Macam Kembar, 2 BINTANG HOLLYWOOD Ni Tetap Awet Muda Walaupun Anak Dah Remaja!

Seorang punya nama besar dalam bidang peragaan.. dan seorang lagi cukup dikenali sebagai pelakon handalan Hollywood. Meskipun masing-masing tidak lagi begitu aktif dalam bidang yang diceburi namun kelibat anak gadis Cindy Crawford mahupun Reese Witherspoon dilihat seolah-olah satu ‘legasi’ yang ditinggalkan oleh mereka berdua.

Apatah lagi kedua-dua anak gadis selebriti ini mempunyai wajah yang sangat mirip dengan ibu mereka. Bentuk wajah yang sama, ketinggian, senyuman … juga warna rambut. Bak kata orang, macam ‘photostat’

lah!

Cindy Crawford & Kaia Gerber

Bila bergelar anak kepada supermodel terkenal, Cindy Crawford pastinya setiap penampilan dan gerak-geri Kaia Gerber menjadi buruan lensa paparazi. Peragawati yang pernah popular sekitar tahun 1980an dan 1990an tersebut kini mampu berbangga apabila anak gadisnya yang berusia 16 tahun mengikut jejak langkah beliau dalam bidang peragaan.

Khabarnya, Kaia juga telah menandatangani kontrak dengan IMG Models. Apa yang pasti, Kaia mewarisi kecantikan dari ibunya!

Reese Witherspoon & Ava Phillippe

Wajah anak dan ibu ini memang seiras! Pendek kata, Ava adalah bayangan Reese ketika zaman mudanya. Mengimbas kembali permulaan karier, Reese mula dikenali sejak membintangi filem Legally Blonde sebagai Elle Woods. Meskipun belum lagi menceburi bidang lakonan dan seni seperti ibunya, kemunculan Ava di majlis red carpet

di samping Reese ternyata mencuri tumpuan ramai.

Mungkin satu hari nanti gadis berusia 18 tahun ini akan ikut jejak langkah ibunya. Siapa tahu, kan?

 

IKLAN
Share