Wow, memang ada iras. Mungkin ‘tang’ mata dan senyuman yang dimiliki Tya Arifin ini yang membuatkan dia seiras Liza Soberano. Apa yang pasti, kecantikan yang dimiliki selebriti popular Filipina tersebut bukan calang-calang kerana turut mendapat perhatian dunia apabila Liza dinobatkan The Most Beautiful Face of 2017 hasil undian di TC Candler.
Kemunculan Liza atau nama sebenarnya Hope Elizabeth Soberano dalam dunia seni di Filipina mula menyerlah pada tahun 2011 hingga ke hari ini. Dia yang dilahirkan di California, USA pada 4 Januari 1998 juga sebenarnya merupakan wanita kacukan Amerika – Filipina. Antara drama yang pernah dibintangi Liza dan disiarkan di Malaysia termasuk Forevermore dan Dolce Amore.
Liza Soberano
Selain bergelar pelakon, Liza juga seorang penyanyi, model dan duta produk. Pada usia baru menjangkau 20 tahun, Liza sudah mencapai kejayaan dalam industri penuh glamor tersebut.
Ads
Sementara itu, Tya Arifin yang juga isteri kepada anak tiri Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ashraf Khalid pula merupakan bintang terkenal di Indonesia. Tya yang dilahirkan di Palembang, bakal menginjak usia 24 tahun 22 Oktober nanti dan merupakan ibu kepada cahaya mata comel, Arif Jiwa.
Tya Arifin
Pernah membintangi filem dan sinetron Indonesia, Tya atau nama penuhnya Nurtria Wulandari Arifin juga adalah seorang penyanyi. Tya melangkah ke satu fasa kerjaya berbeza baru-baru ini apabila dia secara rasminya bergelar usahawan menerusi produk kesihatannya, Jamu Mutyara yang dilancarkan pada 25 Julai lepas.
Ads
Ads
Tidak dinafikan, kedua-duanya mempunyai wajah yang hampir serupa. Bahkan Dato’ Sri Siti sendiri mengakui persamaan itu dan memuat naik gambar dua wanita cantik berkenaan di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang kata kalau senyum ikhlas nampak cantik. Namun Pakar Pergigian pula kata senyuman manis berlaku apabila gigi putih bersih, berseri dan berbau segar. Macam mana nak dapat senyuman yang cantik? Amalan penjagaan kesihatan gigi dan gusi yang betul dapat menentukan senyuman yang semula jadi juga boleh kelihatan menarik sekiranya sihat dan bersih.
Setiap individu perlu menitikberatkan kesihatan pergigian mereka. Statistik dari American Academy of Aesthetic Dentistry menunjukkan 62 peratus sanggup berbelanja untuk mengekalkan kualiti dan kesihatan gigi mereka. Malah 85 peratus pula mengatakan seseorang yang mempunyai gigi yang baik dan sihat adalah lebih menarik dan menawan.
Antara rawatan pergigian yang semakin mendapat permintaan yang tinggi adalah rawatan pergigian kosmetik. Rawatan pergigian kosmetik merangkumi rawatan yang dapat menghasilkan penampilan gigi dan gusi yang akan kelihatan lebih baik dan sihat daripada yang sebelumnya.
Perkembangan Dalam Bidang Pergigian Kosmetik
Rawatan pergigian yang asas seperti restorasi atau tampalan gigi yang biasa kini dipertingkatkan apabila permintaan terhadap restorasi kosmetik semakin diminati pelanggan. Antara rawatannya adalah membuat:
Prosedur memutihkan gigi
Crown dan bridge
Veneer iaitu lapikan permukaan gigi
Tampalan menggunakan bahan yang menyamai warna gigi
Implan gigi
Peredaran zaman teknologi ini, semakin ramai sudah tahu mengenai crown dan bridge iaitu secara ringkasnya mengganti dan menyarungkan gigi asal dengan bahan seramik, komposit atau logam. Implan gigi pula adalah prosedur menggantikan gigi dengan struktur akar dari bahan titanium, seramik atau logam lain.
Proses implan gigi ini secara ringkasnya adalah proses yang berlawanan kepada proses mencabut gigi. Menggunakan biusan yang sama seperti untuk mencabut gigi, struktur akar titanium akan diletakkan dengan perlahan ke dalam tulang rahang. Seterusnya struktur crown atau kepala gigi akan disiapkan.
Dalam industri perkhidmatan perawatan pergigian, sehingga kini terdapat banyak peningkatan dalam teknologi dan bahan yang digunakan oleh doktor pergigian. Antaranya adalah teknik pemutihan gigi yang lebih berkesan, selamat dan tidak mengilukan. Implan gigi pula kini boleh dibuat menggunakan satu struktur implan di mana pelanggan boleh terus mendapat gigi gantian pada sesi rawatan pada hari yang sama implan gigi di masukkan.
