Bagaimana jika keseronokan bertemasya, bersemuka pakar, tonton demo, sertai workshop, beryoga malah membeli-belah, semua ini dan banyak lagi tiba-tiba berlangsung di rumah anda?
Pasti hebat, kan? Hadir dengan konsep norma baharu, sekarang kita tak perlu lagi bersesak-sesak ke ekspo pada musim COVID-19 kerana #mywellfair akan dibawa terus ke skrin PC bahkan ke genggaman tangan anda.
Buat julung kalinya, Majalah Nona serta beberapa jenama lain di bawah naungan Nu Ideaktiv bakal ‘berkampung’ di acara Wellness & Healthy Living Fair secara online, pertama seumpamanya di Malaysia.
Sebagai rakan media rasmi untuk acara online terulung #mywellfair, Majalah Nona menerusi virtual booth Nu Ideaktiv akan menemui anda secara eksklusif pada 24 – 26 Julai 2020 ini melalui sesawang www.mywellfair.com/.
Acara tiga hari tiga malam tanpa henti ini bertujuan untuk menyebarkan faedah kesihatan dan kesejahteraan diri secara menyeluruh, merangkumi aspek intelektual, kewangan, sosial, emosi serta fizikal anda.
Khusus untuk pengunjung #mywellfair, banyak aktiviti menarik yang boleh disertai di setiap booth, antaranya sesi webinar dengan pakar kesihatan dan kecergasan, ceramah nutrisi, aktiviti senaman dengan jurulatih peribadi, demo solekan, temu bual kesihatan dan banyak lagi.
Nona juga bakal mengisi slot yang disediakan dalam #mywellfair. Anda boleh semak atur cara di sini (klik link).
Tak rugi join #mywellfair tau, sambil tambah pengetahuan, anda juga dapat banyak tawaran hebat dan pengalaman baru dalam industri ni, secara virtual 3D!
Ads
Tandakan #mywellfair dalam kalendar ya…
24 – 26 Julai 2020
24 – 26 Julai 2020
24 – 26 Julai 2020
Jangan lupa temu janji anda dengan Majalah Nona. Kami tunggu anda di #mywellfair.Let’s meet online!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan figura cantik dan bersuara lunak ini. Sejak dari dulu kecantikan miliknya bagaikan tak pernah pudar. Penyanyi era 1980-an yang popular dengan lagu seperti Cubit-Cubit Sayang, Satu Dua Kau, Rindu Merindu dan Bohong Ah Bohong ini walaupun sudah berusia 55 tahun tapi tetap kelihatan cantik menawan.
Mencungkil rahsia Salwa Abd Rahman kekal awet muda, “Sebenarnya tak ada sebarang rahsia. Saya memang dari kecil hingga sekarang suka kecantikan dan sentiasa menjaga kulit.
Dulu-dulu bila tengok mak menjaga kecantikan kita pun akan terikut sama. Teringat dulu bila mak saya menggunakan hampas kelapa sebagai lulur di tangan dan seluruh badan. Maklumlah dulu-dulu bukan ada jual produk kecantikan. Kaedahnya, guna apa sahaja yang ada di dapur. Tapi ternyata menggunakan hampas kelapa buat kulit kita jadi lembut dan berminyak.
Mak saya juga menggunakan sabut kepala untuk mencuci daki. Mak akan pilih sabut kelapa yang lembut dan mencuci daki kami adik beradik. Tapi itu dulu, sekarang saya selesa menggunakan produk kecantikan yang lagi mudah dan berkesan.
Melihat kesungguhan mak menjaga kecantikannya juga menjadikan saya mula menjaga kecantikan dari awal dengan rutin penjagaan wajah seperti membersihkan wajah, penyegar dan pelembap. Saya juga tak akan tidur bersama mekap. Kena bersihkan dulu walaupun kadang-kadang terlalu mengantuk,” tutur lembut isteri kepada pemain bola sepak, Subadron Abdul Aziz ini.
Tambahnya lagi, “Saya juga menjaga pengambilan makanan. Tapi sejak umur 40 tahun saya mula berdiet. Saya makan nasi sekali dalam seminggu. Selain itu, saya juga jogging untuk menjaga stamina. Alhamdulillah, walaupun dah berusia tapi saya masih mendapat undangan nyanyian.
Cuma sejak akhir-akhir ini terutama selepas ‘kehilangan’ teman baik Datuk Nasseir Wahab saya banyak menolak undangan tersebut. Banyak kenangan bersama arwah yang sama-sama naik ketika menyanyi dulu tak dapat saya lupakan,” ujar Salwa yang pernah menunaikan umrah bersama arwah Datuk Nasseir Wahab pada tahun 1992.
Bercerita tentang sambutan hari raya pula, “Seperti kebiasaan saya dan keluarga akan pulang beraya ke Johor. Walaupun mak dan abah dah tak ada kami tetap pulang beraya. Tapi tahun ini tak dapat pulang beraya sebab tak dibenarkan merentas negeri. Kampung Abang Bad pula di Gombak saja.
