudu makan air hangat ke dalam bekas. Kemudian, oleskan kedua bahan itu ke seluruh wajah dan urut wajah dengan gerakan memutar.
Biarkan selama lima minit dan bilas dengan air dingin. Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, lakukan rutin ini 3-4 kali seminggu.
5. Gula pasir
Gula pasir memiliki manfaat untuk mengeksfoliasi kulit, menghilangkan minyak berlebihan dan kotoran yang menyumbat pori-pori. Penggunaan gula pasir sebagai skrub pula dapat mengecilkan pori-pori secara alami.
Caranya, hiris lemon dan beri sedikit gula pasir di atasnya. Kemudian, gosokkan kedua bahan itu ke seluruh wajah secara lembut dan biarkan sari-sarinya tetap berada di kulit wajah selama 15 minit sebelum dibilas.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.