
Dari riak wajahnya jelas terserlah sinar kebahagiaan yang sedang mengulit kehidupan Datuk Seri Sheila Majid. Mana tidaknya, hasrat untuk bergelar nenek dan menimang cucu akhirnya dimakbulkan Allah SWT apabila anak lelaki kesayangan iaitu Megat Abdul Majid selamat menjadi bapa sekitar Jun lepas.
Artikel https://www.nona.my/cecah-usia-60-tahun-ratu-jazz-datuk-sheila-majid-maintain-anggun-awet-muda/
Terbaharu, Ratu Jazz berkenaan memuat naik momen istimewa mengadakan majlis akikah dan cukur jambul cucu tersayang di media sosial miliknya. Menerusi perkongsian itu, Datuk Seri Sheila yang mengenakan persalinan merah jambu kelihatan ceria mendukung bayi perempuan tersebut.
Turut setia di sisi pelantun lagu Sinaran itu ialah suami tercinta, Datuk Acis yang tampil berjubah putih pada majlis tersebut.
Kongsi Datuk Seri Sheila, “Majlis akikah dan cukur jambul cucu pertama kami Puteri Amina Lela binti Megat Abdul Majid telah berjalan lancar dan meriah di kediaman kami. Disaksikan dan dikelilingi oleh seisi keluarga. Syukur alhamdulillah.”
Ibu bapa kepada Puteri Amina Lela iaitu Megat Abdul Majid dan Rashiqah Qahirah kelihatan gembira meraikan kehadiran zuriat sulung mereka. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2025.
Sementara itu, pada 1 Ogos lepas Datuk Seri Sheila Majid menerima pengurniaan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Mengimbas kembali momen indah itu, Datuk Seri Sheila tampil anggun berbaju kebarung labuh rona emerald green sambil ditemani suami tercinta yang segak berbaju Melayu hitam.
Ucap Datuk Acis, “Alhamdulillah syukur and congrats to my wife on being conferred the darjah Sri Sultan Ahmad Pahang 1st class SSAP which carries the title Dato’ Sri by Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Truly well deserved for all you’ve done for all of us. We are so so proud of you.”
Penyanyi legenda ini mendirikan rumah tangga dengan Datuk Acis atau nama penuhnya Hashridz Murshim Hassim pada 3 Jun 2003. Hasil perkongsian hidup, mereka dua orang cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.
Datuk Acis juga merupakan bapa tiri kepada Wan Nur Khaleeda dan Megat Abdul Majid.
This website uses cookies.