Hasilnya implan gigi akan menyerupai gigi asal yang telah dicabut malah lebih kuat dari yang semula jadi. Kadar kejayaan rawatan implan gigi selalunya adalah lebih 95 peratus.
Rawatan kosmetik juga boleh memperbaiki gusi pelanggan. Gusi yang terlalu menyerlah atau yang terlalu menyusut, boleh dibentuk semula supaya dimensi gigi akan kelihatan sesuai dengan bentuk gigi dan muka pelanggan. Ini boleh dibuat menggunakan rawatan laser atau pengkonturan gusi secara surgeri.
Sumber: Dr Halina Haron, Pakar Pergigian Klinik Pergigian Halina, Bangsar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantiknya Dr Syafiqa Hayra di majlis pertunangan baru-baru ini. Ternyata, anak gadis Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os ini bukan hanya seorang wanita yang cantik. Malah dia juga berpendidikan tinggi, sopan-santun dan cukup menghormati orang tua.
Meniti usia 30 tahun, Dr Syafiqa pada 19 Jun lepas berkongsi detik bahagianya apabila bergelar tunangan orang. Anggun dalam persalinan merah jambu, terserlah seri wajah anak sulung daripada dua beradik ini.
Ketika dihubungi Nona, graduan Bachelor of Medicine and Surgery (MBBCh) Mansoura-Manchester, Mansoura University, Mesir ini mesra menyambut panggilan penulis dan terbuka berkongsi khabar gembira berkenaan.
Difahamkan Dr Syafiqa mula mengenali tunangnya itu sejak setahun lalu dan umur sebaya. “Kami berkenalan melalui mutual friends. Dia ialah kenalan kepada kawan saya yang merupakan graduan Masters of Mechanical Engineering dari University of Strathclyde, Glasgow, United Kingdom.
Sepanjang perkenalan kami, saya lihat dia seorang yang bekerja keras dan berwawasan tinggi. Tunang saya sekarang bekerja di sebuah syarikat perunding kejuruteraan. Dia juga dalam proses untuk menjadi seorang ‘Professional Engineer with Practising Certificate (PEPC)’.
InsyaAllah dia akan diiktiraf sebagai Jurutera Bertauliah/Accredited Engineer dengan kelayakan Inseniur (Ir.) dalam masa terdekat ini.”
Mengulas penerimaan keluarga tersayang, Dr Syafiqa yang kini bertugas di Klinik Pusrawi Batu Muda bersyukur ibunya merestui hubungan mereka.
“Ibu saya menerima tunang dengan sebaiknya memandangkan dia seorang yang sangat ramah, menghormati orang tua, humble dan jujur. Majlis nikah dan resepsi masih dalam perancangan insyaAllah pada hujung tahun ini. Tema pun masih lagi dalam perancangan.”
Tambahnya lagi, dia sekeluarga mengadakan majlis pertunangan tersebut secara sederhana. Bahkan baju tunang Dr Syafiqa ialah baju yang sama digayakan ketika Hari Raya.
“Baju majlis tunang simple saja, hanya pakai baju raya saya dari Jlabella Atelier dan bertempat di rumah keluarga saya di Kuala Lumpur. Pelamin dari Azzuieena Couture.”
Ditanya keistimewaan jejaka berkenaan di matanya, Dr Syafiqa berkata dia terpikat dengan keperibadian yang dimiliki.
“Dia seorang yang kelakar dan selalu menghiburkan saya, cerdik, berpendidikan tinggi, baik dan peramah. Kami berdua boleh dikatakan ‘sekepala’ dari aspek pemikiran, visi dan misi hidup.
Dia juga sentiasa ada ketika saya dalam kesusahan, selalu beri ketenangan kepada saya, dan selalu memudahkan urusan saya. Ada satu ketika saya terlibat dalam kemalangan
yang hampir meragut nyawa pada awal tahun ini akibat microsleep dalam perjalanan pergi ke kerja.
Waktu itu kami hanya sekadar kawan sahaja. Dia sanggup datang dari KL ke Gerik di tempat saya bekerja, kemudian hantar saya pulang ke rumah saya di KL.
Ketika itu terlintas di fikiran saya mungkin dia adalah jodoh yang terbaik untuk saya. Tak semua orang sanggup untuk berkorban membantu saya ketika itu.”
Semoga ikatan suci dan mahligai yang bakal dibina anak selebriti Allahyarham Mr Os dan tunangnya ini berjalan lancar, dipermudah segala urusan dan berkekalan hingga ke Jannah.
Dalam pada itu, wanita berjiwa besar ini turut memberitahu bakal membuka klinik miliknya sendiri pada tahun hadapan.
Dr Syafiqa kehilangan sosok bapa tersayang iaitu pelawak Mr Os pada 8 April 2016 ketika dia masih belajar di Mesir dan hanya dapat berbicara kali terakhir dengan bapanya melalui skype video call.
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.