Ads

Majlis Akikah & Cukur Jambul Berlangsung Meriah, Datuk Seri Sheila Majid Bahagia Timang Cucu Sulung!

Datuk Seri Sheila Majid Rai Majlis Akikah Cucu Sulung

Dari riak wajahnya jelas terserlah sinar kebahagiaan yang sedang mengulit kehidupan Datuk Seri Sheila Majid. Mana tidaknya, hasrat untuk bergelar nenek dan menimang cucu akhirnya dimakbulkan Allah SWT apabila anak lelaki kesayangan iaitu Megat Abdul Majid selamat menjadi bapa sekitar Julai lepas. 

Artikel https://www.nona.my/cecah-usia-60-tahun-ratu-jazz-datuk-sheila-majid-maintain-anggun-awet-muda/

Majlis Akikah Cucu Sulung Datuk Seri Sheila

Majlis Akikah & Cukur Jambul Berlangsung Meriah, Datuk Seri Sheila Majid Bahagia Timang Cucu Sulung! Majlis Akikah & Cukur Jambul Berlangsung Meriah, Datuk Seri Sheila Majid Bahagia Timang Cucu Sulung! Majlis Akikah & Cukur Jambul Berlangsung Meriah, Datuk Seri Sheila Majid Bahagia Timang Cucu Sulung!

Terbaharu, Ratu Jazz berkenaan memuat naik momen istimewa mengadakan majlis akikah dan cukur jambul cucu tersayang di media sosial miliknya. Menerusi perkongsian itu, Datuk Seri Sheila yang mengenakan persalinan merah jambu kelihatan ceria mendukung bayi perempuan tersebut. 

Turut setia di sisi pelantun lagu Sinaran itu ialah suami tercinta, Datuk Acis yang tampil berjubah putih pada majlis tersebut.  

Kongsi Datuk Seri Sheila, “Majlis akikah dan cukur jambul cucu pertama kami Puteri Amina Lela binti Megat Abdul Majid telah berjalan lancar dan meriah di kediaman kami. Disaksikan dan dikelilingi oleh seisi keluarga. Syukur alhamdulillah.” 

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by missmajid (@missmajid)

Majlis Akikah & Cukur Jambul Berlangsung Meriah, Datuk Seri Sheila Majid Bahagia Timang Cucu Sulung! Majlis Akikah & Cukur Jambul Berlangsung Meriah, Datuk Seri Sheila Majid Bahagia Timang Cucu Sulung!

Ibu bapa kepada Puteri Amina Lela iaitu Megat Abdul Majid dan Rashiqah Qahirah kelihatan gembira meraikan kehadiran zuriat sulung mereka. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Disember 2025.  

Ads

Datuk Seri Sheila Terima Darjah Kebesaran Pahang

Sementara itu, pada 1 Ogos lepas Datuk Seri Sheila Majid menerima pengurniaan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. 

Mengimbas kembali momen indah itu, Datuk Seri Sheila tampil anggun berbaju kebarung labuh rona emerald green sambil ditemani suami tercinta yang segak berbaju Melayu hitam.

Majlis Akikah & Cukur Jambul Berlangsung Meriah, Datuk Seri Sheila Majid Bahagia Timang Cucu Sulung! Majlis Akikah & Cukur Jambul Berlangsung Meriah, Datuk Seri Sheila Majid Bahagia Timang Cucu Sulung! Majlis Akikah & Cukur Jambul Berlangsung Meriah, Datuk Seri Sheila Majid Bahagia Timang Cucu Sulung!

Ads

Ucap Datuk Acis, “Alhamdulillah syukur and congrats to my wife on being conferred the darjah Sri Sultan Ahmad Pahang 1st class SSAP which carries the title Dato’ Sri by Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Truly well deserved for all you’ve done for all of us. We are so so proud of you.”

Penyanyi legenda ini mendirikan rumah tangga dengan Datuk Acis atau nama penuhnya Hashridz Murshim Hassim pada 3 Jun 2003. Hasil perkongsian hidup, mereka dua orang cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim. 

Artikel https://www.nona.my/manis-macam-ibu-cantik-berbusana-merah-jambu-anak-sulung-datuk-sheila-majid-selamat-bertunang/

Datuk Acis juga merupakan bapa tiri kepada Wan Nur Khaleeda dan Megat Abdul Majid. 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Datuk Nora Ariffin Anggun Usia 53 Tahun

Anggun Usia 53 Tahun, Datuk Nora Ariffin Tampil Lebih Yakin &...

Makin cantik berseri-seri tengok penampilan baharu Datuk Nora Ariffin. Tampil lebih ceria dan yakin, penyanyi bersuara lunak ini kian aktif memenuhi undangan nyanyian di pelbagai majlis rasmi. Tidak ketinggalan, Datuk Nora juga rajin berbisnes produk Secukup Rasa by Nora di platform media sosial.