Bagi menghidupkan suasana raya, kami sekeluarga tetap mengikut tema yang telah dipilih iaitu merah jambu. Bila buat video call bersama keluarga, semua pakai warna baju yang sama.
Saya juga masak juadah raya seperti ketupat, kari ayam, ayam masak merah dan lodeh. Tahun ini banyak pula juadah raya yang saya sediakan memandangkan berada di rumah dan banyak masa dihabiskan hanya di rumah. Saya hanya mengundang saudara terdekat dan rakan rapat. Saya buatkan jadual lawatan, kan sebab tak boleh lebih daripada 20 orang,” kata wanita cantik ini.
Melihat keluarga kecil Salwa Abd Rahman, ternyata anak-anaknya sudah meningkat dewasa. “Alhamdulillah, anak-anak dah besar sekarang. Anak yang sulung, Puteri Sulaikha dah berusia 22 tahun. Lega saya bila anak-anak dah mula bekerja. Yang sulung baru tamat belajar di Taylor’s College dan dah dapat kerja.
Yang bongsu pula, Putera Sufrie Nizam juga dah kerja dengan syarikat sendiri. Walaupun baru berumur 19 tahun tapi saya bangga bila dia sudah mahu bekerja,” kata Salwa tentang kedua-dua anaknya.
Tak berkelip mata memandang Mira Filzah. Aduhai manis berseri, berhias cincin, gelang, jam tangan dan rantai Swarovski. Definisi Ramadan buat ibu Wan Khair Amir tahun ini tambah bererti… Lebih elegan namun masih mengekalkan nada kesopanan dalam berfesyen.
Syaaban bakal pergi, berganti pula bulan Ramadan yang membawa rahmat dan maghfirah tidak terhingga. Pasti ramai yang ternanti-nanti kedatangan bulan ibadah ini dengan semangat, tak sabar untuk bertarawih di masjid, berbuka puasa beramai-ramai dan membuat persiapan Syawal yang bakal menjelma.
Dapat bertemu semula dan bermaafan, berkumpul sambil menjamu hidangan, ketawa serta melepaskan rindu, tentu meriah! Diserikan lagi dengan helaian baju tradisi, penampilan anda dengan kerlipan aksesori Swarovski pasti tambah dipuji.
Tahun ini juga, Swarovski melengkapi gaya raya anda dengan himpunan aksesori secantik gaya aktres popular Mira Filzah. Berusia 30 tahun, isteri kepada Wan Emir Astar ini dilihat sedang kembali ligat berlakon. Antara drama terbaharunya, ‘Imam Instant Ustazah Scammer’ yang kini rancak ditayangkan di saluran Astro.
Dulu berdua, kini bertiga. Tak puas mata memandang gaya Mira Filzah dalam kempen eksklusif Swarovski, cukup terserlah pesonanya sebagai seorang isteri, ibu, selebriti dan usahawan terkenal.
Dengan rekaan menakjubkan dalam nuansa kehijauan, seleksi Ramadan Swarovski menampilkan aksesori gelang tangan, rantai dan cincin yang mencipta statement fashion.
Ayuh semak inspirasi gaya Mira Filzah dalam aksesori menawan Swarovski ni…
Manis menawan, kenakan kalung Swarovski dengan loket ikonik Swarovski Swan rona hijau kristal dan rantai bersadur rose gold. Sesuai dipakai sebagai perhiasan utama menyempurnakan gaya Ramadan anda (klik sini).
Gelang bangle dalam rekaan paling menawan untuk perhiasan di pergelangan tanganmu. Masih mengekalkan rekaan ikonik Swarovski Swan rona hijau kristal dan rantai bersadur rose gold yang memikat (klik sini).
Bagi yang menyenangi gaya klasik, gelang bangle dengan batuan hijau berpotongan oktagon serta bertatahkan kristal jernih menyerlahkan kesucian Ramadan. Sesuai dipakai solo atau digandingkan dengan set koleksi Millenia sepadan (klik sini).
Terkenal dengan rekaan ‘dancing stone’, rantai Millenia yang menawan ini diperbuat daripada batuan hijau potongan oktagon dengan bingkai bersadur rose gold bagi menaikkan seri malar segar. Sesuai untuk fesyen kasual mahupun pelengkap sentuhan pada musim Ramadan (klik sini).
Jam tangan Swarovski buatan Swiss dalam kemasan rose gold dan diperbuat daripada keluli tahan karat bertatahkan 251 batu kristal. Direka supaya menjadi perhatian mata, kenakan jam paling cantik ini sebagai petanda anda menghargai masa (klik sini).
Seperti kerlipan bintang di jari-jemarimu, set 2 cincin Constella mengaplikasi keindahan Swarovski Zirconia dan saduran rose gold sebagai penyeri. Kenakan secara solo, bertindih dua atau di jari berasingan bagi mencipta gaya unik anda (klik sini).
