Lulusan Universiti Harvard & Oxford, Personaliti MAHARANI MASAKO Sentiasa Memukau

Siapa sangka daripada seorang gadis biasa kini menjadi seorang maharani dinasti diraja tertua dunia. Maharani Masako mempunyai paras yang jelita dan berperwatakan menawan dan ternyata Maharaja Jepun ke-126, Putera Naruhito tidak salah dalam membuat pilihan.

Foto: Instagram @thejapanroyal

Maharani Masako merupakan anak perempuan keluarga diplomat dan mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Harvard dan Universiti Oxford. Maharani Masako pula merupakan orang kebanyakan ketiga masuk dalam keluarga diraja Jepun selepas bonda mentuanya, Maharani Michiko dan adik iparnya, Puteri Kiko.

Foto: Instagram @thejapanroyal

Rupa-rupanya ada kisah di sebalik perkahwinan diraja ini. Dua kali Maharani Masako menolak lamaran putera sulung Maharaja Jepun ketika itu lantaran bercita-cita tinggi dalam kariernya sebagai seorang Pegawai Diplomatik, namun pada lamaran ketiga Maharani Masako tidak berupaya untuk menolak lagi.

Foto: Instagram @house_of_habsburger

Ketika memutuskan untuk berkahwin dan seterusnya menjadi ahli keluarga diraja Jepun Maharani Masako terpaksa meninggalkan kerjayanya sebagai Pegawai Diplomatik dan kini sudah pun bergelar seorang Maharani.

Foto: Instagram @europeanroyalty

Walaupun begitu, ternyata bukan mudah hidup dalam keluarga diraja. Kisah keluarga diraja Jepun ini sentiasa menarik perhatian seluruh dunia lantaran kerana keluarga diraja ini merupakan dinasti diraja tertua memerintah di dunia.

Foto: Instagram @t_yokomichi

Maharani Masako mengaku bergelut menyesuaikan diri dengan kehidupan terkurung keluarga diraja itu. Beliau juga menerima tekanan hebat memperoleh anak lelaki kerana penggantian takhta Jepun mengecualikan wanita. Tekanan itu hanya semakin hebat selepas melahirkan anak perempuan, Puteri Aiko pada tahun 2001, puteri tunggal pasangan diraja ini sehingga sekarang.

Foto: Instagram @world_almanac

Tekanan ke atas Masako berkurangan apabila adik iparnya melahirkan anak lelaki pada 2006, Putera Hisahito. Khabarnya Maharani Masako pernah menjalani rawatan untuk kemurungan akibat ‘gangguan penyesuaian’ untuk hampir keseluruhan tempoh perkahwinannya.

Foto: Instagram @royaltyconnection
IKLAN
Share