Terinspirasi daripada misteri angkasa lepas, rantai tangan ini direka khas untuk wanita dramatik dan feminin. Menggunakan rantai dengan batuan ‘brilliant cut’, rantai rekaan Pengarah Kreatif Giovanna Engelbert ini juga sesuai digandingkan dengan set dari koleksi Constella yang lain (klik sini).
Klasik dan sofistikated, sempurna sekali digandingkan gelang koleksi ini dengan set dari keluarga Angelic yang lain. Dengan rona metal rose gold dan bertatahkan pave kristal, ia sesuai digayakan untuk pelbagai acara. Paling cantik jika dipadankan bersama jam tangan Swarovski untuk acara siang! (klik sini).
Swarovski yang merupakan jenama warisan Austria jelas memahami jiwa setiap wanita sempena kedatangan Ramadan ini. Mengambil inspirasi Mira Filzah, anda juga mampu tampil cantik dan berkarisma dengan himpunan koleksi Swarovski yang serba menawan.
Mudahnya, semua di hujung jari! Kini boleh pesan koleksi kesukaan anda dari rumah dengan melayari website Swarovski (klik sini).
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sepasang kasut yang mempunyai rekaan moden tidak selalu direka dengan keselesaan dan kedudukan anatomi yang betul. Walaupun sepasang kasut baharu anda mungkin kelihatan hebat pada kaki, ia mungkin bukan perkara terbaik untuk kaki anda dalam jangka masa panjang, dan di situlah insole berperanan penting.
Secara umumnya, antara kebaikan pemakaian insole yang bersesuaian dengan kaki kita adalah seperti mengurangkan keletihan otot, memperbaiki postur badan serta menyelaraskan semula kaki, jika overpronate (roll in) atau supinate (roll out).
Selesa di setiap langkah
LARRIE, sebuah jenama kasut tempatan sejak 1978 kini menawarkan penjagaan tapak kaki untuk pembelinya dengan menyediakan insole yang selesa pada setiap kasut rekaan mereka. Melihat kepada berapa pentingnya insole kasut kepada pengguna, LARRIE telah mengeluarkan 2 jenis insole yang bersesuaian untuk pemakaian harian baik untuk lelaki mahupun wanita.
Wanita di era moden, perlu meningkatkan tahap kesedaran, bahawa pentingnya kesihatan kaki dalan setiap langkah. Walaupun meletakkan rekaan sebagai keutamaan untuk bergaya.
“Selain menitikberatkan rekaan yang berkualiti dan mengikut perkembangan fesyen, LARRIE juga sentiasa mementingkan keselesaan penjagaan kaki untuk setiap kasut yang direka,” kongsi Lenson Chong, selaku Ketua Pengarah Pemasaran Larrie Corporation (M) Sdn Bhd.
Tambahnya lagi, keselesaan pastinya menjadi faktor utama pembelian setiap kasut dan kerana itu juga setiap insole yang direka adalah melepasi ujian makmal yang ditetapkan.
Rekaan seimbang dengan teknologi
Terdapat pelbagai insole yang direka untuk melegakan kesakitan dan memberikan sokongan untuk pelbagai keadaan dan penyakit kaki. LARRIE tampil dengan rekaan untuk lelaki, memperkenalkan Rebound Foam Footbed yang direka dengan menggunakan kusyen yang lembut dan selesa serta tidak licin untuk memastikan pemakaian yang selesa dan berterusan.
Rebound Foam Foodbed untuk lelaki ini juga dapat membantu membentuk kaki anda serta mengagihkan berat badan secara rata untuk pengalaman berjalan yang selesa. Selain terdapat lapisan anti bakteria yang mana untuk menyokong pemakaian sepanjang hari, LARRIE Rebound Foam Footbed juga direka untuk mengurangkan tekanan semasa hentakan tumit dan mengurangkan keletihan kaki sewaktu berjalan.
Reka bentuk acuan tumit kasut yang berbentuk U juga mampu yang menstabilkan tumit dan mengurangkan ketegangan dan tekanan pada setiap langkah.
Untuk para wanita pula, LARRIE mereka LARRIE Women Extra Comfort Insole Arch Support Multi-Purpose Insoles. Selain ianya anti bakteria, setiap insole yang direka adalah free size dimana setiap pembeli boleh memotongnya mengikut saiz kaki sendiri dengan mudah.
Penggunaan insole ini juga mampu mengurangkan sakit kaki ketika melakukan aktiviti riadah atau melancong.
Selain itu sokong lengkung yang direka bersama insole ini juga dapat memberikan keseimbangan dan kestabilan pada kaki anda. Antara kelebihan lain adalah dapat memberi keseimbangan dan kekuatan kaki.
Menariknya lagi, kedua-kedua LARRIE insoles boleh dibeli secara berasingan atau berserta kasut di butik LARRIE atau secara atas talian di www.larrieshoes.com dengan harga bermula dari RM39.00 sehingga RM99.00.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.